Tuesday, January 29, 2008

Mata o aitaidesu!!



Saya tidur lewat. Baru lepas wrapped up AJL2008 yang tertunda. Sentuhan muzik pada lagu Itu Kamu ada 'sesuatu' yang sedap dan ingin didengar berulang walau liriknya kurang kuat - pada saya yang sukakan lirik puitis. Tetapi, perkataan ITU KAMU mempunyai sentimen yang membangkitkan satu perasaan istimewa. Yup! Setiap orang adalah istimewa! Sebagai peminat muzik underground (selain rock) tiba-tiba saja saya rasa tidak rugi untuk menyukai lagu ini yang mempunyai kekuatan yang sama dengan lagu-lagu SO7 dan Peter Pan. Saya tidak tahulah jika masih ada yang mendewa-dewakan band Indonesia lebih dari band BUATAN MALAYSIA selepas ini. Sayangnya Faisal Tahir tidak dapat turut sama, jika tidak tentu Stadium Bukit Jalil lebih bergegar. Satu yang dapat saya kenal pasti ialah, artis-artis baru yang muncul dari rancangan realiti TV sebenarnya mempunyai kualiti dan kreativiti yang tinggi. Jika saya berada di Malaysia sekarang, sudah tentu saya akan cari CD original Estranged untuk dengar lagu-lagu underground karya mereka yang lain.


(Zaman sekolah2 dulu, band underground yang saya minati ialah OAG dan Butterfinger di mana kebanyakan lagu-lagu mereka hanya peminat muzik underground saja yang tahu!)


Agaknya, saya sudah memasuki fasa merindui tanah air kerana sejak akhir-akhir ini saya banyak terkenangkan 'zon selesa' yang ditinggalkan. Kadang-kala meronta-ronta hati saya untuk memakai baju kurung ke 'sekolah'. Tetapi dengan suasana sejuk begini mana mungkin mampu saya laksanakan.


Hari ini, majlis meraikan retirement Nishihara Sensei berlangsung di Champora. Walaupun tidak semua yang hadir tetapi, saya yakin bagi sensei ia sesuatu yang menyentuh hatinya. Satu kata-kata sensei yang membuatkan saya jadi yakin sedikit dengan diri ialah...



"When you were absent, my fire to teach the class become down. Because you like to cheer up the class... with ur whoaaa...whoaaa....whoaaaa....."


Terima kasihlah sensei. Satu-satunya untung jadi orang yang ceria ialah gembira bila dapat menceriakan orang lain. Tetapi maaflah jika angin lintang pukang datang menjemput, saya akan jadi tidak bercakap langsung! BTW,saya pun terasa sayu juga kelas yang se'best' ini akan berakhir. Tetapi saya berjanji, juga bersama Pramila dan Kak Mar, akan datang jengok sensei di Osaka haru yasumi nanti! Mata o aitaidesu!!


Hari ini hari yang baik. Kadang-kala saya masih tidak percaya saya berada di Jepun. Juga masih terasa seperti mimpi indah melalui hari-hari yang penuh dengan peluang dan cabaran. Betul, kadang kala saya goyah tetapi apabila kadang - kala melihat senyuman, dan harapan yang ada pada setiap insan yang saya temui, saya jadi kembali bersemangat. Berada jauh dari keluarga dan kawan-kawan yang disayangi mengajar saya erti menghargai setiap masa yang ada.


Sesuatu yang manis itu jarang berulang berkali-kali. Kerana itu ia dinamakan memori. Semoga hari-hari mendatang masih ada kemanisan yang lain. Amin.


p/s:


Yang 'tercantik' ITU KAMU!

No comments: