Sunday, January 6, 2008

Memori di Iwatake Hakuba , Nagano pembuka 2008.


Saya mula meyakini setiap kali hati digerakkan untuk membuat sesuatu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Pada mulanya perasaan takut-takut dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri kerap menyelinap dalam hati saya. Maklumlah saya sangat baru dengan aktiviti-aktiviti warga Kansai ini. Mujur ada teman-teman kyo-dai dan adinda-adinda yang cukup menggembirakan hati. Bila tiba di Nagano, melihat salji buat pertama kali, lupa saya pada segala masalah.


Bertemankan 2 orang cek mek kelantan Yana dan Mc, saya rasa perjalanan 4 hari cukup selesa. Sebelum ini, saya tidak pernah menyangka dua mek ini mempunyai bakat buat kelakar. Benarlah jika ingin mengetahui bagaimana peribadi seseorang itu, kita boleh melihatnya dalam masa 3 atau lebih hari berkelana bersama. Yana dan Mc membuka tirai 2008 saya dengan keceriaan. Saya semakin kagum dengan Firdaus-kun dan Kojek , kerana dari segi pelajaran dua orang adik ini, saya memang tahu mereka bijak. Tetapi, apabila melihat mereka dapat menguasai skill snowboard dalam masa 3 hari, walaupun masih di dalam kategori amatur, saya pasti mereka nanti akan menjadi orang yang penting dalam dunia akademia pengajian tinggi. Yang pasti, kedua-dua jejaka muda ini, sangat sporting dan memeriahkan lagi geng-geng amatur. Adik Khai yang lemah lembut, Omak yang sangat kelakar, Janteng yang selamba dan Antu yang cool menjadikan pengalaman pertama kali snowboarding ini sebagai pembuka 2008 yang baik.
gambar atas: geng amatur yang kurang popular tetapi shiawase bersama.
gambar bawah: mnor, kojek, yana, firdaus, omak dan saya.

Di tambah dengan rempah ratus pelbagai ragam kenalan baru yang saya jumpa. Masing-masing ada keistimewaan tersendiri pada pandangan mata saya. Tidak hairan lah takdir membawa mereka merantau sejauh ini. Masing-masing mempunyai potensi besar untuk menjadi ‘seseorang’ dalam dunia mereka sendiri. Walaupun masih ada yang kelihatan sangat lalai dek meratah kehidupan bebas awal 20-an, saya yakin pengalaman merantau sedikit sebanyak akan membantu di kemudian hari. Menyertai aktiviti MSAJ mengenalkan saya dengan mereka-mereka yang telah otai dan separuh masak dengan kehidupan di Jepun walaupun mungkin semua mereka lebih muda dari saya. Bertuah nasib badan. Saya doakan moga-moga mereka bakal membawa sesuatu kebaikan untuk agama, bangsa dan masyarakat keseluruhannya. Tidak terlalu lalai dan leka, juga bijak dalam menentukan arus hidup kelak.

Saya?

yang penting KEMPER!
Buat kali pertama belajar snowboard, saya tidak mementingkan untuk berskill bagai dulu. InsyaAllah, tahun hadapan ada peluang lagi. Saya sangat enjoy menikmati pemandangan salji dari atas buat pertama kali. Juga berpeluang merasai gugurnya yuki yang lebat. Saat-saat meluncur saya cuba nikmati sebaik mungkin. Itu adalah antara masa-masa saya berdamai dengan diri saya sendiri. Kimochi sungguh!!!

Alhamdulillah.Terima kasih tuhan. NikmatMu yang mana pun, tidak mampu hambaMu ini mendustakan. Kesusahan di dalam satu ruang, akan dibayar dengan kegembiraan pada satu ruang yang lain. Tinggalan denai kehidupan yang payah semakin terubat dengan pengalaman baru yang mengujakan. Apa pun harapan saya untuk tahun baru 2008 ini, biarlah saya pasrahkan pada ketentuanNya. Semoga rezeki yang datang lebih mendekatkan diri saya kepadaNya. InsyaAllah.

p/s: Dimelo


3 comments:

M. H. Jabbar said...

wah bestnye main snowboard..tak ajak aku pun...huhu...

makin serasi dgn kehidupan disana nampaknya...semoga ko success...

gambatte!...hehe..

M. H. Jabbar said...

takde la sibuk sngt dgn society tuh...huhu..aku jf silent reader kat blog ko buat seketika... :-) ...memerhati tanpa komen...

liverpool takde snow lg la...maybe takde lgsung kot..uhuhu...tak bestnye...

takpe nnt ada rezki aku pg jepun...haha..

June said...

Jeles!