Thursday, February 19, 2009

Belasungkawa

Hari ini pagi Jumaat sangat redup. Awan berat dengan tanda-tanda hujan akan turun lagi. Saya menulis ini dari meja sebelah. Owen dan Petr sedang berdiskusi tentang list publications milik sensei hingga tahun 2005.

Belasungkawa

Sensei saya telah lama mengidap kanser perut sejak dari sebelum saya datang ke lab ini. Saya hanya berpeluang menemui dalam meeting hampir 1-2 jam tidak sampai 10 kali. Setiap kali hendak meeting, kecut perut akan terasa yang amat sangat. Kali terakhir saya meeting dengan sensei ialah pada bulan November di rumahnya. Pada ketika itu, beliau baru sahaja selesai operation tumor.

Sebagai seorang yang sangat terkenal di TRB, sensei saya pernah menerima Lifetime Award dalam bidang kariernya pada tahun 2006 sebaris dengan Ben Akiva dari MIT, US.

Sensei saya mempunyai minat membaca pelbagai jenis genre buku.
Semalam, apabila kami berkesempatan ke rumahnya, hampir setengah jam kami membelek-belek rak yang penuh dengan buku-buku, baik novel mahupun akademik. Sungguh memberikan inspirasi. Ada 2 buku tentang Malaysia, dan sebuah buku terjemahan 'The Koran'

Sensei minat kepada model keretapi. Ada beberapa model keretapi dan buku-buku mengenainya. Rupa-rupanya sensei mempunyai hobi yang menarik. Ia memberikan pengertian kepada saya bahawa untuk menjadi seseorang yang 'besar' kita perlu ada sesuatu yang 'unik' dalam diri.

Saya tidak mudah mengalirkan air mata semalam. Malah melihat wajah teman-teman lab yang kemerah-merahan menahan esak menjadikan saya 'blur.' Saya rasa saya bukanlah seorang yang dekat dengan sensei. Saya baru setahun setengah bersama beliau.

Tetapi untuk mengenali seseorang itu, lihatlah pada buku yang dibacanya. The Perception of Risk tulisan Paul Slovic menangkap mata saya dan saya segera tahu bahawa idea kajian saya berpunca dari buku ini. Owen dan Petr sedang sibuk berganbatte mencari kerja. Bulan 9 ni mereka akan tamat Phd. Nama sensei akan memberikan impak yang besar pada mereka. Mungkin juga pada Ari.

Tidak lama lagi akan tinggal saya sendiri. Anggap saja saya tidak bernasib baik kerana tidak dapat berpayung di bawah sensei untuk jangka masa yang lama. Pagi ini, barulah saya terasa betapa banyak peninggalan sensei untuk saya pelajari. Barulah terselit satu rasa untuk memahami cara pemikirannya dan apa kemahuannya.

Sukar untuk meluahkan apa yang tersirat di fikiran. Hidup perlu diteruskan. Berbanding dengan rakan-rakan lain, saya telah mempunyai pekerjaan tetap dan scholarship yang bagus. Tiada masalah untuk saya melebarkan sayap biarpun saya akan bertukar supervisor. Dan supervisor yang baru mungkin tidak sehebat sensei Kitamura.

Tetapi, tuhan telah menyediakan jalan untuk kita susuri. Sekiranya kita percaya kepada sifat ubudiyyah, maka segala ketentuan dan ketetapan yang berada di bawah tangannya akan dapat kita terima dengan redha. Ini adalah satu pengalaman yang mengesankan dalam hidup saya. Tugas penyelidikan saya akan berjalan seperti biasa. InsyaAllah.

Penghormatan terakhir

Esok - Sabtu dan Ahad, kami satu lab akan membantu di majlis pengkebumian. Majlisnya hampir sama dengan majlis untuk orang-orang beragama Buddha mungkin. Saya akan membantu sebagai tanda penghormatan. Di samping itu dapat melihat kepercayaan orang-orang bukan Islam.

Hidup di perantauan memang bukan sesuatu yang mudah. Tetapi kita dapat melihat banyak sudut yang berbeza. Ada waktunya kita perlu terbang jauh melebarkan sayap melihat bahawa dunia milik Allah ini terlalu luas dan penuh dengan pelbagai penciptaan yang tidak pernah terjangkau dek akal. Dan...satu hari nanti, apabila sudah puas terbang, seperti fitrahnya sang burung, kita akan pulang ke sarang...dengan membawa apa yang telah kita lihat untuk dilihat oleh mata orang lain.

Sabda Rasullullah S.A.W - Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak memberi faedah kepada orang lain.Semoga kita menjadi salah seorang dari manusia yang terbaik itu. Amin

Ryuichi Kitamura Sensei, houtouni doumo arigatou gozaimashita...

Tuesday, February 17, 2009

Thinking about you

I don’t really know how the Malaysian people thinking. I just assumed that publics don’t get enough information about what is happening and what will happen. I think our people lack of information about knowledge but too much info about gossip and entertainment. ( plus bad politics’ situation)

When I take a look at the pool from PDRM’s website about the risk of not using the backseat seatbelt, the percentage of arguing is higher. I think, our road users are not really recognizing the risk around them. In order to say that maybe our people just don’t really care about safety, I rather claim that our people are lack of education about safety. Some will say that it is because of the enforcement. Our roads need police averywhere. But,our people are not really cared of being penalty or ticketing, aren’t they? People, who have money and power, will not be affected with this kind of enforcement.

In Japan, police seems has nothing to do rather than ticketing the bicyclists and drivers. Japan is somewhat very secure place even for kids. No robberies, no criminals. You are safe to walk alone at night. No body will take your wallet if you let it freely on the table in family restaurant. You will get your hand phone in safely return if you suddenly left it on the train. etc

So, how to change our people’s way of thinking and behave? A lot of things have been done according to this matter but the appropriate way is to understand what actually they are thinking and the factors that influenced their behavior. Questionnaire is a way how to get the information.

I just realize that data that we got from the questionnaire could describe the internal situation that the researchers never recognize. The raw data can give a lot of interpretations that would lead to other deep research in order to understand the human behaviors. Thus, it is better to share the results with the public, so they will know the exact situation rather than they keep on arguing about the policies.

In the easy way, I can say that the researchers gain the knowledge from the experiment towards the public and returning back the result to the public in the informative way. People might be more aware if the policies that been made is based by the strong and supportive research. This is the way to build up the trust towards policy. In risk management study, it is called as risk communication.

I think, we must develop research culture in our people’s mind since they are young. Do it in the interactive way. I found out that internet is very effective used in Japan, and for many other developed countries. People supposed get more information about the risk around them. But first, develop the culture of reading the academic materials not the comic!!!

However maybe, Malaysia is a country that lack of natural disaster or phenomenon like earthquake, volcano’s eruption, tsunami etc (but we have flood problem, landslides, higher numbers of accidents, cases of criminal, disease because of too much eating ……), we don’t really want to care about the matter of risk.

It is an interesting topic for me thou. It is related on people’s way of think and behave that are practically developed by the culture of one country. Culture and policies somehow mingle in a related way.

Wednesday, February 11, 2009

Komen

Tak terasa selera untuk makan tengah hari hari ini. Bukan kerana tak dapat menerima komentar Petr dan Owen tentang framework saya. Bertuah sangat mereka dapat luangkan masa 2 jam untuk meneliti kerja-kerja saya. Maklumlah, sensei masih belum cukup tenaga untuk mengendalikan student. Email tak berbalas dan thesis pelajar-pelajar B4 dan M2 tidak dapat juga diperiksa.

Cuma yang mengganggu di benak saya ialah apakah sebenarnya standard kajian saya ini? Kalau diturutkan idea, memang banyak perkara yang hendak saya buat. Tetapi banyak juga limitasi. Dengan sensei yang tidak dapat memberi penyeliaan secukupnya, serta pelbagai keterbatasan.

Petr banyak memberi pandangan dari sudut decision making dan probability. Theory yang telah diselidikinya selama lebih dari 2 tahun. Ada sedikit persamaan tetapi ada juga perbezaan dengan kajian saya. Owen lebih banyak memberi pembetulan dari segi membina questionnaire.

Saya sedang menanti email dari Prof Farhan. Semoga Prof Farhan dapat memberi satu nasihat yang baik. Setiap masa saya rasakan research saya berada di hujung tanduk dan masa terus berlalu. Pun saya kuatkan diri dalam kebimbangan bahawa saya akan sempurnakan topik ini kerana ia menarik biarpun Peter kata ia tidak memberi kaitan yang kuat antara lorong motosikal dan kajian terhadap persepsi.

Berita dan data kemalangan mengenai penunggang motosikal yang tidak pernah surut yang menjadikan saya terus kuat untuk stay dalam topik ini. Saya selalu bertanya pada diri untuk menjadikan topik ini menarik di mata penghuni-penghuni makmal ini. Maklumlah, setiap kali orang lain membuat pembentangan, apalah sangat yang dapat saya fahami dengan pengetahuan nihon go yang sekelumit cuma.

Buat yang ingin melanjutkan PhD, perlu latih mental menerima tekanan dan keupayaan untuk menyediakan plan-plan susulan. Nasib kita mungkin telah ditentukan. Tetapi jangan sesekali mengalah. Sesekali untuk mengatasi masalah hilang kepercayaan kepada diri, kita perlu berdegil bahaya kajian kita adalah kajian yang baik dan berfaedah. Itulah cara saya memujuk diri………..

Sunday, February 1, 2009

Minggu baru bagi bulan Februari. Pantas sungguh masa berlari. I am getting very busy after this. Target untuk data collection adalah pada bulan Mei. Tapi sekarang still setup framework for modeling, belum pun tunjuk pada sensei apa-apa lagi. Juga belum contact orang-orang MIROS. Selagi tak kukuh nak defend framework ni, selagi tu tak boleh maju selangkah lagi.Btw, proses design questionnaire sedang berlangsung sekarang ini. Ini merupakan step ketiga dalam list things to do.

Kemudian kena pastikan tiada masalah bagi pihak Unit Cuti Belajar di UTHM untuk balik collect data. Juga dengan pihak KPT. Juga dengan kewangan untuk collect data. Banyak wang yang akan dikorbankan kerana lab saya tak mempunyai grant research. ^ ^ !!

Well, there's nothing special to share. Just to built up the mood. My M2 labmates sedang sibuk menyiapkan rombun. Tidur di dalam lab secara berjamaah. Pagi-pagi Isnin ni, saya datang awal untuk gain back the momentum. Tapi,budak-budak ni sedap tido lagi.

Sebenarnya, pada musim-musim sejuk ni, saya suka makan strawberry. Tetapi sejak mengalami krisis ekonomi, dan harga strawberry yang masih 350yen ++ menyebabkan saya bertukar kepada satu kegemaran baru iaitu cherry tomato.


Cherry tomato ni tak pernah jumpa di Malaysia. Kalau jumpa pun maybe tak makan sebb saya bukan penggemar sayur. Tetapi tahun ni, saya berkenalan dengan cherry tomato ni. Rangup dan sedap. Saya makan dengan susu yang sepatutnya di makan dengan strawberry. Salah satu cara untuk jaga kulit dan juga elakkan kanser.

Yosh! La la la la... kerjalah!