Wednesday, February 24, 2010

Ohhhh My Karada! Ohh My Prada!!



Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
What a very long fuhh!! Cerita ini bermula last week apabila saya masuk ke dalam bilik SV dgn penuh harapan dan kesungguhan untuk menjelaskan apa misi saya untuk 2010 ini. Saya sudah siap dengan lists untuk beberapa journals and conferences yang saya target untuk thn ini. Dan juga future study yang bakal saya buat dalam masa beberapa minggu sebelum berakhirnya bulan Mac. Saya juga berharapan agar dapat berdiskusi tentang apa yang saya patut tulis untuk dissertation saya.

Oh ... dan rupa-rupanya lain yang berlaku. Tiba di bahagian future study, sv mendpati selama ini saya tidak menggunakan analysis ordinal logit model sebaliknya menggunakan binary logit. SV jadi marah dan saya dihalau keluar dengan beliau meninggalkan saya dengan alasan tidak mempunyai masa. Sedangkan saya baru bertemu beliau tidak sampai 30 minit. Saya disuruh membetulkan semula semua analisis. Actually, saya baru tahu tentang kewujudan ordered logit 2 hari sebelum berjumpa beliau. Sebelum ini saya menganalisis menggunakan binary logit kerana itu yang tertulis di dalam buku statistik menggunakan SPSS yang saya ada. Seriousa, saya belajar ttg tools apa yang patut saya gunakan dengan sendiri. Saya decide sendiri , buat revision sendiri dan mencari bahan sendiri bagi menyelesaikan masalah research yang saya reka frameworknya sendiri. Paling menyakitkan dalam proses ini ialah, saya tidak mempunyai tempat berbincang selain SV yang sibuk, kerana sayalah satu-satunya student PhD di dalam lab itu. Agak sukar meminta penjelasan dari teman-teman se lab yang berbangsa Jepun. Seperti itik bercakap dgn ayam belanda. Ohhhhhhhhhhh......saya memang byk belajar melalui kesilapan dlm proses ini.

Sejak minggu lepas, saya bekerja siang dan malam membetulkan analisis. Dan paling memenatkan ialah bahagian memperbetulkan jurnal yang telah ditulis. Saya baru sahaja email kepada sv. Ini tidak bermakna kerja telah selesai. Pasti ada saja pembetulan demi pembetulan. Masih byk kerja bertimbun yang perlu dilakukan. Saya mengharapkan masa berjalan dengan laju, dan saya mampu berlari laju bersama-sama masa. Tidak sabar mahu menghabiskan kehidupan di Jp ini....

p/s: Karada = body.

Friday, February 19, 2010

Oh My Coach!

Woho! Dah lama tak buat luahan perasaan. Sebb before this busy writing journals and conference papers kejar target for 2010. Plus, getting busy for the big day preparation. However, suddenly, minggu lepas masa meeting dgn sv kena buat pembetulan semula dengan semua analisis. Terkejut la jugak. Selama ni, setiap apa yang saya hantar tu mcm dah betul. This is all about the tools. Lab saya memang gunapakai statistical tools untuk majority research. Macam-macam tools ade selain SPSS, ade LIMDEP, AMOS, LISREL, TSP, R language. Kalau boleh nak belajar semua. Tapi bila ukur tahap penguasaan stats diri sendiri...lemah lutut rasanya. Dalam SPSS sahaja ada macam-macam statistical methods.

Seriosanyer memang sedih dengan ilmu stats yang ade dlm diri. A lots of methods tak tahu. Dan penguasaan math and stats orang-orang Jepun ni memang tahap ichi-ban. Buku-buku math dan stats diterjemah dalam bahasa mereka. Patutla cepat faham. Sedangkan kita ni....belaja math dan stats ikut English ( dulu kat UKM belaja campur2 BM/BI).....Walaupun bagi sesetengah orang tools itu tak penting, tapi bagi saya ia sangat penting. Sebb nak guna tools kita kena faham dari foundamental. Teringat satu software backcalculation di Lab Pavement. kalau setakat guna software tu tahu tak tahu macam mana backcalculation berfungsi, tentu-tentulah data yang dimasukkan tu x bermakna...it's just numbers. OK! Transfering tech dah bermula. Harap-harap berguna.