Tuesday, January 22, 2008

Boku no koibito wa kuroi neko...!

10 Muharram yang lalu saya berjaya membuat bubur asyura buat pertama kali dalam hidup. Biarpun bubur asyura Johor berbeza dengan kefahaman bubur asyura orang-orang utara, namun hati terasa puas apabila seperiuk besar habis dimakan oleh adik-adik di Kyoto ini. Sedap atau tidak itu soal kedua, yang pasti setiap kali ada makan-makan free, ramai sahaja yang menghulurkan perut.

Niat saya tercapai juga untuk merasa solat berjemaah dan majlis bacaan Yaasin walaupun tidak semua adik-adik turut serta. Asalnya saya ingatkan tidak menjadi kerana bubur tidak sempat siap seusai azan maghrib. Kami yang berpuasa berbuka dengan bubur yang masih di atas dapur. Saya dengan gaya bubur asyura Johor dan Hannin dengan bubur asyura manis utaranya.

Entah bagaimana tidak dijangka, majlis yang mulanya saya ingatkan untuk adik-adik onna, turut disertai oleh adik-adik otoko. Alhamdullillah, dengan kesilapan teknikal inilah, dapat juga sekali lagi berimamkan Firdaus kun untuk solat isya' dengan Kojek, Syuwari, Nesh, Farah, Kimi, Yani dan saya sendiri. Sempat kami membuat air yasinan. Maklumlah semua bakal hendak berdepan dengan bulan peperiksaan Februari ini.

Selain saya dan Hannin, Firdaus kun juga tidak lepas tangan menyediakan bubur lambuknya. Sayang, gambar bubur -bubur yang ada tidak dapat diupload ke dalam blog. Sedang bacaan yasin berjalan, adik-adik yang lain pun sampai. Walaupun separuh jalan, tetapi harapan saya di lain kali mereka berkesempatan bersama-sama menyertai majlis seperti ini.

Sebenarnya, kehidupan para pelajar di sini sangat kurang disertakan dengan majlis-majlis ilmu dan muzakarah. Kerana itu, saya dan Kak Mar agak terpanggil. Maklumlah jika di Malaysia, Kak Mar seorang felo di asrama lelaki. Sudah tentu majlis ilmu kerap diadakan. Saya juga rindu suasana masjid UTHM yang amat hampir dengan bilik pejabat saya. Dahaga akan ilmu, nasihat, peringatan itu memang tidak boleh lari. (Apatah lagi sejak akhir-akhir ini IKIM.FM tidak dapat berfungsi dengan baik.)

Minggu ini sudah masuk 2 minggu sensei saya sakit. Esok saya akan ke Kyoto Hospital untuk menemuinya. Bukan ziarah tetapi urusan proposal saya. Tetapi, saya niatkan sekali untuk berziarah. Mungkin lebih baik. Jika dibicarakan soal motivasi dalaman diri. Aduhai....amat teruk sekali. Saya rasa pengurusan masa sangat tidak baik. Suasana sejuk begini menyebabkan pergerakan terhad dan otak menjadi lembab. Kadang-kala menggigil di depan pasokon ini.

Oh ye.... akhirnya dapat juga saya lirik lagu kuroneko. Lagu kanak-kanak tentang seekor kucing hitam. Sedikit sebanyak membuatkan saya tersenyum dalam bulan peperiksaan yang sedikit bosan ini.

p/s:
onna - perempuan
otoko - lelaki
pasokon - personal komputer

4 comments:

M. H. Jabbar said...

wah ada bkt terpendam jugak buat bubur asyura ye..

hm nnt blk mesia aku nk bubur asyura satu periuk ek?..

:-)

sapphire said...

hehehe....
insyaAllah.
lagi-lagi klu dpt semula opis sebelah masjid.
jgn kata seperiuk, sekampung pun bole aku masakkan!

M. H. Jabbar said...

hahaha...kalau camtu..aku book ko la buat if kg aku ada nk buat kenduri..

:-)

lama tak buat lawak dgn ko..hehe

sapphire said...

apa???
ingat aku pi buat phd nak jadi tukang masak ka naaaa????
ha ha ha...

hampir 6 months, wut ur next step?
balik kawen ka, smbung phd ka?