Friday, June 27, 2008

another end of week

hari ini saya ada satu lagi happyo. sebelum itu sempat saya melunaskan keinginan bermain volley ball bersama teman-teman lab. asyraf pun join sama! sasuga asyraf kun. semua sport boleh main...

seronok tengok machan si dancer dalam lab kami spike bola. seronok dapat main volley ball kembali. tottemo tanoshikatta.

sambil bermain sambil saya jeling jam di dinding. lagi 5 minit masa sebelum jugyou saya minta izin untuk ke kelas. hari ini giliran saya happyo. tetapi main punya pasal ... :D

sampai di lab, yamamoto terima panggilan dari yamazaki mencari saya. untuk happyo kali ini, saya agak relaks. maklumlah cuma jugyou biasa. tambah pula, kefahaman tentang apa yang hendak disampaikan agak padu. confident level hari ini agak tinggi.

sebaik masuk ke dalam bilik seminar, happyo telah bermula. saya cuma relaks. hari ini, ramai students yang datang. selalu kelas urban management ini tidak penuh.

Yabee... bila presentor pertama di sembur habis-habisan oleh Sewada sensei. tetapi saya rasa isu besar ialah, presentor tidak boleh bercakap English dengan baik. presentor ketiga pun sama. mereka tidak dapat jawab soalan sensei-sensei kibishi itu dengan baik. - hanya kerana mereka tidak boleh berbahasa English dengan baik.

suasana soal jawab dalam presentation sama saja seperti di Malaysia. di mana yang menyoal itu disebabkan oleh 3 perkara utama;

yang pertama; memang tidak tahu. yang kedua; sekadar menguji. yang ketiga; ingin tunjuk bahawa dia tahu.

yokatta nee...alhamdulillah. saya berjaya jawab soalan yang dikemukakan dengan baik. kerana Kitamura sensei tidak terlibat dengan jugyou ini. Uno sensei pula orangnya sangat baik. yokatta neee....

saya tidak tahu kenapa dengan diri saya. mungkin reverse psychology menjadi. confident kepada kenkyuu juga mungkin membantu. atau mungkin kerana adanya usrah yang berterusan yang jadi penguat hati... atau mungkin kerana saya sukakan musim panas.

saya harap perasaan gembira dan yakin seperti ini berterusan. saya tahu sebabnya, saya dikelilingi oleh persekitaran teman-teman yang positif. alhamdulillah ... syukur sangat.

jadi, saya tidak rasa terkilan walau sesusah mana pun kenkyuu PhD saya, saya gembira dengan di mana saya berada.

"yang penting bukan apa, tetapi di mana...
yang penting bukan apa, tetapi dengan siapa....

Wednesday, June 25, 2008


Sudah berbulan-bulan saya cuba mencari pecahan kepada risk perception. Bila teringat semula bagaimana saya boleh tercebur ke dalam satu topik yang asing ini ... suara Kitamura Sensei yang penuh hikmah itu berbunyi seakan begini...

"...or maybe you want to study about the motorcyclist's risk perception and the relationship of this perceptions ... bla bla bla..."

Kotoba or maybe itu...tidak mengandungi makna maybe sebaliknya sememangnya itulah yang disuruh!!

Hari ini, ketika membuat persediaan untuk happyo bagi jugyou esok, saya dapat derived kan kajian terhadap risk perception menumpu kepada beberapa topik;

1. young rider and adolescents
2. misjudge in risk perception & risk acceptence
3. risk perception in cross culture
4. risk perception from other road users
5. risk perception by personality traits.

Topik-topik kecil ini perlu untuk saya kuatkan hujah dan tumpuan di dalam LR. Bidang risk perception ini terlalu luas - lebih-lebih lagi ia mempunyai kaitan dengan sosiologi and psikologi. Jadi saya perlu pandai menyusun dan menjurus kepada road safety.


Ini baru 3% dari semua projek yang ada. Tahap seterusnya ialah mengenali SEM (Structural Equation Modeling). Belum lagi proses membikin questionnaire yang sebenar-benarnya.

Jiwa - memang selalu kacau. m(_ _)m
Selamat datang musim panas!!!


Tuesday, June 24, 2008

Hari Jadi Papa

Hari ini hari jadi Papa. Hadiah hari jadi sampai pada hari yang tepat. Rasanya papa agak touching. Maklumlah sejak dua tiga menjak lepas sakit-sakit, mesti akan jadi lebih sensitif. Harap-harap bila saya pulang waktu hari raya nanti, berat badan papa sudah naik semula. =)

Kenkyuu. Belum stabil secara keseluruhan. Introduction alhamdulillah, setelah happyo saya semakin faham kepentingan kajian. Untuk mengecilkan skop, saya perlu membaca banyak journal lagi.

Hari ini saya cuba develop tujuan research dengan jelas. Ini sekadar catatan di blog.

i - measurement ; knowledge about risk that motorcyclists likely to take - objective risk, unconcious risk, perceived risk.

ii - relationship between risk perception and behavior; correlate or not

iii- test on risk compensate theory and zero risk theory

Bahagian ketiga itu saya masih lemah kerana kebanyakan research yang terdahulu melibatkan personality traits. Adakah ia diperlukan untuk research saya ini?

Untuk menetapkan model, saya perlu baca journal lagi dan lagi.

Sudah hampir 3 bulan sbg PhD student. Terasa berjalan sangat lambat...

Sunday, June 22, 2008

...dan...

Ada orang kata, summer ini musim mengawan bagi kucing. Juga musim percintaan bagi manusia. Benar ke?

Pandang-pandang di kalendar, rupa-rupanya sudah nak masuk bulan Rejab dalam setengah bulan lagi. Saya pernah terbaca, jika hati mahu lulus ujian di bulan Ramadhan, perlu bermula bersedia dari bulan Rejab.

Subuh masuk awal di Jepun. Pukul 2.57 pagi waktu Kyoto. Sudah setahun berlalu dari harumnya wangi dua tanah haram. Kecewa - dari satu segi, saya masih hamba Allah yang gagal menjadi gagah.

Pesan Prof Fatimah meninggalkan kesan di hati.
"Jangan tinggal solat."

Solat dalam erti kata "seluruh"nya. Seluruhnya...

Saturday, June 21, 2008

Seminggu selepas happyo




Selepas minggu happyo yang penuh dengan erti warna merah jambu, saya di bayang-bayang oleh kemalasan berfikir dek kebuntuan menyelesaikan hala kenkyuu. Kebanyakan sensei memberi komen bahawa kenkyuu saya susah untuk direalisasi. (kecuali sensei Kitamura). Saya cuma mampu menjanjikan yang terbaik.

Malam minggu - di samping mencari mood menyusun LR - saya layan death note 1 & 2.

Plot J Movie memang selalu memberi kesan.

....bahawa setiap manusia itu ada sifat dan karakter yang menarik dan tersembunyi.

Walaupun hanya dalam movie ... tetapi saya asyik masyuk melihat cara L (watak dalam death note) membaca persepsi Light . Saya belum sempat menonton L : Change the world - rasanya masih belum diupload untuk tontonan secara online. Sebelum ini, filem crime psycho yang paling best pernah saya tonton ialah Internal Affairs 1- 3 lakonan Andy Lau dan Tony Leung.

...bukan nya ape...saya cuma ingin jadi seseorang dlm apa yang saya buat...seperti karakter-karakter dalam movie... dan untuk menjadi seseorang...kita perlu berfikir dari perspektif yang berlainan...

saya terpengaruh? ... hidup pun pementasan dan drama. tak salah berangan menjadi heroin dalam plot hidup sendiri.


LR to go. yosh!

Tuesday, June 17, 2008

tangan ajaib firdaus-kun

Terima kasih tidak terhingga buat nama yang tertera di atas. Memang sememangnya - explorer yang berani mengexplore. Inilah contoh natural SB yang berbakat semula jadi. Kebolehan beliau ialah percaya bahawa perkara berbentuk teknikal mempunyai penyelesaian logik. Penyelamat talian internet saya serta IPOD yang saya sangkakan telah habis hayatnya. You are one of the hero, adek!!
(Thanks to encik kokuban juga-lah.)
Alhamdulillah, akhirnya berakhir saat-saat gersang tanpa internet di rumah!

Thursday, June 5, 2008

oh minyak naik lagi!

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen seliter, iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70, manakala harga diesel dinaikkan RM1 daripada RM1.58 kepada RM2.58. - petikan dari Berita Harian Online.

Sudah tentu Malaysia gempar dengan kenaikan harga barang di sana sini. Risiko yang rakyat Malaysia perlu terima selepas PRU13 sebagaimana rakyat Indonesia dan Jepun menerima bahawa mereka hidup di atas lingkran api pasifik. Kankei kah statement saya? Mungkin tidak...

Ini sekadar satu perspektif orang yang sedang belajar dan menuntut ilmu. Banyak perkara yang menuntut mata ini dibuka luas-luas. Setiap perkara yang berlaku saban hari yang tertancap di kepala hanya perkara yang berkaitan dengan research.

Owh minyak naik! Bukan isu baru. Minyak itu emas hitam. Dalam hadith Rasullulah pun ada disebut pada akhir zaman, kerana emas hitam ini, dunia akan berperang. Hadith yang mana, aha! kita haruslah mengaji lagi...

Owh minyak itu digunakan sangat-sangat dalam pengangkutan. Bidang saya lah tu. Kerana itu saya sibuk-sibuk sangat hendak mencoret tentang minyak di sini. Owh bukan total tentang minyak tetapi, sudah tiba masa kita beranjak ke paradigma yang lain.

Orang-orang dalam bidang pengangkutan sekarang sepatutnya lebih banyak kerja. Terang-terang cara paling nyata menyelamatkan si A yang tinggal di Melaka dan bekerja di Nilai atau si B yang tinggal di Kuantan yang setiap minggu perlu menghadiri kelas PJJ ialah dengan meningkatkan taraf pengangkutan awam.

Ya..binalah jaluran landasan keretapi ala-ala shinkansen. Mustahil kah?

Kemudian orang-orang ICT, dan sistem telekomunikasi maklumat, sains komputer, dan apa jua yang berkaitan dengan perkhidmatan laman sesawang juga banyak kerja. Tingkatkan sistem telekomunikasi dan internet, jadikan 100Mbs, banyakkan perkhidmatan delivery ala-ala kuroneko - sampai ke depan rumah anda. Owh! Orang pos Malaysia pun banyak kerja, bukan hantar surat dan jual setem, malah ada banyak lagi perkara yang perlu dibuat meningkatkan mutu perkhidmatan.

Dalam travel behavior research, pokok utama ialah kurangkan pergerakan kerana pergerakan memungkinkan kemalangan. Pergerakan memerlukan tenaga dan tenaga mahukan kos! Kerana itu orang-orang Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya lebih-lebih lagi jabatan planning and management juga banyak kerja. Pastikan jika mahu bina kawasan perumahan jadikan ia sebuah kawasan perbandaran terancang supaya kedai-kedai runcit dekat dan ada merata-rata. Fungsinya ala-ala kombini.

Mustahil kah?

Owh! Kita jangan total ikut Jepun. Tapi apa yang ada di Jepun kita bawa masuk dan selarikan dengan kesesuaian kita. Orang Jepun pun dapat ilmu dari barat. Tetapi mereka ada istilah wakon yosai dalam pembangunan. Kita pun ada juga. Dasar Ekonomi Baru yang dah berapa banyak kali dibarukan. Kemudian nak dihapuskan.

Selepas ini, mungkin juga ramai orang akan bertukar kembali menggunakan motosikal. Penggunaan motosikal di Malaysia sekarang ialah 68% dari jumlah kenderaan berdaftar. Mungkin peratusan akan meningkat dan kadar kemalangan? Orang-orang road safety pun banyak kerja. Bukan membina lorong-lorong mosikal. Owh itu bukan penyelesaian terbaik. Nak buat jalan memakan jutaan ringgit dan ada penggunaan ekstrak petroleum di situ. Mahal!

Jadi, orang Malaysia sekarang perlukan didikan bagaimana mengawal diri supaya ikut peraturan jalan raya. Orang Malaysia harus sedar, kemalangan itu bermakna kos! Orang Malaysia perlukan didikan, bahawa kena jadi pandai kerana ada banyak kerja yang perlu dibuat. Bila pandai fikiran akan jauh ke depan dan akan nampak bagaimana sesuatu masalah itu sebenarnya penggesa sesebuah kemajuan.

Owh, orang media massa ada banyak kerja. Hentikan hiburan-hiburan hidonisme yang tak berfaedah. Didik masyarakat dengan kesedaran bahawa orang Malaysia perlu jadi pandai. Maka, di masa hadapan tidak akan ada orang-orang kurang bijak yang akan memerintah negara
.

Aktiviti luar lagi

Selepas minggu yang dipenuhi impian untuk melawat Disney terlaksana, satu lagi minggu yang mengujakan datang. Sabtu ini sekali MSAJ Kansai mengadakan aktiviti buat penuntut-penuntut di sekitar Kansai. Taikai ini baru saja kami sebut-sebut ketika giat ketagih bowling setiap hujung minggu. Inilah masanya bakat bowling yang dilatih sejak dari awal tahun ditunjukkan. Lebih mengujakan lagi, pertandingan futsal juga akan diadakan. Sudah lama saya teringin bermain futsal. Akhirnya dapat juga merasa menendang bola ala-ala Sazzy Falak dalam Gold dan Gincu. Kalah menang tidak penting, yang penting gaya !

Ada beberapa foto sepanjang perjalanan di Tokyo dan Disneysea. Tidak bermakna tinggal di Jepun jika tidak pernah menjejakkan kaki ke Tokyo. Walaupun sebentar cuma, sekurang-kurangnya dapat merealisasi di mata bagaimana rupanya Harajuku, Roppongi, Akihabara yang selalu disebut-sebut.


Ditemani Abang Fahmi dan Kak Yatt (x-SAMURAreans batch 1996) di Disneysea

Gambar atas ; pemandangan masuk ke Takeshita Street, Harajuku.

Gambar di bawahnya; salah sebuah kedai menjual cost play di Akihabara.

Gambar Tokyo Tower di malam hari dan juga Kani bakar yang fuhhh....memang oishii!

Sambil berjalan, sambil mentafsir. Bukan semua kaki dapat melangkah sejauh ini. Semoga langkah kaki yang luas ini tidak membutakan mata hati. Tokyo – menyerlahkan betapa dunia ini fana.

Jumaat ini, sensei kembali dari Vienna. Di samping �ekesibukan�f aktiviti luar yang mengujakan, saya cuba-cuba fokus kepada design questionnaire. Membaca dan membaca memang membuatkan mata mudah mengantuk. Tambahan pula, saya bukan �eorang siang�f.
Ketiadaan internet hampir mencecah sebulan, membuatkan saya rasa jauh dari dunia yang menghubungkan dengan orang lain.

Sebentar sahaja sudah merangkak jejak ke bulan Jun. Sudah tiba masa saya perlu lebih banyak berlatih AMOS dan mula menulis. Bulan ini, saya akan ada 2 happyo. Fokus – kadang-kala saya rasa memang bagus jika tiada internet access di rumah. Dan, alhamdulillah�cpapa sudah keluar dari hospital setelah 3 hari ditahan di wad kerana tiba-tiba diserang sakit dada. Dalam keghairahan hidup, sebenarnya di setiap bahu ini terpikul banyak tanggungjawab.