Wednesday, January 23, 2008

Do you dare?


Saya membaca versi terjemahan kedua-dua buku di atas dan kedua-duanya memegang rekod bestseller. BERANI GAGAL vs BERANI MENANG. Kedua-dua teori yang dihurai telahpun saya cuba. Saya membaca BERANI GAGAL ketika saya berada di tahun pertama sarjana muda dan saya benar-benar menggagalkan diri saya untuk subjek struktur demi menaikkan pointer dengan cara mengulang kelas. (Walaupun sebenarnya di UKM jika peroleh C- sudah layak untuk mengulang subjek). Teori itu 'menjadi' kerana di tahun akhirlah saya melakukan pecutan terhadap pointer dengan memperbaiki beberapa kredit subjek yang teruk.
Saya membeli BERANI MENANG saat saya sangat-sangat memerlukan motivasi, juga ketika berada di dalam alam sarjana muda. Ternyata olahan BERANI MENANG lebih mengujakan dan teorinya lebih relevan dengan situasi saya ketika itu. Sudah kerap kali juga saya belek dan telek isi kandungan buku ini. Tiba-tiba, hari ini saya merasakan saya amat memerlukannya kembali.
Bab pertama BERANI MENANG mempersoalkan ketakutan untuk menjadi pemenang. 'Takut' itulah yang mendiam di dalam hati saya sekarang. Takut ini membenihkan rasa kurang yakin kepada diri. Kemudian, pelbagai kotoba dan istilah negatif singgah di mind - set saya. Sebabnya - pertemuan dengan sensei hari ini membuatkan saya didatangi penyakit 'ketakutan' ini lagi. Saya benci ...sangat benci rasa kurang yakin dan takut ini. Takut untuk melakukan kesilapan di dalam kajian saya, takut tidak mampu mencapai expectation sensei dan paling takut untuk tidak mencapai expectation diri sendiri.
(Apa yang dibincangkan dengan sensei tidak perlulah dihurai)
Sepanjang perjalanan pulang, saya berperang dengan diri. Saya tahu saya sangat high expectation pada diri sendiri sedangkan kebolehan saya tidak sampai ke tahap itu. Saya tahu saya telah merisikokan diri saya demi melangkah satu lagi anak tangga dalam hidup. Saya sedar, saya memilih jalan ini kerana berkobarnya semangat itu. Dulu. Maka, saya tidak wajar untuk merasa takut setelah sekian banyak pengalaman dan anak tangga yang licin telah saya daki.
Dari seekor helang hendak menjadi pheonix, bukankah terlalu banyak jalan dan liku?
Hari ini, saya dan Okada ke hospital bertemu sensei. Walaupun tidak berapa sihat tetapi dia tetap serius dengan kajian yang kami lakukan. Sungguhpun begitu, saya tidak selesa dengan 'gap' yang sensei bina. Tetapi kebanyakan sensei di department kami berperangai begitu. Pada saya, cara ini kurang membina perkembangan psikologi, malah mampu menjatuhkan. Betul, didikan dalam tegas menjadikan seseorang lebih kuat tetapi....... agak meletihkan, dan saya tidak mahu PhD ini meratah mentah-mentah kebebasan dan ketenangan hidup saya. Walaubagaimana pun, seorang mahaguru tentu ada alasan dan cara tersendiri untuk mendidik. Menjadi Okada tentu lebih sukar. Dia baru berusia 22 tahun dan hari ini adalah hari jadinya. Tinggal satu minggu untuk menyelesaikan tugasan tesis. Perbincangan di antara sensei dan Okada membawa saya ke satu perspektif berbeza.
(Saya mahu simpan perspektif ini untuk diri sendiri)
Jika ini adalah task perjuangan dalam PhD, saya kira semua orang yang telah melepasinya melalui kesukaran yang sama. Jika saya mampu menyampaikan kepada teman-teman sekerja yang sedang berusaha untuk menyusuri alam PhD ini, ingin saya anjurkan, belajar-belajarlah mengendalikan research dulu. Pengalaman dalam pengurusan dan pengajaran sahaja tidak mencukupi untuk mematangkan diri di dalam alam research.
Saya juga tidak patut banyak mengeluh. Angka 28 itu terlalu besar untuk dibandingkan dengan kematangan fikiran dan emosi saya. Ia seakan-akan mencabar keupayaan saya. Saya ada masa 3 tahun untuk menjadi insan yang sangat-sangat berbeza dari segi perkembangan ilmiah. Juga dalam tempoh itu juga, yang paling penting ialah saya memperbaiki diri saya sendiri. Saya perlu nyata bahawa sesudah selesainya 3 tahun ini, hidup akan benar-benar berubah. Saya mahu serius di dalam penulisan. Itu cita-cita saya.
Saya katakan pada diri untuk memujuk hati bahawa saya seorang yang BERANI menanggung kegagalan juga saya BERANI untuk menang. Saya pernah melakukannya, dan kali ini saya akan melakukannya sekali lagi. Saya pernah jatuh dan saya akan bangun kembali jika saya jatuh lagi.
Saya konklusi pada ketakutan ini dengan sentiasa mempersiapkan diri. ( Bisik pada diri, persiapan mantap itu paling penting!)
Inilah PhD - ketakutan, kepayahan, kesunyian, kecelaruan bersatu menjadi musuh paling kuat terhadap diri sendiri. Dan senjatanya ... ada pada diri masing-masing untuk difikirkan.
p/s:
kemungkinan saya untuk kena darah tinggi, besarkah? ha ha ha...
The Simplest Path to Success

You don’t need a life plan. You don’t need motivation, self-confidence, peer support or even luck. All you need is the willingness to take the next most obvious step—then repeat the process again and again, regardless of how you feel. Try it. Happiness comes from seeing the results of your efforts. You don’t need it before you start.

1 comment:

M. H. Jabbar said...

hm entry memberi aku subjek utk difikirkan..thanks..

"Perbincangan di antara sensei dan Okada membawa saya ke satu perspektif berbeza.(Saya mahu simpan perspektif ini untuk diri sendiri)" <---aku suka utk belajar dr experience ko if ko sudi kongsi dgn aku secara peribadi...aku sngt ingin tahu... :-)

may u have a strong soul! hope u'll do the best for the exam...