Tuesday, April 29, 2008

Things do change

Berita dari FKAAS - yang agak memeranjatkan dan tidak disangka-sangka apabila ketua jabatan saya secara tiba-tiba bertukar kepada ketua yang baru. Saya pasti ramai yang terkejut membaca email terbaru dari Zamri. Saya sebagai seorang yang banyak bekerja di bawah Dr Kemas agak sukar menerima pembaharuan. Tetapi, tidak ada sesuatu yang tidak berubah. Lebih-lebih ia arahan dari Dato NC dan bukan arahan Dekan yang masih boleh didolak dalihkan. Saya tidak pernah membayangkan bahawa Dr Kemas bukanlah orang yang akan menerima saya seketikanya saya kembali melapor diri 3 tahun lagi. Tetapi, things do change!

Mulai 1 Mei, PM Hj Ismail adalah ketua jabatan yang baru bagi JKGP. Ia lebih baik untuk beliau dari menggalas ketua jabatan JKSB yang tidak ada kene mengena dengan bidang beliau. Saya juga pernah bekerja di bawah PM Hj Ismail. Dr Kemas dan PM Hj Ismail mempunyai cara kerja yang berbeza tetapi kedua-duanya saya hormati. Banyak pengalaman yang saya kutip dari kedua-dua orang lama dalam jabatan ini. Sebenarnya JKGP (Highway) mempunyai satu team yang hebat dengan para pekerja yang rajin dan mempunyai passionate yang tinggi dalam tugas.

Mengapa dan kenapa tiba-tiba Dr Kemas ditukarkan dengan PM Hj Ismail, belum saya tahu. Saya harap Dr Kemas sihat-sihat saja. Mungkin beliau dinaikkan pangkat! =) Things do change. Belum lama saya pergi meninggalkan FKAAS, perubahan demi perubahan dalam pentadbiran fakulti berlaku. Kalau diikutkan rentetan peristiwa, saya tidak mahu masa berjalan terlalu cepat.

Golden Week

Kami geng-geng Kyodai dengan penampilan khas Pn Mek dan suami sekali lagi merancang satu trip adventure untuk percutian panjang sempena Golden Week. Kereta sewa sudah siap ditempah. Harap-harap lesen saya berjaya tiba pada waktunya. Jika ada rezeki, merasa lah saya membawa Toyota Estima di Expressway di Jepun ini! Tetapi jika lesen tidak sampai pada waktunya, harapkan pada En Azizi seorang-lah yer!

Buat masa ini, ada banyak mondai, seperti ketiadaan tempat penginapan etc. Tetapi, Asyraf dan Kojek (juga Firdaus agaknya) masih bersemangat mencari jalan penyelesaian. Hebat sungguh determination mereka ( bagi perihal ryokou) Yosh! Kamu semua berusahalah! :D

Grounded

Tiba-tiba 'spark' menjelma setelah saya dilanda badai kemalasan melampau disertai gaya hidup yang tidak sihat. Owh! Oleh kerana saya tidak mempunyai jikken untuk dibuat, dan hanya menghadap modeling yang memang boleh dibuat di rumah, bole dikira berapa jumlah masa yang saya habiskan di makmal. Kebanyakan kerja saya buat di rumah dalam keadaan santai. Saya bosan dengan kenkyuu begini kerana sudah terbiasa dek kerja-kerja makmal yang menggunakan tenaga kudrat. Tetapi, things do change ...

Mengerjakan modeling membuatkan saya rasa hilang interest dengan apa yang sedang saya lakukan. Banyak hari jugalah saya duduk di bawah selimut menghabiskan masa dengan tidur berjam-jam. Ini merupakan tanda-tanda orang yang 'hati' mulai mati!

Saya ceritakan kisah benar dunia PhD yang saya alami. Mustahil jika paras kerajinan itu di tahap cemerlang sentiasa. Selalunya masalah yang tidak ada kena mengena dengan kajian lebih banyak menyebabkan diri tersasar dari fokus. Pada masa ini, saya merasakan sebarang buku motivasi pun tidak berguna. Saya yakin semua orang mengalami tahap 'down' ini.

Grounded bukan jalan terbaik - bagi sesetengah orang. Juga sebenarnya bagi saya. Saya lebih suka jika ada kawan yang boleh sama-sama berbincang, saling memberi semangat dan menjadi pesaing terdekat yang positif. Sahabat yang sehati sejiwa, bukan senang hendak dijumpai. Bukan dengan semua orang masalah boleh dikongsi ( biar pun list nama di YM agak memberangsangkan).

Akhirnya, saya kembali kepada pesanan Kak Roslinda, rakan sekerja di UTHM. Setelah puas berada dalam keadaan 'putus asa' yang agak lama, makan tidur makan tidur, akhirnya saya hadiahkan bacaan Yaasin untuk diri saya sendiri setiap kali lepas solat - sebagai penguat jiwa yang lemah. Alhamdulillah, ada sedikit kebangkitan di situ. Benarlah - dalam sesetengah perkara, tidak ada siapa yang dapat meyelamatkan diri kita, kecuali diri kita sendiri.

Tuesday, April 22, 2008

Next step


knowledge about this = null
help!

Monday, April 21, 2008

mencari keistimewaan Islam dalam perspektif risiko

saya insomnia. saya letih dan mengantuk tetapi tidak mampu untuk tidur. jadi saya bangun untuk menulis apa yang terbangkit di minda saya. teringat juga pada salahuddin al ayubi, saidina abu bakar dan saidina umar yang rajin bangkit bersolat malam. sigh! saya belum cukup kuat lagi. ( nanti saya akan cuba kupas tentang bab solat malam ini )

saya mengkaji tentang risiko yang diambil oleh manusia. kebanyakan hasil kajian tentulah dapatan dari barat dan semakin lama, saya semakin menjurus ke dalam bidang psikologi sebagai bahan tambahan kepada kajian.

tetapi ia tidak menjadi masalah kerana di dalam journal pengangkutan paling berprestij TRB - Transportation Research Board, Part F adalah menjurus kepada Transportation Psychology, jadi saya rasa kajian saya tidaklah menyimpang jauh selagi mana ia mampu menjanakan penemuan di dalam bidang kejuruteraan pengangkutan.

walaubagaimanapun, sedikit sebanyak literature review yang saya temukan membuatkan saya merasakan betapa indahnya ajaran Islam. Saya berpendapat, pengkaji-pengkaji Barat bersusah payah mencari jalan pengukur mengapakah manusia suka mengambil risiko sedangkan semua jawapannya ada dalam ajaran agama Islam.

antara risky behavior yang sering dikaji oleh pengkaji-pengkaji Barat ini ialah drinking alcohol and smoking termasuk tabiat seks rambang. kebanyakan paper journal mengaitkan sikap-sikap ini sebagai risiko yang diminati terutama oleh remaja. ada juga yang mengaitkan pengaruh keluarga dan ibu bapa terhadap risiko yang di ambil oleh remaja.

adanya tendency untuk melakukan sesuatu yang berisiko selalunya berkaitan dengan 'jiwa'. jiwa yang kosong mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur dengki dari musuh utama manusia iaitu syaitan laknat. sebagai seorang muslim, saya rasa kita sangat arif dengan perkara ini. kita mempunyai ritual yang berpandukan Al-Quran dan As-sunnah di mana, dengan berzikir, mengingati Allah, merapatkan diri dengan orang-orang berilmu dan soleh adalah jalan dan penawar kepada hati yang kosong. juga senjata bagi orang mukmin ialah doa. jelas segalanya sudah terpandu.

tetapi, di dalam bidang sains barat, kerohanian dipisahkan terus dari kajian, menyebabkan mengukur risiko juga melalui angka statistikal dan matematik. sungguh pun begitu, ia masih jua satu bidang ilmu yang belum dikuasai oleh orang-orang Islam sendiri. hikmah dan natijahnya, wallahu'alam. pengkaji-pengkaji barat mengkaji kerana mereka tidak tahu dan tiada panduan untuk mengatasi masalah 'jiwa'. kerana itu ada banyak jenis bidang kajian berkembang di dunia bukan Islam. ini kerana mereka mencari jawapan melalui mengkaji.

malangnya, dunia Islam sendiri tidak mengkaji apa yang patut dikaji sehinggakan walau dengan adanya panduan yang jelas pun, risky behavior nya tetap sama. masih juga ada yang merisikokan diri dengan minum minuman beralkohol, berzina, hubungan sejenis, etc walaupun jelas tahu sama ada dari segi agama mahupun sains, sikap-sikap ini memberi kesan negatif.

tidak banyak yang dapat saya buat untuk mengubah dunia. tetapi saya harap, kajian saya sekurang-kurangnya mampu mendekatkan diri saya kepada Yang Mencipta Alam ini. memang terlalu banyak persoalan daripada jawapan. mencari motivasi untuk terus bertahan juga adalah satu kajian - mengkaji diri sendiri. ....dan menanti jawapan, mengapa saya ditakdirkan untuk memilih jalan ini ...

p/s:
mungkinkah satu langkah untuk mengelakkan kecelakaan jalan raya terjadi ialah dengan membaca doa naik kenderaan? bunyinya mungkin agak konservatif, tetapi berapa ramai yang ingat untuk melakukannya? lebih2 lagi yang naik basikal @ bas @ densha. ( sayalah tu!)

Sunday, April 20, 2008

lonely soldier boy



feeling cannot be understood till its spoken

what makes albert einstein genius -
its not not looking from his brain but what his brain did that made he looked genius


getsuyoubi - tsuiyoubi : LR
mokuyoubi - kinyoubi : statistik

yosh!

Saturday, April 19, 2008

another sunday morning


5.42 pagi. ketika saya menulis di sini.

baru sahaja habis marathon menonton Hotaru No Hikari, J-drama yang best! sudah lama saya tidak menikmati J-Drama walaupun saya sebenarnya sudah berada di Jepun. Pagi ini, walaupun tidak tidur semalaman, perasaannya sangat subarashii - kerana itulah saya suka menonton J-Drama ketika masa-masa saya down ketika di Malaysia dulu. Dan sebab J-Drama lah saya sampai ke Jepun. Walau hakikatnya, kehidupan di Jepun zen zen chigau dari drama yang dipertontonkan.

Hotaru No Hikari memang memberi inspirasi. Saya rasa Kak Aini pun tentu suka cerita ini. ;-) Kak Jun pun tentu suka. Lebih-lebih lagi ada actor kegemaran saya Naohito Fujiki.


Dalam hidup ini, tidak semua perkara yang kita mahukan akan kita perolehi. Adakalanya kita memang berusaha kuat untuk mendapatkan sesuatu yang kita idamkan. Tetapi semakin kuat kita berusaha, semakin jauh ia dari kita. Dan akhirnya kita sama sekali tidak berpeluang langsung untuk mendapatkannya.

Kita akan jadi sedih dan menghukum diri dalam diam. Kita tidak berani untuk mencuba lagi.Banyak perkara yang kita suka kita biarkan berlalu pergi. Kita akan terlupa menikmati keadaan sekeliling yang sebenarnya banyak memberi support dan menyumbang kegembiraan dalam hidup. Dalam pada melawan perasaan sedih itu, sedar dan tidak sedar, kita sudah jauh melangkah ke depan meninggalkan sesuatu yang sangat kita idamkan jauh ke belakang.

Pada masa ini, sesuatu yang masih ada bersama kita itulah sebenarnya 'harta' yang paling berharga. Tidak lain tidak bukan adalah encouragement yang ada dalam diri kita sendiri.

Saya realized bukan saya saja yang terus berusaha melangkah ke hadapan. Semua orang yang saya kenali 'usaha'nya juga sentiasa berjuang untuk membahagiakan diri walaupun kadang-kala akan terperangkap oleh mainan masa. Orang-orang itu sentiasa berada di hati saya dan sentiasa saya kagumi ketabahan mereka dalam mengatasi keperitan. Mereka juga adalah sumber inspirasi saya.

Sebelum apa-apa aktiviti bermula pada hari Ahad ini, saya mahu tidur sekejap. Ada ruang rindu yang besar terasa pada waktu ini. Rindu pada zaman bagaimana saya mengatasi semua permasalahan dulu. Rindu pada watak-watak supporter pada zaman itu. Persahabatan, ia tidak bermakna selamanya bersama, tetapi tentang bagaimana kehadirannya selalu diingati.

Plot hidup kadang-kala sama saja. Cuma watak-wataknya saja berbeza. Pasti, watak-watak supporter di sini, pada ketika ini, juga, suatu masa nanti akan jadi lagu dalam ruang rindu saya.

Cerita hidup ini memang cantik. Kagum J-Drama mampu mengolah 'cinta' manusia menjadi inspirasi.

Inspirasi...

p/s;
...juga manusia biasa dalam plot kehidupan yang ada turun naik. ...sometimes, to be alone is the best theraphy for healing the pain.

Tuesday, April 15, 2008

membebel

tottemo bikurishita!

pagi-pagi lagi dapat panggilan dari owen. yoshi sensei bertanyakan study plan saya yang sepatutnya saya hantar hari ini. saya dah hantarkannya isnin lepas! terawal sangatkah? bukankah awal itu bagus. mengapa saya kinchou sangat takut di marah pula!

saya macam biasa, mind set tidak kuat untuk jadi morning person. tetapi dengan adanya mondai berlanjutan dari Plala ( server internet) menyebabkan saya gagahkan diri.sebaik saja tiba di NTT, tutup pula! saya perlu ke show room di sanjo atau takano untuk selesaikan mondai yang ntah apa masalahnya pun saya tidak faham.

apa dah jadi dengan diri ni? makin lama makin surut motivasi. semua kelas bahasa jepun saya tuang ke tepi. saya semacam dah lupa kenapa saya beriya-iya nak datang ke sini. semangat yang bernyala lebih dari obor olimpik pun tinggal nyawa-nyawa ikan.

mustahil saya tidak marah dan berperang dengan diri yang semakin lupa pada nilai perjuangan dan integriti. saya lupa betapa susah payahnya saya berjuang untuk sampai ke negara matahari terbit ini. saya lupa janji dan genggam sumpah yang saya selimpangkan dari hujung rambut hingga hujung kaki untuk mengutip sebanyak mana pun ilmu di bumi Ilahi ini.

bukankah saya sepatutnya kuat melaksanakan perancangan/ jadual yang telah saya buat. saya patut kuat menentang apa jua arus yang datang kerana semuanya hanya untuk 3 tahun sahaja! tapi mengapa hati saya kerap mengeluh letih dengan apa yang saya rasa setiap hari.

homesick. paling kuat dan kukuh alasan itu. tidak terluah dek lidah apa yang terbuku di hati. semuanya bermain di atas jari saat saya menaip keyboard ini. homesick. ia menguasai semua mind setting yang ada.

sudahlah... tidak guna saya membebel panjang marahkan diri sendiri. apa-apa pun semuanya harus diredah. mana ada hidup tanpa masalah. dan... putaran hidup - memang sekejap di atas dan sekejap di bawah.

head band untuk para students di bawah seliaan saya telah sampai di bumi UTHM. selamat mengikat kepala untuk final exam. rindunya untuk lihat wajah-wajah semangat mereka yang selalunya memberi inspirasi buat saya.

p/s:
saja membebel untuk diri sendiri. kerana rindukan suara-suara bebelan kakak-kakak yang ada di sana!

ruyung belum pecah, sagu belum dapat


pada mulanya saya faham kehendak sensei. segara generalnya saya perlu mencari kolerasi di antara faktor-faktor penyumbang risk perception bagi seseorang penunggang motosikal. saya perlu fokus untuk resembling model-model yang ada kepada bentuk detailed model.
tetapi, mencari literature sokongan kepada kaitan di antara health, finance, traffic, knowledge, dan experience dengan risk perception menyebabkan saya selalu menjajar jauh dari tunjang asal. selalu saya tarik semula diri saya dari membaca artikel yang tidak berkaitan.
ini soal membuat literature review dengan baik. research saya di jalankan dalam plan langkah demi langkah. sensei mahu saya menguatkan asas literature review saya. ia bukan lagi terfokus dalam bidang kejuruteraan semata malah meliputi semua aspek sosiologi, psikologi, kesihatan, dan pengurusan risiko terutamanya.
melihatkan kepada hasil perbincangan dengan sensei seminggu yang lalu, nampaknya saya sudah perlu mula melirik-lirik kepada aspek analisis dan mula melihat bagaimana caranya data dianalisis. setapak demi setapak, jalan semakin susah dan payah. lebih-lebih lagi, saya terpaksa study statistik dari basic foundamental. untuk makluman - tiada kelas bantuan. jika dan hanya jika saya ingin masuk pun, semuanya di dalam bahasa jepun.
nampaknya saya perlukan strategi study smart yang baru. terkial-kial? sudah tentulah. jika saya cekap, tidaklah saya dinamakan sebagai STUDENT!...
p/s:
good luck to all my students in UTHM for the final exam battle.

Sunday, April 13, 2008

everything is about bussiness, nothing is personal - quoted by tajul amri

sekali lagi memasuki minggu baru di dalam bulan April ini. musim yang cuacanya paling saya suka walaupun kadang-kala hujan. seminggu yang lepas saya sabotaj diri saya habis-habisan. graf motivasi menurun dan merundum. oleh itu, saya cuba lari dari perspektif biasa dan keluar dari kyoto sendirian ke satu tempat di mana saya berpeluang menghabiskan masa dengan orang-orang yang 'baru' saya kenali di hujung minggu. nice experienced and i gain back my momentum. refresh but more serious this time.

untuk kali ini, tidak banyak komentar yang perlu saya buat untuk wrap up keseluruhan minggu lepas kerana menjaga mood 'enjin' yang baru hendak panas. bagi perjalanan research saya pula, untuk step pertama minggu ini, saya perlu kenal pasti kaitan antara lifestyle and risk perception. adakah lifestyle di pengaruhi oleh risk perception, atau risk perception dipengaruhi oleh lifestyle.

p/s*
life is drama.
ada macam-macam jenis orang dalam dunia ni.

Sunday, April 6, 2008

Hujung minggu yang cepat berakhir

Pantas sekali bertemu lagi hari Isnin. Hari ini hujan,suasana gloomy yang saya selalu rindu - kerana Parit Raja selalu saja ditimpa hujan. Dan dalam hujan itu terlalu banyak kenangan yang timbul. Saya sukakan bunyi air hujan yang menitis dari atas atap jatuh ke jalan. Tetapi saya juga pernah bencikan suasana hujan seperti ini. Wah! Nampaknya hari ini saya hidup dalam menganalisis kenangan - tambah lagi saya mencutikan diri dari pergi ke makmal.

Satu demi satu insan dari Malaysia menyapa ke YM saya. Menyedarkan diri saya dari mana saya datang dan ke mana akan saya kembali.



Student PA saya ada mengupload gambar-gambar sukaneka mereka semalam. Bukan main seronok lagi mereka bermain dan mengutip kenangan ditahun akhir. YM saya ada sedikit masalah kerana itu tidak dapat menyimpan gambar-gambar yang diupload dengan baik. Malam esok pula mereka menganjurkan dinner di Hotel Crystal. Ada persembahan untuk pensyarah-pensyarah. Wah! Pasti seronok.

Excellent idea on evening Friday



Jumaat lalu, saya bertemu sensei untuk meeting yang seterusnya. Malam sebelumnya saya tidak tidur langsung kerana menyiapkan sketch idea. Alhamdulillah, sensei nampak kesungguhan saya dan sensei begitu berminat dengan idea yang saya cuba sempaikan.Perbincangan berlangsung dengan baik dan saya puas hati. Saya nampaknya akan menggunakan AMOS untuk analisis data dan saya perlu bermula mengenali SME.



Sensei juga ada menawarkan sesuatu yang diluar jangkaan. Jika saya excel, saya akan ke Amerika untuk membuat survey bagi satu kelab motosikal berkuasa tinggi di sana. Satu tawaran yang sangat mengujakan! Tetapi, semuanya masih dalam permulaan. Saya masih ada 3 tahun lagi di sini. Banyak perkara yang terpaksa saya korbankan. Apa yang saya suka pun, kadang-kala hanya terpaksa saya kerling sahaja. Semoga pengorbanan ini akan ada hasilnya kemudian hari nanti. InsyaAllah.



Hanami



Hujung minggu yang lalu adalah minggu berhanami di bawah pepohon sakura. Ini kali pertama buat saya. Hari Sabtu yang lalu ada aktiviti di bawah anjuran MSAJ Kansai. Barulah saya tahu betapa ramainya Malaysian di daerah Kansai ini. Semua yang hadir tentu gembira.



Tetapi, saya tidak dapat mengikuti sampai aktiviti selesai. Saya diperlukan kerana ada emergency di Kyoto yang memaksa saya bergegas pulang. Saya belum puas berborak dengan kawan-kawan lama yang tidak berjumpa, juga kawan-kawan baru yang ingin dikenal tetapi saya tidak boleh pentingkan diri. Hari ini saya bantu orang lain, mungkin di Malaysia sana akan ada orang lain yang akan bantu adik-adik saya.



Untuk itu, hari Ahad seterusnya, aktiviti hanami terbayar oleh satu perkelahan yang di ideakan oleh adik-adik postgrade Kyodai. Kami ke Arashiyama setelah Asar dan perposing agak sakan. Yang paling saya suka ialah kami bersolat Maghrib di bawah pohon Sakura secara berjemaah sambil diperhatikan oleh Nihon Jin yang ada di taman itu. Ada juga yang nampaknya mengambil gambar. Satu ciri dakwah yang tidak desengajakan tetapi harus dilakukan.

Hari minggu berjalan tanpa rehat. Kerana itu, saya terpaksa bercuti di hari Isnin. Kokoro saya agak penat. Saya perlukan semangat untuk memulakan cerita pada minggu baru.

Agak ingin menghabiskan masa bersendirian. Hajat saya ingin menghabiskan masa dengan teman-teman sekerja di Osaka masih tertunda!

Pelajar Kyodai berhanami -

berdiri :saya, penampilan khas Pn Mek, Asyraf, Kojek.

duduk: rahida dan firdaus.

Personality Test


Saya menolak keras jawapan PersonalitY Test yang saya buat. Mungkin saya terlalu spontan ketika menjawab tanpa mengenalpati makna kotoba dengan jelas. Maklumlah, ketika itu, saya sedang bertungkus lumus menyiapkan sketch idea dalam keadaan mengantuk. Walaupun ada benarnya, tetapi agak mendongkol juga rasa dijiwa.

Saya memang orang yang "people-people" , saya suka membuat orang gembira ...betul! Malah akan berusaha membuat orang lain gembira, dan suka di kelilingi ramai kawan. Saya suka pentas, persembahan, rostum dan pengucapan umum ( kerana itu saya pilih untuk jadi lecturer). Saya suka berlakon, bertari, melukis apa lagi menulis yang memang sebati dengan kehidupan harian saya.


Tetapi, saya tidak boleh sentiasa dikelilingi ramai orang. Masa bermakna saya ialah masa yang saya spend dengan orang-orang yang saya sayang dan teman-teman terdekat. Mungkin kerana itu, nilai masa yang sangat saya hargai di Jepun ini, bila saya bersendirian dengan diri saya sendiri. Pagi Sabtu dan Ahad, fikiran saya masih terpasak di Malaysia.


Pendek kata, saya betul-betul nampak seperti seorang pelakon,yang kelihatan selalu gembira dan mampu membawa watak dengan baik tetapi, kokoro no naka ni dare mou wakaranai...

Akhirnya, saya realize, majoriti penulis, selalu hidup dalam dunia mereka sendiri. Wah! Kritikal dan kompleks.

Tidak kira apa pun, personality test itu cuma sebuah kajian. Personaliti manusia itu boleh berubah dengan kepelbagaian faktor yang mempengaruhi. Cara mengenalpasti baik buruknya dengan kembali mengukur karakter diri dengan sunnah Rasulullah. Cara hidup dan karakter seseorang muslim itu telah pun dipandu dalam Islam sendiri. Cuma, ada kalanya kita tergoda dek fatamorgana dan kehidupan sosial di sekeliling. Pengkaji dari Barat sekadar cuba menyaingi apa yang dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah. Maka kajian seperti ini hanya sekadar satu bidang ilmu psikologi sahaja. Tidak kira apa pun personaliti manusia, nilai akhir yang diukur oleh Allah S.W.T ialah amal kebajikan yang dilakukan ketika di dunia ini.

InsyaAllah, untuk itu, sama-samalah kita berusaha perbaiki diri lagi. Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali.


Berpesan-pesan pada diri.



Thursday, April 3, 2008

Bangga ni.

Silalah dengar nasyid sekolah saya SMKA Maahad Muar, setelah lebih 10tahun akhirnya dapat juga merakamkan album kongsi bersama-sama sekolah-sekolah lain agama yang lain.

Boleh dapatkan di pasaran di bawah keluaran EMI - "Himpunan nasyid sekolah-sekolah."

Sekali Maahad, Maahad selamanya.
Sekali nasyid, terus bernasyid.
;) natsukashi naa...
batch nasyid (1995-1996)

INSAN PEWARIS BANGSA

Tangisan pertama
Insan dilahirkan masa beredar
Menjadi dewasa ilmu dicari
Pengisi dada
Amalan dikerja lambang ketaatan
Pelajar mulia
Berjiwa luhur nafsu dilentur
Khidmat ditabur strategi diatur
Halangan digempur
Membina Negara maju dan makmur

c/o
Bukannya mudah...membina diri
Percayakan Allah
Benteng keimanan kesetiaan
Teruja kepada Negara
Kedaulatan undang-undang menjadi
Pegangan
Tatasusila mengukuh kesopanan
Barulah kukuh keperibadian diri
Barulah teguh nilai jati diri
Barulah maju
Negara diwarisi
Pelajar mulia
Negara maju menjadi idaman
Setiap masa kemajuan dicipta
Mengukir sejarah
Bangsa yang lemah menjadi gagah
Pelajar mulia
Taatkan agama tunaikan kewajipan
Setiap masa sayangkan ibu bapa

Serta keluarga
Menjadi tunas harapan Negara..


Tuesday, April 1, 2008

cerita tentang risiko

Betul juga, semakin sedikit waktu yang kita rasa kita ada, akan semakin berkualiti setiap kerja yang kita lakukan kerana kita cuba mempergunakannya sebaik-baik mungkin. Mungkin juga, kita tidak sepatutnya membiarkan diri sentiasa 'free' dan cuma tetap pada satu-satu pekerjaan. Membaca blog hairol ( kawan di UK) membuatkan saya rasa aktiviti luar (yang berfaedah) itu penting. Ia mampu mendatangkan nilai passionate. Menjadi ahli pelaksana bagi sesuatu program sebenarnya sangat bagus untuk melatih ketahanan diri mengendalikan stress dan masa. Menumpu kepada PhD semata-mata akan menjumudkan ruang insaniah di dalam diri.

Saya harap Hairol bole jadi seperti Fahri ( watak dlam novel ayat-ayat cinta yang dipinjamkan oleh Firdaus; maaf dik belum terasa hendak memulangkan). Malah saya juga ingin jadi seperti Fahri yang sangat konsisten dan prihatin dalam setiap waktu yang digunakannya. ( Promosi; Novel yang meletakkan perkataan cinta tidak semestinya semata-mata berfokus kepada cinta)

Semuanya demi ibadah, niat semata-mata kerana Allah Taala. Masalah saya sekarang, kalau mengikut mama, hati yang tidak cukup kuat, determination yang tidak cukup tinggi, fokus yang tidak cukup bagus, dan passion yang tidak cukup kental! Kokoro no mondai. Manusia harusnya tidak sempurna, tetapi, harus juga terus belajar mencari kesempurnaan dalam menggunakan masa yang ada ( atau masa yang tinggal?).

Risiko

Semakin kita mendalami isi kandungan kajian, semakin ia menjadi menarik. Saya kini sedang mendalami mengapa manusia melakukan perbuatan yang mengundang risiko. Adakah disebabkan ceteknya pengetahuan tentang risiko tersebut atau sudah menjadi tabii manusia sukakan risiko. Jika benar, hingga tahap manakah level risiko bagi seseorang manusia normal.

Mungkin kelihatan tidak seperti engineering tetapi kajian-kajian engineering seperti rekabentuk kenderaan dan persekitaran jalan telah lama dilakukan dan tidak mampu mengubah kesan kemalangan dek kerana sikap manusia sendiri. Maka, faktor humanity perlu dimasukkan ke dalam kejuruteraan supaya mendatangkan hasil yang lebih hampir kepada sikap manusia. Rekabentuk kemanusiaan - satu istilah yang menarik bagi saya. Bermain dengan data statistikal dan sedikit falsafah/teori kemanusiaan.

Sebagai contoh, komuniti di Kyoto ini, masih sanggup merisikokan diri untuk tinggal di lembah Kyoto yang dikelilingi bukit serta mempunyai potensi untuk gempa bumi. Tetapi, risiko ini kelihatan lebih kecil dari risiko membunuh diri akibat stress di Jepun kerana gempa bumi tidak selalu terjadi. Dan risiko membunuh diri kelihatan lebih kecil dari risiko kemalangan basikal atau kereta.
Juga persoalan di antara risiko kematian disebabkan kanser dengan kematian disebabkan kemalangan jalan raya, yang mana mempunyai kesan risiko paling tinggi?

Menarik bukan?

PhD Article

Minggu ini saya membuka email dan menerima PhD article dari Kak Jun yang banyak membantu saya mengurangkan self sabotage. Ia sekali lagi dihantar oleh Hairol setelah saya mengadu tahap self sabotage saya yang tinggi sejak akhir-akhir ini.

Teman-teman seperjuangan sangat penting dalam proses PhD ini. Motivasi bukan sesuatu yang statik. Ia tidak terpaku di satu level sahaja. Kemungkinan turun naiknya seumpama papan bursa saham. Teman-teman juga tidak boleh rigid setakat di satu tempat. Hebahkan silaturrahim, baik di antara kita di Jepun, UK, Nz, German, Aussie walau Malaysia sekalipun kerana kadang-kala kita perlukan perspektif yang berlainan.

Moga-moga kita tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Amin.

"Berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran."
- Al - Asr