Sunday, February 3, 2008

Kobe no Rokko San de Ski -o- shini ikimashita!!!




br. mat nor, saya, mek dan azizi (suami isteri)


Perancangan asal pada mulanya sangat jauh berbeza. Tetapi saya sudah berjanji untuk temankan Mek membawa Azizi 'melawat kawasan'. Saya buntu juga pada mulanya kerana saya baru saja 4-5 bulan di sini, manalah tahu kawasan-kawasan 'syiok' yang boleh meninggalkan kesan pada pasangan pengantin baru ni. Mujur sangat ada Mat Nor the Mr.Pres.

Ahad pagi kami bertemu di Osaka dan oleh kerana perancangan asal untuk memetik ichigo terpaksa dibatalkan, kami ke Kobe untuk meninjau-ninjau Mt.Rokko. Kami tidak menjangka rupa-rupanya penuh salji di atas gunung. Lebih-lebih lagi ada tempat meluncur, mungkin kerana kenangan manis di Nagano masih mekar, kali ini, kami cuba ber'ski' pula!

Meluncur ski pada saya lebih sukar. Tetapi, tidak mengapalah jika tidak hebat pun kerana sukan ais mungkin bukan kebolehan saya. Setakat jatuh berguling kemudian memerhatikan anak-anak comel berlatih pun sudah seronok.

Kemudian kami sambung makan di Fisherman Shop di Kobe. Seterusnya sesi bergambar untuk pengantin baru ini. (Saya pun tumpang sikit-sikit.) Kobe memang pelabuhan yang romantik dengan kapal Concerto yang tersadai megah di tepi tebing. Juga simbahan lampu-lampu yang membuatkan saya tersenyum - berangan sendiri. Lebih-lebih lagi bila kami mula menyusun aksi romantis buat Mek dan Azizi ber'photo'. Sporting tapi malu-malu juga lah!

Mat Nor memang berusaha memeriahkan suasana! Terima kasih sangat-sangat terutama pada tripod! Mat Nor mmg presiden yang sgt sweet dan sporting. Semoga Mat Nor berjaya mencapai apa saja cita-citanya. Amin. Saya harap Azizi dan Mek juga sangat gembira. Walaupun masing-masing sibuk dan akan kembali melaksanakan tugas masing-masing, yang memaksa mereka berpisah, tetapi sedikit 'sentuhan berkualiti' itu saya kira sangat memberi makna. =)

Bagi kawan-kawan yang ingin melanjutkan PhD dan masih belum berumah tangga, saya nasihatkan kalau ada kudrat, kahwinlah! Sabishii sebenarnya melaksanakan tanggung jawab ini. Melawan perasaan yang pelbagai rasa lebih susah dari melaksanakan PhD itu sendiri.
tgk ni, kan best pasangan pengantin baru beraksi!!!

Bagi yang tidak ada pilihan, =), tidak mengapalah...kalau takut tersungkur,sama-sama kita jalan perlahan-lahan. Moga-moga hikmahNya akan terbongkar.

Shikken

Pagi ini ada test nihon go. Tidak susah dan tidak senang. Tidak lewa dan tidak juga bersungguh-sungguh. Kelas nihon go telah habis. Kini tinggal happyo pada 12 dan 13 hari bulan nanti. Ingatan saya untuk pulang semakin sebati saat-saat ini. Saya bimbang dengan diri sendiri yang semakin hari semakin terkenangkan pokok kelapa sawit, suasana panas, halaman rumah, dan entah pelbagai sindrom homesick. ( Ketawa sendiri.)

Saya tahu bukan saya seorang yang ada perasaan begitu. Semua anak dagang ada perasaan ingin balik dan kembali ke zon selesa yang ditinggalkan. Tetapi, ada juga insan yang saya jumpa mempunyai azam dan cita-cita yang besar untuk mengubah kehidupan supaya jadi yang lebih baik. Apa agaknya yang menjadi perangsang mereka ya?

Saya cuma faham satu perkara. Apa jua rasa yang ada pada saat ini, saya perlu telan mentah-mentah. Di sebalik kelemahan demi kelemahan yang telah mula kelihatan pada diri saya, saya harap masih ada kekuatan dan ketabahan di sebaliknya.

Pada siapa lagi layak saya mengadu, kalau bukan pada Tuhan Yang Satu?

No comments: