Tuesday, February 12, 2008

After entrance exam

Di mana lagi hendak saya mengadu kalau bukan pada ruang ini. Tadi, selepas habis happyo Kak Mar telefon saya dengan nada gembira. Saya sangat berharap akan nada itu dalam diri saya selepas tamat presentation. Tetapi, hati saya tidak gembira pun....!Hendak menitiskan air mata pun semacam tidak boleh. Kecewa pada diri kerana masih ada ruang-ruang yang tidak dapat saya jawab ketika dalam sesi Q & A. Bestnya kalau ketika ini ada orang tepuk-tepuk bahu ke, beri pelukan sokongan ke dengan berkata;

Takpe Enn, kau dah try yang terbaik!!

Terpaksalah pujuk diri sendiri. Tunggu Asar masuk untuk mengadu pada Dia Yang Satu.

Tak sampai hati nak telefon mama dan papa. Sebab apabila saya cerita tentang kejadian oral exam semalam, papa dan mama lebih runsing. Siap kena marah lagi kerana selalu sangat pergi berjalan-jalan.

Kata papa - macam mana nak dapat jawab kalau asyik pergi main salji je!

Aiyak! Terasa seperti budak darjah 5 bila kena marah begitu. =)

Rasanya memang saya belum pulun yang terbaik untuk PhD ini. Masih main-main dan memang layak kena marah. Tapi janganlah sampai tidak lulus entrance exam. Bidang yang saya buat ini pun bukan yang saya minati. Dari dulu lagi saya tidak ada hati dengan bidang transportation, tetapi sudah jauh saya redah bidang ini, saya harap saya temui sesuatu yang saya suka.

Baru sekejap tadi Miyata San datang. Alhamdulillah lulus. Tetapi hati masih tak gembira kerana saya tahu akan kesusahan yang akan saya tanggung selepas ini. Saya kena rajin.

Kena rajin macam Asyraf, macam Fendi, macam Kojek, macam Kak Farihah !!
Saya kena selalu datang lab. Tak mahu ponteng2 lagi. Saya kena fokus dan pandai urus masa.
Supaya hari minggu saya boleh bersama-sama dengan adik-adik di CUSTROME!!!

Sensei, tima kasih sebb luluskan saya!
Alhamdulillah....
masa untuk belajar bersungguh2!!!
YOSHHHH!!!!!