Thursday, February 28, 2008

Mondai

Apalah ertinya hidup tanpa mondai. Hari ini menjadi satu hari yang sibuk buat saya. Sibuk kerana dalam satu hari ada pelbagai masalah yang cuba saya selesaikan. Ketika ini, di luar masih hujan renyai bercampur yuki. Lewat 2 jam lagi akan bermula satu hari yang baru. Apa yang akan terjadi pada hari esok, siapa pun tidak akan tahu.

Sejak short circuit minggu lepas, intenet rumah saya mengalami masalah connection. Ada bagusnya juga kerana saya tidak merayau-rayau dan menghabiskan masa dengan melayari laman web yang tidak berfaedah. Tetapi, untuk menyelesaikan masalah connection ini ia menjadi satu hal yang rumit. Dalam menyelesaikan masalah ini, minda saya menyenaraikan mondai-mondai lain yang saya hadapi.

Saya cuma seorang perempuan yang tidaklah bijak sangat dan tidaklah setabah mana. Pendek kata biasa-biasa saja. Saya terlontar di satu daerah yang bahasanya begitu asing hingga untuk menyelesaikan satu masalah kecil ia akan mengambil masa berjam-jam. Apatah lagi sistemnya yang kadang-kala agak komplikasi dan terlampau tersusun untuk gaijin seperti saya. Tanpa kad insuran perubatan pun, hampir mungkin kita tidak boleh memperolehi ubat dari farmasi.

Dalam situasi yang berseorangan, tanpa teman nihon jin yang rapat untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah remeh, saya tersadai lagi di dalam sebuah makmal penyelidikan yang latar belakangnya bukan keupayaan saya.

Ruang penyelidikan ini mengkehendaki saya mempunyai latar belakang statistik yang kukuh dan kebolehan untuk bermain dengan SPSS atau ANOVA yang tidak pernah saya terfikir bahawa saya akan menghadapinya. Sensei pula seorang yang kibishi dan untuk bertanyakan hatta satu soalan pun saya perlu berhati-hati. Kebanyakan buku yang dicari pula dalam nihon go. Jika ada di dalam English pun, ia bukan di main library tetapi di library fakulti yang lain. Bermakna saya perlu lebih effort untuk mendapatkan buku yang dikehendaki. Atau lebih tepat lagi,benar-benar berdiri di atas kaki sendiri.

Hati ini pula sentiasa meronta-ronta untuk pulang. Biarpun hujan di sini tidak selebat di tempat sendiri, malah masalah banjir juga mustahil untuk berlaku, tetapi kehangatan menjadi tuan di rumah sendiri sentiasa dirindu-rindu.

Setelah mengira-ngira mondai dan mendengar rintihan hati, saya cuba pula mengira kelebihan dari perjalanan hidup yang saya rasa sukar ini. Bukan semua mampu tiba ke tahap ini dan bukan semua berani untuk menghadapi situasi ini. Malah, walaupun saya tidaklah bijak sangat menyelesaikan permasalahan demi permasalahan yang datang, saya masih terus bergerak dan berjuang untuk hidup. Walau ada kalanya, saya cuma bergulung di dalam futon mengharap TUAH datang bergolek!

Kadang-kala ingin meluahkan apa yang terbuku tetapi saya belajar menahan dengan kesabaran di samping mengasah motivasi untuk jishin. Hendak menangis pun tiada bahu untuk bersandar. Hendak mengeluh pun tiada telinga sudi mendengar. Akhirnya dua tangan sendiri menepuk-nepuk dada supaya banyak-banyak bersabar. Mujur ada kebolehan meluah melalui tulisan. Terurai juga sedikit perasaan yang berkecamuk.

Sebenarnya kebanyakan nihonjin yang saya temui dalam setiap permasalahan sangat baik dan sudi membantu. Mungkin mereka juga kasihan melihat gaijin seperti saya yang kelihatan teraba-raba. Berbekalkan sedikit kotoba dan keberanian, saya mencari jalan untuk menghurai satu demi satu mondai. TAWAKAL sentiasa menjadi senjata biarpun saya bukanlah hambaNya yang baik dan istiqamah. Bila susah ingat DIA, bila gembira lupakan DIA.

Banyak yang ingin saya coretkan, tetapi mata sudah mulai mengantuk dan banyak lagi perkara untuk hari esok yang belum selesai. Saat ini, terlampau banyak perkara yang saya rindukan di Malaysia termasuk bunyi titisan hujan yang menimpa atap rumah.

Saya bertemankan buku HMTuah Iskandar ; Membina Imiginasi Cemerlang (yang saya pinjam dari Yana) setelah puas mencari buku-buku motivasi di perpustakaan Kyodai. Agaknya nihonjin mempunyai jishin yang tinggi. Mereka tidak memerlukan buku motivasi. Saya pula… buku-buku motivasi umpama makanan kegemaran. Dan buku-buku Faisal Tehrani umpama minuman kesukaan.

Jauh di Nihon, lagaknya membawa saya jauh dari makanan dan minuman kegemaran. Apa yang boleh saya buat, ini adalah pilihan saya sendiri. Ia lebih baik dari duduk tidak bergerak di meja opis sambil mengira sawang lelabah yang tergantung. Atau mengira berapa banyak kisah cinta yang tak kesampaian serta melihat satu demi satu teman mendaki anak tangga pelamin.

Pencapaian dari segi itu, akan datang kemudian kerana soal jodoh, ajal dan maut 100% ketentuan Tuhan. Kini,saya cuma mahu asah perasaan cintakan ilmu. Yang lain insyaAllah akan menyusul kemudian bila masanya tiba.

Mondai – membuat kita matang.

p/s:
Selamat Pengantin Baru Dewi ( Bkt gambir),
Selamat Pengantin Baru Nayah (T’ganu),
Selamat Pengantin Baru Apin ( Muar)
Tiada sesiapakah ingin hantarkan karya terbaru FT pada saya?

2 comments:

M. H. Jabbar said...

aku pernah baca buku membina imaginasi cemerlang tuh 2 taun yg lepas..aku praktikkan..mmg memberi nampak kesannya...

teruskan usaha bro...

sapphire said...

yosh!

mmg ada kesannya!