Thursday, February 21, 2008

Syifa'

Sejak balik dari Kumamoto, batuk dan selsema saya semakin menjadi-jadi. Saya belum sempat ke Klinik. Sepatutnya pagi ini, tetapi saya tidur semula selepas Subuh kerana badan terasa lemah. Mungkin petang ini, saya akan gagahi diri ke klinik berdekatan.

Semalam, saya berbicara dengan Alin, seorang lagi student PhD di lab yang sama. Rupa-rupanya Alin juga seperti saya, tidak mempunyai basic di dalam statistik. Tahun pertama Alin dihabiskan dengan belajar statistik dan mencari tajuk. Alin pernah gagal dalam entrance exam dan berjaya pada kali keduanya.

Nampaknya, bukan saya sahaja yang tidak 'pandai' dan 'arif' tentang kajian yang perlu dilakukan. Cerita Alin memberi harapan pada saya bahawa saya bukanlah teruk sangat. Saya akan mencuba yang terbaik.

Batuk yang menggatal di tekak agak mengganggu. Tetapi, apabila sakit begini, asma Allah lebih kerap disebut.

3 comments:

Unknown said...

semoga cepat sembuh...genki ni narimasu..

M. H. Jabbar said...

semoga cepat sembuh jugak...

sapphire said...

minna-sama

syukran!!!!