Thursday, February 28, 2008

rahmat di sebalik ujian

Puisi yang bergulung dalam diri
Aku simpan jadi kapas putih
Membersih sanubari
Menyejukkan hati

Puisi yang aku kulum dalam lidah
Aku akan bentangkan
Pada pentas alam satu saat
Mempamer sebenar diriku

Puisi yang bersatu dalam mimpi
Adalah teman sepanjang jalan
Jadi penanggah zaman berzaman
Membahagiakan kesepian

sapphirenn 30/mac/2008

Tajuk di atas merupakan tajuk sebuah buku yang pernah saya baca ketika mengharungi kehidupan sebagai pelajar praktikal yang di Kuala Lumpur 4 tahun yang lepas. Hari ini, ujian nya berbeza dan natijahnya juga berbeza.

Saya memulakan hari dengan berkejar ke NTT demi masalah connection internet saya. Dek kerana kasihan kan saya mungkin, akhirnya staff NTT tersebut menawarkan diri untuk ke rumah saya dan melihat sendiri masalahnya. Sebaik sahaja laptop dibuka, semua masalah telah pun selesai. Agak miracle juga-lah!

Yang baiknya, melalui masalah ini, saya mendapat kawan baru. Ayako Hasegawa yang rupa-rupanya bekerja sebagai DJ di FM845 sebuah station radio di Kyoto. Ayako cuma aru-baito di NTT dan kami bertukar-tukar nombor telefon dan jika ada masa terluang mungkin kami akan keluar bersama-sama.

Masa kecil dulu, saya sangat suka mempunyai pen-pal. Hobi ini saya lakukan sehingga saya menginjak masuk ke zaman matrikulasi. Tiba-tiba saya rasa Ayako ini mungkin salah seorang dari pen-pal saya. Atau saya cuma terkenang, jika dan hanya jika saya tidak buang semua surat-surat pen-pal itu, saya masih mempunyai Wamnika dari Thailand, Emilie dari Germany, seorang teman dari Jepun, seorang dari Maldives dan mungkin ada lagi yang saya lupa.

Setelah masalah selesai, saya ke makmal dengan gembira. Email dari sensei untuk mengetahui prestasi saya membuatkan saya bekerja dengan tekun hari ini. Cuaca hari ini juga sangat baik dan selesa. Saya sempat chat dengan Kak Nana yang sangat saya rindu! Kehidupan Kak Nana juga bertambah baik sekarang. Sempat saya meminta alamat dari Kak Nana, jika ada kelapangan, saya akan menulis surat buat tatapan Kak Nana. Ganbatte Kak Nana, happiness is always there for those who believe on it.

Malam seusai Isya saya ke rumah Peter. Ada nabe untuk kami 3 serangkai yang duduk di meja berhampiran tingkap. Peter keseorangan jadi dia minta saya dan Ari menemankan malamnya. Riko, masih perlu bertugas jauh dari rumah.

Memandang hari dengan lebih positif membuahkan hasil. Terima kasih buat E'e kerana dengan tidak sengaja melafazkan perkataan PENCAPAIAN pada cuti minggu lalu. Ia membuatkan saya sedar akan kelebihan diri saya dan menjalani lebih yakin menjalani minggu ini. Tips nya, jangan menanti sesuatu yang tidak pasti dengan membiarkan diri tua dimamah waktu. Kejarlah impian dan berdampinglah dengan keupayaan diri, yang lain akan mengekori dengan sendiri.

p/s:
yang ingin diusahakan
istiqamah dengan suruhan Tuhan.

No comments: