Tuesday, April 29, 2008

Things do change

Berita dari FKAAS - yang agak memeranjatkan dan tidak disangka-sangka apabila ketua jabatan saya secara tiba-tiba bertukar kepada ketua yang baru. Saya pasti ramai yang terkejut membaca email terbaru dari Zamri. Saya sebagai seorang yang banyak bekerja di bawah Dr Kemas agak sukar menerima pembaharuan. Tetapi, tidak ada sesuatu yang tidak berubah. Lebih-lebih ia arahan dari Dato NC dan bukan arahan Dekan yang masih boleh didolak dalihkan. Saya tidak pernah membayangkan bahawa Dr Kemas bukanlah orang yang akan menerima saya seketikanya saya kembali melapor diri 3 tahun lagi. Tetapi, things do change!

Mulai 1 Mei, PM Hj Ismail adalah ketua jabatan yang baru bagi JKGP. Ia lebih baik untuk beliau dari menggalas ketua jabatan JKSB yang tidak ada kene mengena dengan bidang beliau. Saya juga pernah bekerja di bawah PM Hj Ismail. Dr Kemas dan PM Hj Ismail mempunyai cara kerja yang berbeza tetapi kedua-duanya saya hormati. Banyak pengalaman yang saya kutip dari kedua-dua orang lama dalam jabatan ini. Sebenarnya JKGP (Highway) mempunyai satu team yang hebat dengan para pekerja yang rajin dan mempunyai passionate yang tinggi dalam tugas.

Mengapa dan kenapa tiba-tiba Dr Kemas ditukarkan dengan PM Hj Ismail, belum saya tahu. Saya harap Dr Kemas sihat-sihat saja. Mungkin beliau dinaikkan pangkat! =) Things do change. Belum lama saya pergi meninggalkan FKAAS, perubahan demi perubahan dalam pentadbiran fakulti berlaku. Kalau diikutkan rentetan peristiwa, saya tidak mahu masa berjalan terlalu cepat.

Golden Week

Kami geng-geng Kyodai dengan penampilan khas Pn Mek dan suami sekali lagi merancang satu trip adventure untuk percutian panjang sempena Golden Week. Kereta sewa sudah siap ditempah. Harap-harap lesen saya berjaya tiba pada waktunya. Jika ada rezeki, merasa lah saya membawa Toyota Estima di Expressway di Jepun ini! Tetapi jika lesen tidak sampai pada waktunya, harapkan pada En Azizi seorang-lah yer!

Buat masa ini, ada banyak mondai, seperti ketiadaan tempat penginapan etc. Tetapi, Asyraf dan Kojek (juga Firdaus agaknya) masih bersemangat mencari jalan penyelesaian. Hebat sungguh determination mereka ( bagi perihal ryokou) Yosh! Kamu semua berusahalah! :D

Grounded

Tiba-tiba 'spark' menjelma setelah saya dilanda badai kemalasan melampau disertai gaya hidup yang tidak sihat. Owh! Oleh kerana saya tidak mempunyai jikken untuk dibuat, dan hanya menghadap modeling yang memang boleh dibuat di rumah, bole dikira berapa jumlah masa yang saya habiskan di makmal. Kebanyakan kerja saya buat di rumah dalam keadaan santai. Saya bosan dengan kenkyuu begini kerana sudah terbiasa dek kerja-kerja makmal yang menggunakan tenaga kudrat. Tetapi, things do change ...

Mengerjakan modeling membuatkan saya rasa hilang interest dengan apa yang sedang saya lakukan. Banyak hari jugalah saya duduk di bawah selimut menghabiskan masa dengan tidur berjam-jam. Ini merupakan tanda-tanda orang yang 'hati' mulai mati!

Saya ceritakan kisah benar dunia PhD yang saya alami. Mustahil jika paras kerajinan itu di tahap cemerlang sentiasa. Selalunya masalah yang tidak ada kena mengena dengan kajian lebih banyak menyebabkan diri tersasar dari fokus. Pada masa ini, saya merasakan sebarang buku motivasi pun tidak berguna. Saya yakin semua orang mengalami tahap 'down' ini.

Grounded bukan jalan terbaik - bagi sesetengah orang. Juga sebenarnya bagi saya. Saya lebih suka jika ada kawan yang boleh sama-sama berbincang, saling memberi semangat dan menjadi pesaing terdekat yang positif. Sahabat yang sehati sejiwa, bukan senang hendak dijumpai. Bukan dengan semua orang masalah boleh dikongsi ( biar pun list nama di YM agak memberangsangkan).

Akhirnya, saya kembali kepada pesanan Kak Roslinda, rakan sekerja di UTHM. Setelah puas berada dalam keadaan 'putus asa' yang agak lama, makan tidur makan tidur, akhirnya saya hadiahkan bacaan Yaasin untuk diri saya sendiri setiap kali lepas solat - sebagai penguat jiwa yang lemah. Alhamdulillah, ada sedikit kebangkitan di situ. Benarlah - dalam sesetengah perkara, tidak ada siapa yang dapat meyelamatkan diri kita, kecuali diri kita sendiri.

2 comments:

Ethanilusac said...

Salam ziarah.....cerita-cerita ini mungkin benar, mungkin dr kemas naik pangkat sebagai timb dekan kerana dr ismail akan menjadi dekan. ini cerita yg saya dengar dari beribu2 batu. kurang pasti hal ini....kerana menurut cerita yg berbahagia dekan sekarang akan bertukar ke pusat lain....walluhu a'lam

sapphire said...

jika benar maka ia adalah baik untuk FKAAS
:D