Sunday, April 6, 2008

Hujung minggu yang cepat berakhir

Pantas sekali bertemu lagi hari Isnin. Hari ini hujan,suasana gloomy yang saya selalu rindu - kerana Parit Raja selalu saja ditimpa hujan. Dan dalam hujan itu terlalu banyak kenangan yang timbul. Saya sukakan bunyi air hujan yang menitis dari atas atap jatuh ke jalan. Tetapi saya juga pernah bencikan suasana hujan seperti ini. Wah! Nampaknya hari ini saya hidup dalam menganalisis kenangan - tambah lagi saya mencutikan diri dari pergi ke makmal.

Satu demi satu insan dari Malaysia menyapa ke YM saya. Menyedarkan diri saya dari mana saya datang dan ke mana akan saya kembali.



Student PA saya ada mengupload gambar-gambar sukaneka mereka semalam. Bukan main seronok lagi mereka bermain dan mengutip kenangan ditahun akhir. YM saya ada sedikit masalah kerana itu tidak dapat menyimpan gambar-gambar yang diupload dengan baik. Malam esok pula mereka menganjurkan dinner di Hotel Crystal. Ada persembahan untuk pensyarah-pensyarah. Wah! Pasti seronok.

Excellent idea on evening Friday



Jumaat lalu, saya bertemu sensei untuk meeting yang seterusnya. Malam sebelumnya saya tidak tidur langsung kerana menyiapkan sketch idea. Alhamdulillah, sensei nampak kesungguhan saya dan sensei begitu berminat dengan idea yang saya cuba sempaikan.Perbincangan berlangsung dengan baik dan saya puas hati. Saya nampaknya akan menggunakan AMOS untuk analisis data dan saya perlu bermula mengenali SME.



Sensei juga ada menawarkan sesuatu yang diluar jangkaan. Jika saya excel, saya akan ke Amerika untuk membuat survey bagi satu kelab motosikal berkuasa tinggi di sana. Satu tawaran yang sangat mengujakan! Tetapi, semuanya masih dalam permulaan. Saya masih ada 3 tahun lagi di sini. Banyak perkara yang terpaksa saya korbankan. Apa yang saya suka pun, kadang-kala hanya terpaksa saya kerling sahaja. Semoga pengorbanan ini akan ada hasilnya kemudian hari nanti. InsyaAllah.



Hanami



Hujung minggu yang lalu adalah minggu berhanami di bawah pepohon sakura. Ini kali pertama buat saya. Hari Sabtu yang lalu ada aktiviti di bawah anjuran MSAJ Kansai. Barulah saya tahu betapa ramainya Malaysian di daerah Kansai ini. Semua yang hadir tentu gembira.



Tetapi, saya tidak dapat mengikuti sampai aktiviti selesai. Saya diperlukan kerana ada emergency di Kyoto yang memaksa saya bergegas pulang. Saya belum puas berborak dengan kawan-kawan lama yang tidak berjumpa, juga kawan-kawan baru yang ingin dikenal tetapi saya tidak boleh pentingkan diri. Hari ini saya bantu orang lain, mungkin di Malaysia sana akan ada orang lain yang akan bantu adik-adik saya.



Untuk itu, hari Ahad seterusnya, aktiviti hanami terbayar oleh satu perkelahan yang di ideakan oleh adik-adik postgrade Kyodai. Kami ke Arashiyama setelah Asar dan perposing agak sakan. Yang paling saya suka ialah kami bersolat Maghrib di bawah pohon Sakura secara berjemaah sambil diperhatikan oleh Nihon Jin yang ada di taman itu. Ada juga yang nampaknya mengambil gambar. Satu ciri dakwah yang tidak desengajakan tetapi harus dilakukan.

Hari minggu berjalan tanpa rehat. Kerana itu, saya terpaksa bercuti di hari Isnin. Kokoro saya agak penat. Saya perlukan semangat untuk memulakan cerita pada minggu baru.

Agak ingin menghabiskan masa bersendirian. Hajat saya ingin menghabiskan masa dengan teman-teman sekerja di Osaka masih tertunda!

Pelajar Kyodai berhanami -

berdiri :saya, penampilan khas Pn Mek, Asyraf, Kojek.

duduk: rahida dan firdaus.

Personality Test


Saya menolak keras jawapan PersonalitY Test yang saya buat. Mungkin saya terlalu spontan ketika menjawab tanpa mengenalpati makna kotoba dengan jelas. Maklumlah, ketika itu, saya sedang bertungkus lumus menyiapkan sketch idea dalam keadaan mengantuk. Walaupun ada benarnya, tetapi agak mendongkol juga rasa dijiwa.

Saya memang orang yang "people-people" , saya suka membuat orang gembira ...betul! Malah akan berusaha membuat orang lain gembira, dan suka di kelilingi ramai kawan. Saya suka pentas, persembahan, rostum dan pengucapan umum ( kerana itu saya pilih untuk jadi lecturer). Saya suka berlakon, bertari, melukis apa lagi menulis yang memang sebati dengan kehidupan harian saya.


Tetapi, saya tidak boleh sentiasa dikelilingi ramai orang. Masa bermakna saya ialah masa yang saya spend dengan orang-orang yang saya sayang dan teman-teman terdekat. Mungkin kerana itu, nilai masa yang sangat saya hargai di Jepun ini, bila saya bersendirian dengan diri saya sendiri. Pagi Sabtu dan Ahad, fikiran saya masih terpasak di Malaysia.


Pendek kata, saya betul-betul nampak seperti seorang pelakon,yang kelihatan selalu gembira dan mampu membawa watak dengan baik tetapi, kokoro no naka ni dare mou wakaranai...

Akhirnya, saya realize, majoriti penulis, selalu hidup dalam dunia mereka sendiri. Wah! Kritikal dan kompleks.

Tidak kira apa pun, personality test itu cuma sebuah kajian. Personaliti manusia itu boleh berubah dengan kepelbagaian faktor yang mempengaruhi. Cara mengenalpasti baik buruknya dengan kembali mengukur karakter diri dengan sunnah Rasulullah. Cara hidup dan karakter seseorang muslim itu telah pun dipandu dalam Islam sendiri. Cuma, ada kalanya kita tergoda dek fatamorgana dan kehidupan sosial di sekeliling. Pengkaji dari Barat sekadar cuba menyaingi apa yang dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah. Maka kajian seperti ini hanya sekadar satu bidang ilmu psikologi sahaja. Tidak kira apa pun personaliti manusia, nilai akhir yang diukur oleh Allah S.W.T ialah amal kebajikan yang dilakukan ketika di dunia ini.

InsyaAllah, untuk itu, sama-samalah kita berusaha perbaiki diri lagi. Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali.


Berpesan-pesan pada diri.



1 comment:

sweetrainbird said...

All the best enn. Good to help others..Life will be more valuable and enjoyable..Remember, u are not alone as sometimes u think u are. Nobody is perfect in this world. Well, this is life..opera hidup.