Monday, April 21, 2008

mencari keistimewaan Islam dalam perspektif risiko

saya insomnia. saya letih dan mengantuk tetapi tidak mampu untuk tidur. jadi saya bangun untuk menulis apa yang terbangkit di minda saya. teringat juga pada salahuddin al ayubi, saidina abu bakar dan saidina umar yang rajin bangkit bersolat malam. sigh! saya belum cukup kuat lagi. ( nanti saya akan cuba kupas tentang bab solat malam ini )

saya mengkaji tentang risiko yang diambil oleh manusia. kebanyakan hasil kajian tentulah dapatan dari barat dan semakin lama, saya semakin menjurus ke dalam bidang psikologi sebagai bahan tambahan kepada kajian.

tetapi ia tidak menjadi masalah kerana di dalam journal pengangkutan paling berprestij TRB - Transportation Research Board, Part F adalah menjurus kepada Transportation Psychology, jadi saya rasa kajian saya tidaklah menyimpang jauh selagi mana ia mampu menjanakan penemuan di dalam bidang kejuruteraan pengangkutan.

walaubagaimanapun, sedikit sebanyak literature review yang saya temukan membuatkan saya merasakan betapa indahnya ajaran Islam. Saya berpendapat, pengkaji-pengkaji Barat bersusah payah mencari jalan pengukur mengapakah manusia suka mengambil risiko sedangkan semua jawapannya ada dalam ajaran agama Islam.

antara risky behavior yang sering dikaji oleh pengkaji-pengkaji Barat ini ialah drinking alcohol and smoking termasuk tabiat seks rambang. kebanyakan paper journal mengaitkan sikap-sikap ini sebagai risiko yang diminati terutama oleh remaja. ada juga yang mengaitkan pengaruh keluarga dan ibu bapa terhadap risiko yang di ambil oleh remaja.

adanya tendency untuk melakukan sesuatu yang berisiko selalunya berkaitan dengan 'jiwa'. jiwa yang kosong mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur dengki dari musuh utama manusia iaitu syaitan laknat. sebagai seorang muslim, saya rasa kita sangat arif dengan perkara ini. kita mempunyai ritual yang berpandukan Al-Quran dan As-sunnah di mana, dengan berzikir, mengingati Allah, merapatkan diri dengan orang-orang berilmu dan soleh adalah jalan dan penawar kepada hati yang kosong. juga senjata bagi orang mukmin ialah doa. jelas segalanya sudah terpandu.

tetapi, di dalam bidang sains barat, kerohanian dipisahkan terus dari kajian, menyebabkan mengukur risiko juga melalui angka statistikal dan matematik. sungguh pun begitu, ia masih jua satu bidang ilmu yang belum dikuasai oleh orang-orang Islam sendiri. hikmah dan natijahnya, wallahu'alam. pengkaji-pengkaji barat mengkaji kerana mereka tidak tahu dan tiada panduan untuk mengatasi masalah 'jiwa'. kerana itu ada banyak jenis bidang kajian berkembang di dunia bukan Islam. ini kerana mereka mencari jawapan melalui mengkaji.

malangnya, dunia Islam sendiri tidak mengkaji apa yang patut dikaji sehinggakan walau dengan adanya panduan yang jelas pun, risky behavior nya tetap sama. masih juga ada yang merisikokan diri dengan minum minuman beralkohol, berzina, hubungan sejenis, etc walaupun jelas tahu sama ada dari segi agama mahupun sains, sikap-sikap ini memberi kesan negatif.

tidak banyak yang dapat saya buat untuk mengubah dunia. tetapi saya harap, kajian saya sekurang-kurangnya mampu mendekatkan diri saya kepada Yang Mencipta Alam ini. memang terlalu banyak persoalan daripada jawapan. mencari motivasi untuk terus bertahan juga adalah satu kajian - mengkaji diri sendiri. ....dan menanti jawapan, mengapa saya ditakdirkan untuk memilih jalan ini ...

p/s:
mungkinkah satu langkah untuk mengelakkan kecelakaan jalan raya terjadi ialah dengan membaca doa naik kenderaan? bunyinya mungkin agak konservatif, tetapi berapa ramai yang ingat untuk melakukannya? lebih2 lagi yang naik basikal @ bas @ densha. ( sayalah tu!)

2 comments:

M. H. Jabbar said...

wah..bagusla...rasanya penguasaan terhadap subjek semakin baik...teruskan usaha...

tidak akan tewas bg org yg mempunyai impian...kecil atau besar masih lg suatu impian...

Unknown said...

sangat setuju ttg membaca doa menaiki kenderaan...bagus dijadikan amalan, remembered father used to keep us recite the doa out loud whenever we got into the car..