Saturday, April 19, 2008

another sunday morning


5.42 pagi. ketika saya menulis di sini.

baru sahaja habis marathon menonton Hotaru No Hikari, J-drama yang best! sudah lama saya tidak menikmati J-Drama walaupun saya sebenarnya sudah berada di Jepun. Pagi ini, walaupun tidak tidur semalaman, perasaannya sangat subarashii - kerana itulah saya suka menonton J-Drama ketika masa-masa saya down ketika di Malaysia dulu. Dan sebab J-Drama lah saya sampai ke Jepun. Walau hakikatnya, kehidupan di Jepun zen zen chigau dari drama yang dipertontonkan.

Hotaru No Hikari memang memberi inspirasi. Saya rasa Kak Aini pun tentu suka cerita ini. ;-) Kak Jun pun tentu suka. Lebih-lebih lagi ada actor kegemaran saya Naohito Fujiki.


Dalam hidup ini, tidak semua perkara yang kita mahukan akan kita perolehi. Adakalanya kita memang berusaha kuat untuk mendapatkan sesuatu yang kita idamkan. Tetapi semakin kuat kita berusaha, semakin jauh ia dari kita. Dan akhirnya kita sama sekali tidak berpeluang langsung untuk mendapatkannya.

Kita akan jadi sedih dan menghukum diri dalam diam. Kita tidak berani untuk mencuba lagi.Banyak perkara yang kita suka kita biarkan berlalu pergi. Kita akan terlupa menikmati keadaan sekeliling yang sebenarnya banyak memberi support dan menyumbang kegembiraan dalam hidup. Dalam pada melawan perasaan sedih itu, sedar dan tidak sedar, kita sudah jauh melangkah ke depan meninggalkan sesuatu yang sangat kita idamkan jauh ke belakang.

Pada masa ini, sesuatu yang masih ada bersama kita itulah sebenarnya 'harta' yang paling berharga. Tidak lain tidak bukan adalah encouragement yang ada dalam diri kita sendiri.

Saya realized bukan saya saja yang terus berusaha melangkah ke hadapan. Semua orang yang saya kenali 'usaha'nya juga sentiasa berjuang untuk membahagiakan diri walaupun kadang-kala akan terperangkap oleh mainan masa. Orang-orang itu sentiasa berada di hati saya dan sentiasa saya kagumi ketabahan mereka dalam mengatasi keperitan. Mereka juga adalah sumber inspirasi saya.

Sebelum apa-apa aktiviti bermula pada hari Ahad ini, saya mahu tidur sekejap. Ada ruang rindu yang besar terasa pada waktu ini. Rindu pada zaman bagaimana saya mengatasi semua permasalahan dulu. Rindu pada watak-watak supporter pada zaman itu. Persahabatan, ia tidak bermakna selamanya bersama, tetapi tentang bagaimana kehadirannya selalu diingati.

Plot hidup kadang-kala sama saja. Cuma watak-wataknya saja berbeza. Pasti, watak-watak supporter di sini, pada ketika ini, juga, suatu masa nanti akan jadi lagu dalam ruang rindu saya.

Cerita hidup ini memang cantik. Kagum J-Drama mampu mengolah 'cinta' manusia menjadi inspirasi.

Inspirasi...

p/s;
...juga manusia biasa dalam plot kehidupan yang ada turun naik. ...sometimes, to be alone is the best theraphy for healing the pain.

No comments: