Tuesday, April 1, 2008

cerita tentang risiko

Betul juga, semakin sedikit waktu yang kita rasa kita ada, akan semakin berkualiti setiap kerja yang kita lakukan kerana kita cuba mempergunakannya sebaik-baik mungkin. Mungkin juga, kita tidak sepatutnya membiarkan diri sentiasa 'free' dan cuma tetap pada satu-satu pekerjaan. Membaca blog hairol ( kawan di UK) membuatkan saya rasa aktiviti luar (yang berfaedah) itu penting. Ia mampu mendatangkan nilai passionate. Menjadi ahli pelaksana bagi sesuatu program sebenarnya sangat bagus untuk melatih ketahanan diri mengendalikan stress dan masa. Menumpu kepada PhD semata-mata akan menjumudkan ruang insaniah di dalam diri.

Saya harap Hairol bole jadi seperti Fahri ( watak dlam novel ayat-ayat cinta yang dipinjamkan oleh Firdaus; maaf dik belum terasa hendak memulangkan). Malah saya juga ingin jadi seperti Fahri yang sangat konsisten dan prihatin dalam setiap waktu yang digunakannya. ( Promosi; Novel yang meletakkan perkataan cinta tidak semestinya semata-mata berfokus kepada cinta)

Semuanya demi ibadah, niat semata-mata kerana Allah Taala. Masalah saya sekarang, kalau mengikut mama, hati yang tidak cukup kuat, determination yang tidak cukup tinggi, fokus yang tidak cukup bagus, dan passion yang tidak cukup kental! Kokoro no mondai. Manusia harusnya tidak sempurna, tetapi, harus juga terus belajar mencari kesempurnaan dalam menggunakan masa yang ada ( atau masa yang tinggal?).

Risiko

Semakin kita mendalami isi kandungan kajian, semakin ia menjadi menarik. Saya kini sedang mendalami mengapa manusia melakukan perbuatan yang mengundang risiko. Adakah disebabkan ceteknya pengetahuan tentang risiko tersebut atau sudah menjadi tabii manusia sukakan risiko. Jika benar, hingga tahap manakah level risiko bagi seseorang manusia normal.

Mungkin kelihatan tidak seperti engineering tetapi kajian-kajian engineering seperti rekabentuk kenderaan dan persekitaran jalan telah lama dilakukan dan tidak mampu mengubah kesan kemalangan dek kerana sikap manusia sendiri. Maka, faktor humanity perlu dimasukkan ke dalam kejuruteraan supaya mendatangkan hasil yang lebih hampir kepada sikap manusia. Rekabentuk kemanusiaan - satu istilah yang menarik bagi saya. Bermain dengan data statistikal dan sedikit falsafah/teori kemanusiaan.

Sebagai contoh, komuniti di Kyoto ini, masih sanggup merisikokan diri untuk tinggal di lembah Kyoto yang dikelilingi bukit serta mempunyai potensi untuk gempa bumi. Tetapi, risiko ini kelihatan lebih kecil dari risiko membunuh diri akibat stress di Jepun kerana gempa bumi tidak selalu terjadi. Dan risiko membunuh diri kelihatan lebih kecil dari risiko kemalangan basikal atau kereta.
Juga persoalan di antara risiko kematian disebabkan kanser dengan kematian disebabkan kemalangan jalan raya, yang mana mempunyai kesan risiko paling tinggi?

Menarik bukan?

PhD Article

Minggu ini saya membuka email dan menerima PhD article dari Kak Jun yang banyak membantu saya mengurangkan self sabotage. Ia sekali lagi dihantar oleh Hairol setelah saya mengadu tahap self sabotage saya yang tinggi sejak akhir-akhir ini.

Teman-teman seperjuangan sangat penting dalam proses PhD ini. Motivasi bukan sesuatu yang statik. Ia tidak terpaku di satu level sahaja. Kemungkinan turun naiknya seumpama papan bursa saham. Teman-teman juga tidak boleh rigid setakat di satu tempat. Hebahkan silaturrahim, baik di antara kita di Jepun, UK, Nz, German, Aussie walau Malaysia sekalipun kerana kadang-kala kita perlukan perspektif yang berlainan.

Moga-moga kita tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Amin.

"Berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran."
- Al - Asr

1 comment:

M. H. Jabbar said...

Fahri? mcm mana aku nk dptkan buku tu? huhu...

truskan usaha....