Thursday, May 1, 2008

Satu malam tanpa bintang

Tuhan
Harus bagaimana lagi
Aku bertahan
Dalam lelah yang kian panjang
Saat bintang di langit kelam
Tidak mahu bersinar
Mendamaikan malam
Jua tiada bayu segar
Membawa khabaran

Tuhan
Harus ikhtiar apa lagi
Untuk ku pujuk diri
Jadi bertambah tabah
Dan gagah
Saat kudrat ku tak mampu
Mengangkat kelopak harapan
Yang semakin hari
Berbungakan kelayuan

Untuk bersimpuh di hadapan Mu jua
Aku tidak gagah
Lantaran kerdilnya diri
Lagi hina
Lagi dina
Lestari kolam air mata
Tidak mampu menyejukkan
Jiwa-jiwa yang keresahan

Tuhan
Maka berseoranglah aku
Dalam perjuangan
Andai tiada Kau titiskan makna
Kasih dan sayang
Pada malam setiap hamba
Yang mencari jalan keredhaan

Tuhan
Pahit sungguh erti kehidupan
Bagi jiwa yang kekeliruan
Sungguh tunjukilah aku jalan
Agar malam tanpa bintang pun
Mampu kurasakan nyaman

Tuhan
Jangan Kau biarkan
Kami menzalimi
Diri kami sendiri

Amin Ya Rabbal A’lamin.

No comments: