Monday, May 5, 2008

Trip di musim Golden Week.

Ini percutian Golden Week saya yang pertama di Jepun. Bermula dari malam Jumaat 2hb hingga 5hb Mei dengan menaiki Toyota Estima bernombor plat kan 11-76 dan dianggotai oleh geng Macha Latte dengan penampilan khas Mek dan Mon suami isteri juga Ari, teman satu lab saya. Oleh kerana lesen international saya lewat sampai satu hari, maka, saya tidak berpeluang memandu Toyota Estima di expressway Jepun kali ini!

Kami bertolak dari Kyoto sekitar pukul 11 malam. Tujuan pertama kami ialah Hiroshima-shi. Setelah berhenti rehat dan tidur sebentar di R & R, kami mulai menuju ke kawasan Atomic Bomb Dome untuk melihat kesan tinggalan sejarah Perang Dunia Kedua yang sangat memberi kesan kepada Jepun, lebih-lebih lagi penduduk Hiroshima sendiri. Cuaca di Hiroshima lebih hangat dan panas berbanding Kyoto.

Selain dari beberapa monumen yang didirikan sebagai tanda mengingati mangsa bom atom, sebuah muzium yang menyimpan pelbagai memori dan kesan dari bom atom merupakan antara tempat yang menarik untuk dilawati. Di antara perkara yang menarik minat saya ialah lukisan yang di lukis oleh mangsa-mangsa bom atom yang masih survive bagi menggambarkan keadaan pada masa itu. Juga bagaimana seorang mangsa bom atom iaitu Sadako Sasaki membesar sehingga mengidap leukemia yang disebabkan oleh radiasi bom atom dan akhirnya meninggal dunia.

Banyak pengetahuan yang dapat diperolehi dengan lawatan kami ke tempat tersebut. Tetapi oleh kerana dek kepenatan, pelbagai aksi telah ditunjukkan oleh peserta-peserta trip tanpa sengaja.Kami kemudiannya mencari kedai makan Okonomiyaki yang dikhabarkan terbaik di Jepun. Tengah hari itu, kami menikmati Okonomiyaki dan melihat sendiri bagaimana Okonimiyaki dibuat. (biasanya pesan dan makan saja!)
Melewati bazaar shopping, kami sempat menghulurkan ‘derma’ pada kedai-kedai yang berderetan. Bagi peminat-peminat Starbucks, peluang ke Starbucks tidak boleh dielakkan. Sigh! Saya pula membeli sepasang lagi kasut baru dek kerana kasut dipakai mulai meninggalkan kesan yang tidak selesa. Wah! Koleksi kasut lagi! Sigh sekali lagi!

Hari pertama kami ditambah dengan adventure mencari ryokan dengan pertolongan navigator di dalam Toyota Estima yang kadang-kala ‘slow’ dalam tindakan. Kami tidak membuat apa-apa reservation penginapan sebelum pergi jadi kami berputar-putar dengan Estima mencari tempat untuk mandi dan bermalam. Alhamdulillah, dengan ‘kemanisan’ yang ada pada Kojek akhirnya kami berjaya mendapatkan ryokan yang agak selesa untuk bermalam. Pada malam hari, kami mengambil sedikit masa untuk melihat tinggalan kapal selam yang digunakan pada masa perang dunia kedua. Setelah itu kami singgah di Saizeriya untuk makan malam dan mendengar cerita Asyraf tentang ‘Pua Chu Kang’. Ha ha ha. Kami tidur kekenyangan ketawa pada malam itu.

Hari Kedua


Hari kedua kami dimulakan dengan sarapan pagi dari stok mee segera yang dibawa oleh Mek dan Mon. Juga serunding dengan roti. Para obaasan ryokan yang baik hati telah memberikan onigiri percuma. Bagi membalas kebaikan mereka menerima kami bermalam di ryokan, kami berfoto beramai-ramai dengan mereka sebelum meneruskan perjalanan ke Miyajima. Kami mengambil kesempatan untuk bergambar di kawasan kapal selam berlabuh di satu pangkalan jeti di dalam perjalanan itu. Jeti ini tidak termasuk di dalam yotei tetapi peluang bergambar dengan kapal selam mana mungkin dilepaskan. Terima kasih kepada kamera Canon Ari yang mampu menangkap pose pose yang cantik! ( gambar dari kamera Ari tidak di upload di sini.)
Untuk ke destinasi seterusnya kami perlu menaiki feri dari Miyaguchi Terminal Feri. Miyajima ini merupakan di antara tiga tempat yang tercantik di Jepun. Sebelum melangkah lebih jauh, mula-mula sekali kami mencari tempat mengisi perut untuk makan tengah hari. Saya menikmati hidangan oyster yang besar. Sangat sedap dengan harga yang boleh tahan juga!
Setelah makan, kami menuju ke O-torii gate yang terkenal kerana dikatakan di dirikan di atas air. Tetapi rupa-rupanya, apabila kami tiba, air sedang surut. Setelah mengambil gambar, kami berjalan lagi melewati Takakoji Alley menuju ke Momijidani untuk menaiki kereta kabel. Tujuan kami ialah Mt. Misen yang tertinggi di pulau itu untuk menikmati pemandangan di sekitar Hiroshima yang cantik dari puncak Mt Misen. Kelompokan kecil pulau yang bertabur di sekitar Hiroshima memang cantik. Kami mengambil gambar dengan pelbagai aksi lucu di atas puncak Misen. Juga kami sempat membaca lembaran sejarah yang berkaitan dengan kawasan lawatan kami ini. Apabila kami turun dari Mt Misen, hari sudah pun mulai gelap. Air laut sudah pasang, maka sekali lagi kami bergambar di hadapan O-torii gate. Pada ketika ini, kamera saya sudah kehabisan bateri. Jadi, kamera teman-teman lain menjadi mangsa posing. Kami berjalan menuju ke jeti untuk pulang ke tanah besar Hiroshima. Untuk ke kawasan letak kereta pula, kami terpaksa menapak menaiki jalan yang berbukit. Mujur ada ramai pelawak ‘lawak dewasa’ yang mengurangkan kepenatan dengan membuatkan kami tidak putus-putus ketawa.

Kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan menuju ke Awaji Island dengan merentasi Seto O Hashi, jambatan panjang yang menghubungkan di antara Kepulauan Honshu dengan kepulauan Shikoku. Keistimewaan jambatan ini ialah ia dibina merentasi 5 buah pulau dengan kepanjangan 13.1 km serta merupakan jambatan terpanjang menggunakan two-tiered bridge system.

Kebanyakan di antara kami menikmati tidur di sepanjang perjalanan dan terjaga apabila berhenti di R & R untuk seketika. Pada ketika ini, Kojek, Asyraf, dan Ari melunaskan harapan mereka bermain mercun. Hujan mulai merintik dan kami meneruskan perjalanan lagi melalui Tokushima Expressway ke Naruto.

Hari ketiga

Kami berhenti solat Subuh dan membenarkan para drivers dan co-drivers mengambil tenaga sebelum ekspidisi mencari tempat mandi. Pagi itu sementara menunggu masa yang sesuai untuk memulakan aktiviti seterusnya, kami berpeluang menikmati ofuro di sebuah hotel menghadap laut dengan bayaran 1050 yen. Kami berofuro dengan cara kami tersendiri, mengikut adat dan syariat yang sepatutnya! Bagi saya dan Mek mujur tidak ramai orang pada pagi itu. Pengalaman di ofuro ini tidak akan dapat dirasai di luar Jepun. Gaya mandi dan ‘memanjakan diri’ ini sudah menjadi kebiasaan bagi orang Jepun meskipun, memang terlalu asing untuk masyarakat Asia yang lain. Bagi yang mungkin akan 'tercuba', jangan terperanjat sudah!

Kami meneruskan ekspedisi untuk melihat pusaran air di bawah jambatan Onaruto. Kami mencuba kedua-dua cara untuk melihat pusaran air ini iaitu dengan bot dan juga dengan merentasi jambatan Naruto. Kami agak kecewa kerana sebenarnya kami mengharapkan untuk melihat pusaran air yang besar. Sila rujuk maklumat lain di website jika berminat tentang O-naruto-kyo Bridge and whirlpools ini.

Seterusnya kami merentasi kepulauan Awaji dan singgah di Hokudan-Cho Earthquake Memorial Park bagi melihat kesan gempa bumi yang berlaku pada tahun 1995 yang dinamakan Great Hanshin-Awaji Earthquake. Muzium ini masih mengekalkan kesan fault gempa dalam satu lapisan turapan jalan yang berlaku pada ketika itu dan juga sebuah rumah yang telah beranjak dari kedudukan asal akibat gemba bumi yang berlaku. Bagi saya, kerajaan Jepun memang bijak menggunakan peluang yang ada dari setiap peristiwa dan perkara yang berlaku untuk dijadikan bahan tarikan dan tempat menyampaikan maklumat kepada masyarakat!

Dari Awaji Island kami merentasi Akashi Kaikyo Bridge menuju ke Kobe untuk mengisi perut di Fisherman Shop. Kami menikmati hidangan di Fisherman Shop hingga perut penuh dan ingin meneruskan yotei seterusnya tetapi oleh kerana navigator system tidak memberikan panduan yang sepenuhnya, maka kami putuskan untuk terus kembali ke Kyoto.

Walaupun keletihan, perjalanan tidak berakhir dengan mudah tanpa sesi post-mortem. Sebelum berpisah kami melepak di Starbuck Nishigyoku sambil merehatkan badan yang keletihan. Saya kira semua berpuas hati dengan perjalanan kali ini walaupun agak besar jumlah yen yang dibelanjakan! Saya, Asyraf dan Kojek sempat mengutip autograph dari teman-teman yang lain dengan buku autograph yang kami beli di Miyajima.

Kemudian,Toyota Estima 11-76 mula bergerak menghantar kami ke rumah masing-masing mengakhiri satu kisah perjalanan yang menyeronokkan.

This morning

Pagi ini kami menerima mesej dari Kojek menyatakan Toyota Estima telah selamat dihantar. Nihon masih lagi dalam Golden Week. Esok adalah hari bekerja seperti biasa. Yen di dalam akaun menyusut dengan angka yang memeranjatkan. Next scholar adalah pada bulan Julai. Tetapi jika dibandingkan nilai yen dengan harga sebuah pengalaman dalam perjalanan, ia jadi langsung tidak dapat dinilaikan. Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang menyertai dan bertungkus lumus dari awal idea hingga akhir perjalanan pada kali ini.



Kojek; you do a sweet creature yang membuatkan trip ini jadi mudah. Tanpa Kojek dengan ke-sweet-an nya itu, mana mungkin kami mampu bermalam di ryokan dan membaca navigator itu dengan mudah! I wish you all the best with your mission in life and your love story. He he.

Asyraf; journey mungkin tidak akan terasa masam manis haru biru kelabu asap tunggang terbalik dan berada di atas landasan tanpa Asyraf! Rasanya kali ini semua sudah kenal gimana ini orangnya yang bernama Asyraf yang penuh dengan informasi dan radiasi. Ha ha ha. You are the best, bro! You do make the journey more happening, meaningful and unforgetable.

Firdaus; adikku yang selalu menjadi mangsa keadaan dek ‘kelembutan hati’nya yang sentiasa merelakan. You are the best partner of those two guys above! Hope the journey cheered you dan jangan lupa! Malam sebelum tu dirimu kalah bowling yang teruk!! I wish you ‘still’ to be strong in every inch of the obstacles.

Ari; my labmate, sporting Indonesian guy. I know you will never forget this trip. InsyaAllah kalau ada rezeki kita akan sama-sama lagi meneroka pengalaman di trip yang lain. Waiting for the photos from Canon!


Mon; mesti lain kali En Mon nak join yotei kami kan? :D


Mek; the best crime in scene partner ever. Tanpamu apalah erti journey ku! Thanks for your kindness. Jange menggelaboh sokmo. Harus….kita pasti bertemu lagi di yotei yang lain sebelum tika dan waktu memisahkan kita semula. Mari berjuang ke arah kehidupan yang lebih bahagia. He he he.


Manusia semua datang dari satu daerah berbeza tanpa pernah terfikir siapakah yang akan dikenali dan ditemui saat berada di dalam satu daearah asing. Salah satu tanda Allah mengasihi kita ialah apabila kita ditemukan dengan sahabat-sahabat yang mampu memberikan kenangan yang baik walau di mana kita berada.

1 comment:

setanjp said...

Hiroshima... bandar yg banyak kenangan to myself selain kenangan BOM ATOM nya yg tersendiri.
Been there during autumn 2007 (October). Enjoyed my trip tho for a short while. And manage to went to the same island with yours. I love the ferry ride. Cheap and fun. The island, make some good frens with the deers. And, bought my samurai swords over there.
Maybe we could share some experience some times.
Cheers!