Tuesday, May 13, 2008

ketika sedang membaca journal ...

Pertemuan dengan sensei minggu lalu tidak berapa baik. Itu adalah hasil dari sebulan yang ‘malap’. Pada petang Jumaat ada nomikai untuk para pelajar tahun 4 yang baru. Ucapan sensei pendek dan ringkas tetapi betul-betul terkena ke batang hidung saya.

‘Saya tidak mahu memberi kamu ilmu pengetahuan, sebaliknya saya mahu ajar kamu cara berfikir.’

Lebih kurang begitu bunyinya setelah diterjemahkan dari bahasa Jepun. Saya melarikan diri lebih awal dari jamuan tersebut. Tidak sanggup ditegur oleh sensei. Saya tiada kotoba. Sensei sedang bercuti selama 4 minggu. Tetapi awal 16 Mei nanti merupakan happyo pertama saya untuk zemi makmal. Kinchou? Harus-lah!

Tentang risiko.

Teori homeostasis merupakan satu perdebatan di dalam pengurusan risiko – bidang yang agak baru untuk saya. Perdebatannya mempersoalkan tentang kemampuan topi keledar, tali pinggang keselamatan, ABS, ITS dalam mengatasi masalah keselamatan jalan raya. Pendek kata, semakin banyak peralatan keselamatan yang digunakan, akan lebih tinggi intensiti untuk melakukan kelakuan yang merbahaya terutamanya memandu dengan laju kerana rasa selamat itu menyebabkan ramai orang ter over confident dengan kemahiran yang mereka ada. Itu ialah teori homesostasis ( = hukum biologi yang kita pelajari di Tingkatan 5)

Perdebatan yang membuatkan saya geram geram suam ialah berkenaan penggunaan helmet di kalangan penunggang basikal. Maka bergaduhlah si sekian dengan si sekian ( melalui kertas-kertas kajian) tentang keberkesanan, patut atau tidak menggunakan helmet untuk si penunggang basikal. Tahukah anda, penggunaan helmet untuk penunggang motosikal tidak diwajibkan di seluruh US sebaliknya bergantung kepada kerajaan negeri masing-masing.

Yang ingin saya kongsikan di sini ialah – didikan terhadap masyarakat lebih utama daripada membekalkan pelbagai alat keselamatan. Dari pemerhatian saya sebagai seorang pejalan kaki dan juga penunggang basikal di Jepun ini, jika adanya sikap respect dan tidak mementingkan diri, masalah kemalangan ‘yang disengajakan’ mempunyai peratus yang amat rendah untuk berlaku. Anda boleh memilih tidak memakai helmet jika anda sedar bahawa kelajuan anda yang septutnya hanyalah 20km/h saja. Tetapi, fitrah manusia cepat lalai dan lupa. Maka, lebih elok disediakan payung sebelum hujan.

Namun,jika secanggih manapun insfrastuktur tetapi andainya masyarakat masih tidak tahu mengukur nilai keselamatan, kemalangan yang tidak dijangka akan tetap berlaku. Kesimpulannya, saya perlu lebih banyak membaca kertas-kertas kerja lagi!

=-)

No comments: