Thursday, July 3, 2008

Zoe ... pilihla Abang Hussein Mentibang!

Alhamdulillah...di luar sana hujan yang tidak lebat. Bahang musim panas dah mula terasa. Berpeluh-peluh jadinya saya waktu siang tadi. Selamat datang wahai bulan Rejab. Sudah setahun masa berlalu. Pantas sekali. Alhamdulillah... cita-cita setahun yang sudah telah pun tercapai. Entah bagaimana agaknya saya mengisi bulan Rejab pada tahun ini.

Malam ini ada usrah online tentang istiqamah. Umm...satu tajuk yang berat tu. Istiqamah ni terdiri dari 3 bahagian iaitu istiqamah hati (iman), istiqamah lisan dan istiqamah perbuatan.Hukum-hukum dalam istiqamah ada empat iaitu tidak melampaui batas, tidak cenderung kepada orang yang zalim, bersolat dan bersabar

Sabda Rasulullah S.a.w

"Jika Allah mengkehendaki hambaNya dalam kebaikan, maka akan diberikannya kefahaman." InsyaAllah.


Akhirnya dapat juga merasa asam pedas yang betul-betul. Bukan segera di dalam paket. Terima kasih lagi sekali buat keluarga Abang Fahmi yang membekalkan satu beg plastik besar cili kering. Buat adik Firdaus yang memberi satu bekas belacan, juga terima kasih buat diri sendiri yang akhirnya berjaya juga membeli blender. Perasaan seorang anak dagang yang dapat makan asam pedas hasil buatan sendiri - ditambah dengan adanya telur asin - dan juga kicap....hurm...seperti tidak terasa berada di Jepun. Ala-ala duduk di Parit Raja saja perasaannya. Walaupun di dalam gambar kelihatan biasa saja, maklumlah lauk bujang, tetapi alhamdulillah...Tepat sekali kata bidalan - gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati! Pinggan Jepun itu kelihatan sama dengan pinggan di rumah atok...!

Tidak ada apa yang istimewa berlaku selepas post yang terakhir, kecuali saya dan kawan-kawan satu lab sekali lagi bermain volley ball hari Selasa yang lalu. Puas betul main volley ball sampai lebam-lebam lutut dek kerana aksi 'dive'. Kemudian kami main badminton regu 3 sepasukan, di sambung lagi dengan volley ball 3 sebelah. Machan dan Yone yang paling lama menghabiskan masa di dalam hall. Setelah saya dan Peter tinggalkan court, Machan membawa keluar meja ping pong. Seperti biasa Machan menjadi hero dalam permainan mengalahkan para sportmen. Agaknya ada possibility jika seseorang itu menjadi dancer maka dia juga berkebolehan dalam sukan?

Klik SINI untuk lihat team laboratory saya. Gambar saya pun sudah diupload!

6 muka surat LR berkenaan risk perception sudah siap. Selepas ini sesi pembetulan dan penambahan maklumat tentang risk behavior pula. Kemudian, saya perlu kumpulkan contoh-contoh model yang terdahulu. Hajat di hati ingin ke KAER untuk meminjam buku tentang latent variables tulisan Bollen. Entah bila... Walaubagaimanapun, LR ini saya perlu siapkan minggu juga.

Owh ye.Hujung minggu ini, MSAJ dan Embassy anjurkan pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebuah hotel di Osaka. Saya tidak memberi nama untuk pergi. Entah kenapa saya tidak berminat...saya pun pelik!

1 comment:

Ohimesama said...

kak nur.
1)Saya sokong jue Zoe+Ussen..pasal xsuke haidar..hehe
2)Mane kak Nur dapat telur masin? erkk..