Friday, July 11, 2008

perkara paling susah

perkara paling susah bila menjadi student yang belajar jauh dari keluarga ni ialah melawan ke-sabishi-an. kadang-kala rasa sampai nak berjujuhan air mata sebab susahnya nak fokus waima pada beberapa helai mukasurat. hati rasa resah gelisah kacau bilau. tak boleh konsentrasi. tambah-tambah pula dengan meja study ala-ala jepun yang terpaksa melipat kaki. lenguh kaki kadang-kala boleh terasa dua tiga hari.

waktu ini, memang teringat rumah di malaysia yang luas ruangnya. nak tergolek, berlari, main bola sepak (ayat emosi) pun boleh. ada pula macam-macam bunyi, lebih-lebih lagi kalau hari minggu. bunyi burung-burung kecil kepala kuning yang selalu memuntahkan najis atas kereta, bunyi ayam main kejar-kejar, bunyi kucing main tepi parit, bunyi mama betulkan pasu bunga atau sidai baju, paling tidak pun bunyi adik bukak tv kuat-kuat. kadang-kala bunyi kereta mak cik mala ( jiran sebelah) balik. bosan di satu ruang, boleh maju ke ruang lain. selalunya ruang tamu jadi port saya. sebesar-besar alam dengan kipas siling terbuka, saya akan bentangkan dengan laptop segala nota. sampai mama jerit " dah la enn, tolong masak dulu!". satu perkara indah bila dapat dengar suara ibu membuat sound track.

beza dengan suasana di nihon. sunyi. sepi. kadang-kala pelik mengimaginasikan interaksi mereka dengan alam luar. jarang betul lepak-lepak di depan rumah.

sabishin dayo! sampai rasa marah dengan diri kerana tidak boleh fokus dengan kenkyuu. sampai rasa nak berjujuhan air mata tapi ditahan jua. waktu demi waktu bertukar. kadang kala rasa masih berdiri di tempat yang sama. walau bagimana maung pun telan sendiri. jika diluah ( melalui lisan) takut jadi semakin pahit. lagipun usia menginjak dewasa, menangani masalah pun dengan cara dewasa.

itulah harga yang perlu dibayar untuk jadi lebih matang dalam hidup. PhD kah segala-galanya? jawapannya tentu sekali bukan.....


kalau di tatap lama-lama wajah kedua ibu ayah, mengira bilangan kedut usia di wajah mereka, tidak boleh tidak...air mata pasti berjujuhan jua. sigh!

1 comment:

afidalina said...

assalamualaikum.. can I link ur blog to mine? baru sedar dulu ada give comment kat blog saya kan? jom2 tukar2 citer..=) mana tahu boleh jumpa bila saya ke Jepun?! =)salah ziarah!