Wednesday, July 9, 2008

jangan takut untuk bersedia

Hari ini saya buka diari UTHM 2007. Sedar tak sedar beberapa bulan lagi akan genaplah setahun saya berada di Nihon. Dari satu sudut, masa memang terasa cepat berjalan. Dari satu sudut lain, masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan sehingga ke akhir noktah 2011. Ada banyak lagi teka teki dan persoalan dalam perjuangan yang belum terjawab.



Berikutan semakin ramai yang menunjukkan minat untuk belajar di Jepun, Kyoto Universiti khasnya, saya dedikasikan catatan ini untuk mereka. Ramai yang tidak tahu tentang sistem dan persediaan yang sepatutnya dilakukan. Ia agak berbeza sedikit dengan sistem di UK. Saya merujuk kepada UK kerana ramai teman-teman akademik yang lebih selesa melanjutkan pelajaran di sana. Saya cuma menggesa agar kita berani mencuba teroka satu tempat yang jarang orang lain ‘berani’ pergi. Apabila kita pulang nanti, setidak-tidaknya kita tidak membawa ideologi yang sama. Juga seronok untuk menceritakan pengalaman yang berbeza. Yang paling penting ialah melatih diri menjadi Melayu yang berani menjadi mutiara walau di mana pun berada. Lari lah dari zon selesa, maka anda akan jadi lebih dewasa dengan pengalaman.

Walaubagaimanapun, Jepun satu tempat yang baik untuk menimba - baik ilmu mahupun pengalaman. Saya pilih Jepun sebagai lokasi PhD kerana saya tertarik dengan budaya negara ini. Tetapi belum banyak peluang untuk mempelajarinya secara dalam. Baiklah, saya ceritakan serba sedikit apa yang perlu dan akan dibuat sebaik sahaja tiba di Jepun. Sekadar memberi imiginasi permulaan.

1. Sebelum berangkat,pastikan anda sudah mempunyai tempat tinggal atau asrama. Urusan ini biasanya dilakukan oleh pihak lab yang menerima anda. Penginapan untuk ryugakusei yang baru datang biasanya ditempatkan di asrama. Ini penting kerana alamat asrama ini akan digunakan untuk membuat segala dokumen. Penuntut lain di Jepun tidak dapat menumpangkan dalam tempoh masa yang lama kerana keadaan rumah yang agak kecil. Ini akan menyebabkan anda yang keletihan akibat penerbangan yang panjang menjadi tidak selesa. Jadi untuk lebih selesa, pastikan urusan penginapan anda sudah selesai sebelum tiba. Jika anda tiba di Nihon pada hari cuti umum, pastikan ada individu yang bertanggungjawab untuk menyerahkan kunci bilik anda. Bagi bakal penuntut di Kyoto University, anda boleh semak di website daigaku tentang penginapan.

2. Pastikan segala urusan dengan universiti dan KPT telah pun selesai. Bawa sedikit duit yen dalam bentuk cash dari cek 776,250yen yang anda dapat itu untuk kemudahan.

3. Pastikan juga, lab anda telah menempah pengangkutan dari lapangan terbang ke asrama untuk anda.

4. Kebiasaannya, lab akan membayar seorang tutor untuk membantu anda menyelesaikan urusan-urusan dokumentasi dan sebagainya. Jadi anda tidak perlu bimbang, cuma pastikan anda memintanya dari lab anda. Tutor ini akan dibayar oleh lab, jadi sepatutnya individu tersebut membantu sedaya yang boleh.

5. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membuat alien card yang berupa seperti kad pengenalan di Jepun. Di atas Alien card akan tertulis status anda mengikut yang tertera di visa. Maka seelok-eloknya datang sebagai research student atau PhD terus. Jika selain dari status ini, anda akan mengalami masalah dengan pihak kedutaan dari segi pembiayaan yuran dan biasiswa. Alien card ini diperlukan bagi individu yang hendak menetap di Jepun lebih dari 90 hari. Anda akan diminta menunggu selewat-lewatnya 3 minggu untuk card ini siap, bergantung kepada musim kemasukan. (Oktober ialah permulaan semester baru dan banyak pendaftaran dari pelajar asing). Anda perlu membeli dokumen pengesahan mengikut keperluan anda. Ini penting untuk membuka akaun bank dan membeli keitai.

6. Dengan hanya 0 yen, anda boleh membuka mana-mana bank. Bank ini bertujuan untuk kemasukan biasiswa oleh pihak kedutaan.

7. Keitai (handphone) hampir keseluruhannya hanya boleh dipakai di dalam Nihon sahaja. Untuk membuat keitai anda perlukan dokumen pengesahan atau alien card, buku bank dan visa.

8. Jangan lupa hantarkan alamat kediaman, no tel, nombor akaun kepada kedutaan dan KPT.
Rajin-rajin explore laman – laman web info seperti
http://www.msaj.net
http://www.ipij.info
Atau boleh join yahoogroups seperti malaysiainjapan@yahoogroups.com untuk mendapat maklumat lebih lanjut.

9. Pelajari sedikit bahasa Jepun untuk memudahkan keadaan. =) Ada banyak lagi perkara yang perlu dipelajari sebaik sahaja tiba di Jepun. Tidak perlu beli banyak-banyak baju panas, kerana Jepun selalu update dengan fashion. Yang penting, bawa bekalan makanan rempah-ratus kesukaan anda. Paling tidak pun, jangan lupa menjamah KFC atau McD sebelum berlepas. Kerana anda pasti akan rindukan semua itu kelak. Jangan lupa bawa sejadah, kompas, dan al-quran. Itu adalah keperluan nurani yang paling utama!

Yang penting, perlu cekal. Bukan selalu kita akan bernasib baik. Tetapi jika Allah permudahkan jalan, jangan lupa ucapkan Alhamdulillah.

p/s: seronok setelah hampir setahun di Nihon.
Sekian.




hari pertama di Mukaijima Gakusei Center dapat katil patah! bilik yang pernah dihuni oleh Nashrah Hani dua tahun sebelumnya. Mungkinkah?



gambar diambil dari pintu masuk bilik.


ruang dapur
mukaijima gakusei center dalam kenangan...the place where the story begins.

2 comments:

Anonymous said...

salam sejahtera...

Emm itu pengalaman orang bujang, kalau dah berkeluarga lain pulak caranya. Apapun ikut kata erween nak cari uni mesti dekat dengan immegration office, kindergarden, hospital, city hall, bank, super dan yang paling penting dekat dengan port. Pasal nanti senang nak bawak keter terus pi kontena bila nak balik Mesia nanti.

Satu lagi jangan lupa buat ingkan.. untuk ganti tandatangan bila buat acc bank atau nak ambik softbank line. Erween cdgkan semua Malaysian ambik Softbank.

ok chauu

Unknown said...

salam..saya ingin meminta nasihat daripada empunya blog..boleh hubungi saya atau watsapp 0129765879 kerana saya akan berlepas ke kyoto university january ini..