Monday, July 14, 2008

risk and uncertainty

hari pertama bagi minggu baru dimulakan dengan payah. semalaman saya tidak tidur kerana menyediakan material untuk meeting dengan sensei pagi ini. sebut mengenai meeting dengan sensei, bukan saya saja yang tidak dapat tidur nyenyak selagi meeting tidak berlangsung. Yilin labmate saya turut mengakuinya - membuktikan sensei kami benar-benar mempunyai aura.

memang agak keletihan, tetapi saya kuatkan tawakal kepada Allah. meeting bermula pada jam 10.10 pagi - saya menjadi student pertama dalam sesi meeting hari ini. walaupun material yang saya sediakan pada hari ini, hanya dapat dijana pada selepas subuh, tetapi debate mengenai perkara yang ingin saya fokuskan mengambil masa 1jam setengah.

meeting dengan sensei biasanya bergantung kepada persediaan, lebih banyak kita bersedia, lebih banyak debate yang berlaku, akan lebih panjang pertemuan. Alhamdulillah, malam tadi sebenarnya saya rasakan satu perasaan LOST yang teramat. Hingga saya minta Kak Aini mendoakan untuk saya ( thanks kak, love you so much!) Pagi ini segalanya berjalan lancar lebih dari jangkaan. Saya tidak sangka mata saya boleh bertahan. Meeting yang berlangsung lebih dari setengah jam menunjukkan sensei berminat dengan idea saya. Kerja saya yang seterusnya ialah sintesiskan idea dari LR yang saya lakukan. Selepas makan tengah hari, saya pulang dan qada tidur dalam sedikit tenang.

Walaupun, setiap kali pertemuan, akan ada kata-kata yang menusuk jiwa, termasuk pada hari ini, tetapi, kebenaran dari sensei membenarkan saya untuk pulang bercuti sempena Ramadhan dan Syawal sangat menggembirakan. Sensei sebenarnya caring juga pada students nya. Saya rasa beliau sedia maklum keadaan sebagai seorang PhD student yang terpaksa hidup jauh dari keluarga. Tambah pula, pagi ini, mata saya kelihatan agak bengkak dek kerana kurang tidur. Merit point untuk menagih sedikit simpati.

Macam-macam rasa mencengkam sejak kebelakangan ini. Pun saya berharap sangat agar saya tidak sekali-kali berputus asa walaupun kadang-kala kepenatan. Kadang-kala cita-cita yang kita ada tidak selari dengan kekuatan tubuh, mental, fizikal dan emosi. Situasi ini membuatkan kita cepat tensi dan penat. Tetapi, bila mengenangkan bukan semua orang boleh berada di tahap ini, maka kita harus teruskan apa yang patut diteruskan.

Semoga kita tidak pernah takut untuk melangkah perlahan dalam keseorangan. Kerana sebenarnya kita tidak keseorangan. Tuhan sentiasa ada bersama kita. Semakin kita yakin kepada kasih sayangNya, dan mengharapkan belas ikhsanNya, semakin melimpah pertolongan untuk kita yang dapat kita rasa. Itulah beza antara Cinta Tuhan dengan Manusia. Tuhan tidak pernah penat mendengar kita merintih.

Rejab sudah merangkak ke separuh bulan... perjalanan masih penuh dengan cabaran.

sekadar gambar hiasan

No comments: