Thursday, June 5, 2008

oh minyak naik lagi!

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen seliter, iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70, manakala harga diesel dinaikkan RM1 daripada RM1.58 kepada RM2.58. - petikan dari Berita Harian Online.

Sudah tentu Malaysia gempar dengan kenaikan harga barang di sana sini. Risiko yang rakyat Malaysia perlu terima selepas PRU13 sebagaimana rakyat Indonesia dan Jepun menerima bahawa mereka hidup di atas lingkran api pasifik. Kankei kah statement saya? Mungkin tidak...

Ini sekadar satu perspektif orang yang sedang belajar dan menuntut ilmu. Banyak perkara yang menuntut mata ini dibuka luas-luas. Setiap perkara yang berlaku saban hari yang tertancap di kepala hanya perkara yang berkaitan dengan research.

Owh minyak naik! Bukan isu baru. Minyak itu emas hitam. Dalam hadith Rasullulah pun ada disebut pada akhir zaman, kerana emas hitam ini, dunia akan berperang. Hadith yang mana, aha! kita haruslah mengaji lagi...

Owh minyak itu digunakan sangat-sangat dalam pengangkutan. Bidang saya lah tu. Kerana itu saya sibuk-sibuk sangat hendak mencoret tentang minyak di sini. Owh bukan total tentang minyak tetapi, sudah tiba masa kita beranjak ke paradigma yang lain.

Orang-orang dalam bidang pengangkutan sekarang sepatutnya lebih banyak kerja. Terang-terang cara paling nyata menyelamatkan si A yang tinggal di Melaka dan bekerja di Nilai atau si B yang tinggal di Kuantan yang setiap minggu perlu menghadiri kelas PJJ ialah dengan meningkatkan taraf pengangkutan awam.

Ya..binalah jaluran landasan keretapi ala-ala shinkansen. Mustahil kah?

Kemudian orang-orang ICT, dan sistem telekomunikasi maklumat, sains komputer, dan apa jua yang berkaitan dengan perkhidmatan laman sesawang juga banyak kerja. Tingkatkan sistem telekomunikasi dan internet, jadikan 100Mbs, banyakkan perkhidmatan delivery ala-ala kuroneko - sampai ke depan rumah anda. Owh! Orang pos Malaysia pun banyak kerja, bukan hantar surat dan jual setem, malah ada banyak lagi perkara yang perlu dibuat meningkatkan mutu perkhidmatan.

Dalam travel behavior research, pokok utama ialah kurangkan pergerakan kerana pergerakan memungkinkan kemalangan. Pergerakan memerlukan tenaga dan tenaga mahukan kos! Kerana itu orang-orang Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya lebih-lebih lagi jabatan planning and management juga banyak kerja. Pastikan jika mahu bina kawasan perumahan jadikan ia sebuah kawasan perbandaran terancang supaya kedai-kedai runcit dekat dan ada merata-rata. Fungsinya ala-ala kombini.

Mustahil kah?

Owh! Kita jangan total ikut Jepun. Tapi apa yang ada di Jepun kita bawa masuk dan selarikan dengan kesesuaian kita. Orang Jepun pun dapat ilmu dari barat. Tetapi mereka ada istilah wakon yosai dalam pembangunan. Kita pun ada juga. Dasar Ekonomi Baru yang dah berapa banyak kali dibarukan. Kemudian nak dihapuskan.

Selepas ini, mungkin juga ramai orang akan bertukar kembali menggunakan motosikal. Penggunaan motosikal di Malaysia sekarang ialah 68% dari jumlah kenderaan berdaftar. Mungkin peratusan akan meningkat dan kadar kemalangan? Orang-orang road safety pun banyak kerja. Bukan membina lorong-lorong mosikal. Owh itu bukan penyelesaian terbaik. Nak buat jalan memakan jutaan ringgit dan ada penggunaan ekstrak petroleum di situ. Mahal!

Jadi, orang Malaysia sekarang perlukan didikan bagaimana mengawal diri supaya ikut peraturan jalan raya. Orang Malaysia harus sedar, kemalangan itu bermakna kos! Orang Malaysia perlukan didikan, bahawa kena jadi pandai kerana ada banyak kerja yang perlu dibuat. Bila pandai fikiran akan jauh ke depan dan akan nampak bagaimana sesuatu masalah itu sebenarnya penggesa sesebuah kemajuan.

Owh, orang media massa ada banyak kerja. Hentikan hiburan-hiburan hidonisme yang tak berfaedah. Didik masyarakat dengan kesedaran bahawa orang Malaysia perlu jadi pandai. Maka, di masa hadapan tidak akan ada orang-orang kurang bijak yang akan memerintah negara
.

4 comments:

sweetrainbird said...

"di masa hadapan tidak akan ada orang-orang kurang bijak yang akan memerintah negara."....Oooopss.Terlebih sudah.Hehehehehe

sapphire said...

ok la tu...! huhuhu

setanjp said...

Gimik politikus semata sema nih... Mangsa nyer rakyat yg bagi sokongan penuh pada para politikus.
Dan, yg menjadi hamba untuk menampal lubang2 yg dah rabak dek politikus ni, ialah government SERVANTs.
Selamat majujaya dlm mencari penyelesaian kepada masalah yg tidak akan selesai.
My personal opinion, Pemimpin harus ubah polisi yg rapuh dlm pentadbiran negara dan hapuskan rasuah ASAP atau kita terpaksa tukar title negara membangun kita kepada negara dunia ke-3 menjelang thn 2020 (Ramai budak2 muda la nih tak tahu pemende wawasan 2020 tau.. realiti kehidupan)

sapphire said...

mari nyanyi semula lagu wawasan 2020!