Sunday, June 22, 2008

...dan...

Ada orang kata, summer ini musim mengawan bagi kucing. Juga musim percintaan bagi manusia. Benar ke?

Pandang-pandang di kalendar, rupa-rupanya sudah nak masuk bulan Rejab dalam setengah bulan lagi. Saya pernah terbaca, jika hati mahu lulus ujian di bulan Ramadhan, perlu bermula bersedia dari bulan Rejab.

Subuh masuk awal di Jepun. Pukul 2.57 pagi waktu Kyoto. Sudah setahun berlalu dari harumnya wangi dua tanah haram. Kecewa - dari satu segi, saya masih hamba Allah yang gagal menjadi gagah.

Pesan Prof Fatimah meninggalkan kesan di hati.
"Jangan tinggal solat."

Solat dalam erti kata "seluruh"nya. Seluruhnya...

No comments: