Saturday, March 15, 2008

Tenang - tenang petang Ahad

Subhanallah, cuaca yang indah untuk hari Ahad yang cerah. Saya sendirian di lab. Sebelum memulakan kerja yang belum selesai, saya ringankan tangan melaporkan rentetan perjalanan hidup seharian. Bukan selalu rasa damai dapat bertandang .... Sendirian itu indah bila muzik Keroncong Untuk Ana menyapa halwa telinga.

Sentimental saya hari ini mungkin sorotan dari hasil kerja saya menyiapkan skrip persembahan untuk sobetsukai sehingga subuh tadi. Asalnya, kisah cinta cintun remaja bukan matlamat saya kerana saya rasa jalan cerita berlandaskan semangat perjuangan lebih elok diketengahkan. Tetapi idea dari `orang lama` yang menetap di bumi Jepun ini mengarahkan saya menghasilkan plot drama percintaan remaja awal 20-an. Mungkin sinonim sekali dengan kehidupan adik-adik yang undergraduate dan cerita begini lebih dekat dengan jiwa mereka.

Hasilnya, saya sendiri berdebar-debar membaca skrip tulisan saya. Memang cerita cinta stereotype terasa dekat. Saya sudah buat yang termampu. Saya serahkan kepada adik-adik yang lain melakonkan watak-watak dalam kisah cinta tak kesampaian berunsur komedi ini.

Tenang-tenang saya mungkin hanya di permukaan. Overview yang perlu saya buat belum saya producekan sebaik saya hasilkan skrip persembahan. Alangkah bagusnya jika saya dapat menulis laporan kepada sensei dalam bahasa terindah hanya untuk satu malam seperti yang saya lakukan untuk skrip tersebut. Bahasa English adalah kekangan untuk saya.

Kadang kala saya cemburu dengan teman-teman yang belajar di UK.Saya agak di UK ada banyak kelas-kelas persediaan yang mampu meningkatkan tahap konfidensi. Bincang-bincang saya dengan Asyraf dan kak Farihah di dalam densha semalam membuatkan saya mengerti bahawa bukan saya seorang yang mengalami masalah menguruskan plan PhD. Sensei di Jepun tidak akan menunjukkan arah mana yang harus dituju dengan memberikan kompas, tetapi sekadar peta yang penuh dalam kanji untuk pelajarnya mencari arah sendiri.

Petang ini, walaupun mungkin tidak produktif, saya akan cuba melakukan sesuatu. Tiada bantuan dan pertolongan yang sangat saya harapkan selain bantuan dari Nya untuk memandu jalan hidup saya di sini. InsyaAllah.

p/s*
Credit to Raygour.
Sepetang bersama koleksi lagu M.Nasir. =)

2 comments:

Amalina said...

Nor dear, sori le kalau komen kak amal yg lepas keras bunyinye di bahagian akhir. Bukan apa, bila nor dah tulih dalam blog, bila kak amal baca asik masalah je, jadi rasa tak senang kalau tak kongsi apa yg boleh. Sbb kak amal dah tgk ramai juga lecturer yg pergi buat phd balik tak complete, baik yg buat di Jepun mahupun di UK. Betul apa yg ashraf n sharina kata, susah nak plan phd. Kat mana2 pun sama, sbb PhD ni mmg dah tahap semua benda kena buat sendiri. In fact, sensei kak amal ckp, utk lulus phd kena ada ilmu lbh dari supervisor kita(ttg apa yg kita buat nilah-don't worry, sensei mmg byk ilmu tapi tidak mendlm dlm bahagian kita). Jadi masa itu emas, tambah di Jepun ni rata2 syarat utk grad adalah publish journal. Jadi, walaupun kita ada cuti belajar 3 thn, tapi sebenarnya masa utk buat research dan mula publish paper adalah 2 thn saja. Masuk thn ke3 dah mula kena tulis thesis. Masa dua thn tu sat je, pejam celik2. Sebenarnya tak susah nak habiskan phd kalau kita buat kerja constantly dan kak amal rasa buat phd di Jepun lebih mudah. Sbb sini kena publish journal, jadi masa tulis thesis akhir kita hanya expand article yg kita dah hantar ke scientific journal. UK takde syarat tulih journal. Selalunya bila dah nak habih term baru student nak start menulih, jadi kalau dari awal tak organize mmg susahla nak tulis thesis yg tebal2 tuh. Di Jepun thesis tak payah tebal2 sbb kita dah publish paper di mana dah diterima seluruh Jepun tak pun dunia.
Ok, sorila, can't help myself not to menyebuk here.
Wassalam

Unknown said...

very informative..thanks for sharing..apa lagi keep on moving..dont stop..