Tuesday, March 11, 2008

Sains sosial dan kejuruteraan awam.

Cuaca yang indah menyapa bumi Kyoto. Langit cerah menandakan sudah masuknya musim bunga.

Ada sesuatu yang tidak saya fahami tentang research saya kerana ia bukan sesuatu yang telus mengenai kejuruteraan awam. Malah perbualan dengan Prof Tajudin suatu malam minggu lepas menyebabkab saya mula mencari makna yang tidak saya fahami ini.

Benar ia lebih kepada sains sosial daripada kejuruteraan, dan saya sedang cuba memahami korelasi antara dua bidang ini dan apakah kesannya. Kebanyakan universiti di Jepun mempunyai bidang Social Engineering ini termasuk Osaka University, Tsukuba University dan Tokyo Science Institute dan Technology. Dan mungkin juga makmal saya ini. Saya sendiri tidak pasti.

Sains sosial lebih menekankan faktor manusia, masyarakat dan polisi, psikologi, ekonomi dan sosiologi. Pemberat untuk jurnal dalam bidang sains sosial ialah 3.4. Kejuruteraan di dalam bidang sains sosial lebih kepada urusan matematik dan statistik. Dan pemberat jurnal kurang daripada sains sosial.

Apabila menyedari hal ini, saya rasa sedikit lelah. Jalan akademik saya tidak pernah membulat. Walaupun jika ada jurnal terhasil untuk sains sosial, jalan untuk naik pangkat lebih cerah, tetapi.....Dari kejuruteraan alam sekitar, saya berkolek ke kejuruteraan pengangkutan dan kini saya mengait kajian di dalam kejuruteraan sosial ( walaupun masih di dalam bidang kejuruteraan dan pengangkutan)

Jalan yang tidak memfokus ini membuatkan saya letih dan cepat keliru dengan apa yang saya buat. Di manakah para ilmuan dan tok guru-guru nya. Saya inginkan penjelasan dan perdebatan.

*tidak mungkin saya dapat mempersoalkan ini dengan Kitamura Sensei. Dia akan kata saya hanya bertanyakan soalan bodoh dan tiada kaitan dengan kajian saya. Saya sudah kata sensei saya strict. Saya rasa sunyi untuk diskusi ilmiah.

3 comments:

Amalina said...

r u sure it is called social engineering? di wikipaedia maknanya adalah quote:1) Social engineering is a collection of techniques used to manipulate people into performing actions or divulging confidential information, 2) yang ni berkaitan politics- Social engineering is a concept in political science that refers to efforts to influence popular attitudes and social behavior on a large scale, whether by governments or private groups.
Bukan 'ergonomic' ke? Yang ni dalam japanese Kansei Kougaku-感性工学'. Dlm engineering, study ni perlu utk sesuaikan benda yg nak kita engineer dgn keselesaan manusia/ human factor. Di Malaysia ada study ergonomic, dan mmg engineering.

M. H. Jabbar said...

hm aku da update blog yg da byk sawang tuh.haha.

hm kena find someone to discss with. takde prof lain kat univ ko ke utk berbincang? or maybe ko emel prof2 kt malaysia/uthm je ke utk minta pandangan? tu antara usaha yg ko boleh buat kot pd pandangan aku.

teruskan usaha kak enn...heheh

Amalina said...

Kak Amal pun tak tau nak terangkan ttg ergonomic lebih mendlm sbb bukan bidang kak amal. Tapi cara nor tulis dlm entri ( menekankan faktor manusia, masyarakat dan polisi, psikologi, ekonomi dan sosiologi), kak amal nampak research nor mcm ada kaitan dgn ergonomic. tapi kalau mmg social engineering namanya, mungkin satu cabang baru dlm engineering. Bidang engine ni mmg sentiasa berkembang, even ergonomic tu bidang baru yg lahir dari Jepun (kalau tak silap). traditional engineering tidak begitu menekankan faktor2 manusia, etc. tersebut berbanding dgn modern engineering. sbb tu muncul bidang ergonomic.
Pendpt kak amal, jgn terlalu risau kalau research di sini jauh atau tiada kaitan dgn research atau situasi di Msia. Kita nak dptkan pengalaman (dan juga link) mcm mana nak buat research di sini utk kita mulakan research sendiri di Malaysia. balik Msia nnt baru pikir nak sambung research yg sama atau tidak. yang penting kena mula buat research/ kadai, kak amal harap nor dah mula.