Thursday, December 20, 2007

Seikatsu oh seikatsu

saja saya bina blog baru untuk luahan hati yg lebih tidak formal. kalau dicampur adukkan nanti hilang pula fokus blog SATU DUNIA LAIN. blog ini lebih kepada turun naik hidup mengejar satu title bergelar Dr.

Fokus. itulah yg sensei byk kali ingatkan saya. semalam hari saya bertemu sensei. semalam juga , mood sensei baik. kami berbincang sambil santai. sambil-sambil makan coklat dan sambil-sambil gelak ketawa. tiada soalan membunuh atau perlian melibas dari sensei semalam.

sensei seperti menyerahkan kebebasan penuh pada saya. atau sebenarnya sensei cuba menilai keupayaan saya sebagai penyelidik. sejauh mana kemampuan saya mengendalikan perancangan sendiri. tetapi semalam saya beritahu sensei apa yang saya hendak belajar di sini. saya hendak belajar membina Questionnaire dan Travel Diary. reaksi sensei adalah positif. betul-betul dia memainkan peranan sebagai supervisor dan sensei kesan kegemaran saya ialah Road Safety. ini kerana saya mempunyai latar belakang di dalam bidang itu walaupun sekejap, impaknya agak besar juga.

selepas perjumpaan dengan sensei, saya dapat rasakan penyelidikan saya kurang 'kick'. saya sebanarnya cuba menjurus kepada travel behaviour tetapi saya tidak menemui gap yang dapat saya isi. kerana itu, proposal saya lebih dipengaruhi pengalaman silam dalam Road Safety.

saya masih pening dan risau tentang ini. Hari ini Aidil Adha. suasana di kampung seperti meriah. terasa-rasa hendak pulang menghebohkan lagi suasanan heboh yang ada. akhirnya saya ke Random Walk, membiarkan diri dalam deretan buku-buku hampir satu jam setengah. saja, mencari inspirasi untuk tidak berhenti menulis dan terus bertabah.

hari ini saya rehat-rehatkan minda. mujur ada IKIM.fm menemani saya. lunaknya suara takbir. saya tahu saya tidak sendirian dalam perjuangan.

No comments: