Wednesday, December 26, 2007

atarashii no IPOD ... totemo tanoshii desuyo!

Hari ini saya bangkit dengan satu semangat yang saya gagal lakukan semalam. demi merealisasikan angan-angan memakai NeO tune dengan Ipod Nano 2nd generation sambil menunggang basikal, saya bingkas bangun walau tidur agak lewat. Memang satu perasaan yang gagah dan berbeza apabila memakai `seketul` headphone tanpa wayar sambil mendengar lagu-lagu Jpop. Saya sengaja mengembalikan semangat bahawa saya datang ke Jepun kerana ia adalah satu impian yang telah lama ingin saya realisasikan.



Walaupun fokus kajian masih samar tetapi saya tidak boleh biarkan diri saya murung terkurung kerana tidak akan ada yang datang menyelamatkan saya. Apa yang boleh saya lakukan ialah berharap agar datangnya ilham (bukan Zul ilham a.k.a kojek) yang terang lagi bersuluh sebagaimana datangnya siri-siri cereka dalam kepala saya.


Hari ini, saya gagahkan hati mengutus email kepada Prof Radin. Saya cuba dapatkan bantuan beliau. Kemudian, Peter seperti biasa menjadi superman dengan memberikan saya buku Target Risk 2 tulisan Gerald J.S Wilde. Tulisan Wilde ini memberi perspektif berbeza tentang accident dan risk-taking behaviour. Pendek kata, buku ini membincangkan tahap keberanian individu mengambil risiko dan untuk apa risiko itu diambil. Seperti langkah yang saya pilih untuk berada di Jepun demi Phd. ( atau risiko merentas Phd demi berada di Jepun?)

Memang sukar untuk mendapatkan framework idea dari perbincangan dengan mereka yang lain bidang tetapi, hasil dari debat, saya beroleh pengertian bahawa ramai lagi yang tidak faham tentang apa itu Road Safety dan kesannya. Malah tidak ramai yg dapat menjangka jauh apa akan terjadi kepada pada masa depan jika kesan pembangunan sistem pengangkutan tidak dirancang dengan baik. Maksud saya dari sudut kajian Travel Behaviour. Bidang ini, akan membawa kita kepada asal-usul mengapa kita bergerak, hingga lewat dekad ini, tercetus idea untuk mengurangkan pergerakan akibat dari kesan congestion dan accident. Kesedaran itu cuma ada di negara membangun, belum sampai kepada kita, kerana kita sedang menikmati ekonomi yang memekar kononnya.


Kredit untuk Asmadi, Masria dan Halim kerana sudi berbincang santai dengan saya. Juga untuk Afandi yang mengajak saya memikirkan satu perspektif lain.


Mungkin sebenarnya Kitamura Sensei sudah ada agenda untuk saya. Accident Prevention dan Travel Behaviour mempunyai kait hubung. Mungkin saya akan faham sesuatu jika saya berusaha untuk meneliti dan memikirkannya lebih dalam lagi. Ada terlalu banyak perkara yang saya tidak tahu.


Soal ketahanan diri, saya menulis ini pun kerana saya mengantuk. Saya mengalami masalah untuk fokus. Saya tahu, penguasaan bahasa English saya agak lemah. Itu adalah salah satu punca. Pun begitu, hanya saya yang dapat menyelamatkan diri saya sendiri.


"turtles; they don`t get anywhere if they don`t stick their necks out."
Gerald J.S Wilde

No comments: