Saturday, December 22, 2007

IPIJ no koto

Baru balik dari makan-makan di Fisherman Shop,Kobe. Kebetulan, adik-adik undergrad ada perjumpaan AGM. Hari ini harga buffet agak mahal sedikit, 3200yen. Tetapi bagi saya memang saya berpuas hati. Bukan selalu berpeluang makan kani yang gemuk!!

Sempat berbual dengan Farah sedikit mengenai IPIJ. Hajat hati memang tersangat ingin hendak menyertai. Maklumlah, bila di tempat orang hati sangat gerhana dengan teguran dan nasihat. Sesi mempelajari Islam ini tidak pernah berhenti. Malah ilmu tauhid, akidah, tasauf, tafsir dan banyak lagi tidak pernah penuh sehingga ke akhir nafas. Sesekali hati kecil ada juga menegur, ilmu dunia sungguh-sungguh di cari, ilmu akhirat diletak ke tepi. Ilmu tentang tafsir al-quran, hadith nabi tidak mahu pula menjadi ahli. Saya jadi berbelah bagi. Tarikh 25 hingga 28 sangat tidak sesuai kerana proposal saya berada di dalam situasi kritikal. Ya, Allah. Permudahkanlah jalan saya. Yang mana satu agaknya yang terbaik. Pergi menyahut program IPIJ atau proposal. Dua pendapat dalam diri saya saling berdebat dan bertelingkah.

Kemudian saya beritahu Farah tentang idea Kak Mar untuk mengadakan usrah/tazkirah sebulan sekali. Farah sangat-sangat setuju. Bila ada kesempatan nanti saya akan beritahu Firdaus pula tentang ini. Lelaki syurgalah katakan. Kut-kut dia boleh menjadi kekuatan dalam idea ini. Maklumlah, selalu juga sesi makan-makan diadakan di antara pelajar-pelajar Melayu di sini. Dari berborak kosong melagha, lebih baik adakan sedikit pengisian.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, dengan hujan yang tidak mahu berhenti, kasut basah dan koyak saya bagai berdialog. Entah bila zaman saya akan mampu menjadi perempuan yang berpakaian sopan dan berwatakan ayu. Dari dulu hingga sekarang watak sempoi tidak pernah berubah. Pernah juga terfikir, saya akan berubah watak tatkala berpeluang merasai pengalaman 'hati bagai kaca terhempas ke batu.' Ada juga cita-cita hendak menjadi 'girlish' dan 'manja-manja'. Tetapi yang ada dalam diri totemo brutal dan masculine. Rimas dengan watak 'kegadisan.' Leceh untuk seorang yang renyah.

Walaubagaimanapun, kata-kata Mus semalam bila diingatkan menyejukkan hati saya. Mujur saya ada kawan seperti Mus yang tidak memandang luaran. Dan, saya percaya dengan Mus apabila saya lihat kegigihan dan pengorbanan yang ada pada Kak Laili. Terpujuk akhirnya diri saya. Tidak mengapalah jika saya tidak mempunyai wajah yang cantik, bersifat kewanitaan sejati atau berwajah keibuan, tidak nampak penyayang dan sebagainya, asalkan kekuatan dan misi perjuangan saya memahami kehidupan tidak pernah padam. Saya tahu 'masculinity' yang saya ada inilah aura kekuatan yang telah berjaya membawa saya pergi sejauh ini.

Sebagai perempuan, sekuat mana pun menahan segala kepayahan, tidak mungkin air mata tidak tumpah.Tetapi semakin lebat ia tertumpah, semakin tabah jiwa, insyaAllah. Saya percaya,air mata itu adalah senjata dan pencuci jiwa.

;) Sekadar, motivasi sebelum tidur.

*kani - ketam

No comments: