Sunday, August 31, 2008

Marhaban Ya Ramadhan


Salam ramadhan buat semua.

Ini kali pertama saya menyambut awal Ramadhan jauh dari tanah air. Tahun lalu, lewat akhir Ramadhan saya menjejakkan kaki di bumi Jepun. Sempat saya merasa kemeriahan Ramadhan pada ketika itu. Walaupun dalam keadaan tidak selesa kerana rumah pada ketika itu sedang direnovasi. MasyaAllah, rindunya saya pada suasana Ramadhan di Malaysia, tuhan saja yang tahu. Sedar tak sedar air mata berlinang . Maha Suci Tuhan – bawalah saya kembali kearah ketenangan.

Dalam masa setahun, banyak perkara pahit yang telah terbasuh dan banyak perkara manis yang tercipta. Perasaan saya ketika ini, sangat sayu rasanya. Tidak dapat saya ceritakan satu persatu lipatan perasaan dan rentetan peristiwa yang ada. Tetapi rasa syukur dapat menghirup suasana Ramadhan ini sekali lagi membuatkan saya dihujani pelbagai rasa. Alhamdulillah, teman-teman di sekeliling saya kelihatan kuat-kuat belaka. Melihat mereka bagai memberitahu diri saya supaya bertahan dan bersabar selagi mampu. Walaupun pelbagai rasa yang dijeruk, zahirnya saya tidak keseorangan.

Buat semua insan yang saya sayangi, salam Ramadhan lahir dari lubuk hati. Rindu untuk bertemu dengan sebuah pengertian pada Ramadhan ini.

p/s: malam-malam untuk melabuhkan cinta pada yang Esa telah tiba.




1 comment:

Illi Puad said...

selamat berpuasa kak nur! semoga terus tabah, cemerlang dan terbilang!