Wednesday, February 11, 2009

Komen

Tak terasa selera untuk makan tengah hari hari ini. Bukan kerana tak dapat menerima komentar Petr dan Owen tentang framework saya. Bertuah sangat mereka dapat luangkan masa 2 jam untuk meneliti kerja-kerja saya. Maklumlah, sensei masih belum cukup tenaga untuk mengendalikan student. Email tak berbalas dan thesis pelajar-pelajar B4 dan M2 tidak dapat juga diperiksa.

Cuma yang mengganggu di benak saya ialah apakah sebenarnya standard kajian saya ini? Kalau diturutkan idea, memang banyak perkara yang hendak saya buat. Tetapi banyak juga limitasi. Dengan sensei yang tidak dapat memberi penyeliaan secukupnya, serta pelbagai keterbatasan.

Petr banyak memberi pandangan dari sudut decision making dan probability. Theory yang telah diselidikinya selama lebih dari 2 tahun. Ada sedikit persamaan tetapi ada juga perbezaan dengan kajian saya. Owen lebih banyak memberi pembetulan dari segi membina questionnaire.

Saya sedang menanti email dari Prof Farhan. Semoga Prof Farhan dapat memberi satu nasihat yang baik. Setiap masa saya rasakan research saya berada di hujung tanduk dan masa terus berlalu. Pun saya kuatkan diri dalam kebimbangan bahawa saya akan sempurnakan topik ini kerana ia menarik biarpun Peter kata ia tidak memberi kaitan yang kuat antara lorong motosikal dan kajian terhadap persepsi.

Berita dan data kemalangan mengenai penunggang motosikal yang tidak pernah surut yang menjadikan saya terus kuat untuk stay dalam topik ini. Saya selalu bertanya pada diri untuk menjadikan topik ini menarik di mata penghuni-penghuni makmal ini. Maklumlah, setiap kali orang lain membuat pembentangan, apalah sangat yang dapat saya fahami dengan pengetahuan nihon go yang sekelumit cuma.

Buat yang ingin melanjutkan PhD, perlu latih mental menerima tekanan dan keupayaan untuk menyediakan plan-plan susulan. Nasib kita mungkin telah ditentukan. Tetapi jangan sesekali mengalah. Sesekali untuk mengatasi masalah hilang kepercayaan kepada diri, kita perlu berdegil bahaya kajian kita adalah kajian yang baik dan berfaedah. Itulah cara saya memujuk diri………..

1 comment:

Anonymous said...

It's a nice blog.. Keep up your effort in doing PHD.. I with my family wish u all the best for your incoming days. Nizam and Syidot