Thursday, February 19, 2009

Belasungkawa

Hari ini pagi Jumaat sangat redup. Awan berat dengan tanda-tanda hujan akan turun lagi. Saya menulis ini dari meja sebelah. Owen dan Petr sedang berdiskusi tentang list publications milik sensei hingga tahun 2005.

Belasungkawa

Sensei saya telah lama mengidap kanser perut sejak dari sebelum saya datang ke lab ini. Saya hanya berpeluang menemui dalam meeting hampir 1-2 jam tidak sampai 10 kali. Setiap kali hendak meeting, kecut perut akan terasa yang amat sangat. Kali terakhir saya meeting dengan sensei ialah pada bulan November di rumahnya. Pada ketika itu, beliau baru sahaja selesai operation tumor.

Sebagai seorang yang sangat terkenal di TRB, sensei saya pernah menerima Lifetime Award dalam bidang kariernya pada tahun 2006 sebaris dengan Ben Akiva dari MIT, US.

Sensei saya mempunyai minat membaca pelbagai jenis genre buku.
Semalam, apabila kami berkesempatan ke rumahnya, hampir setengah jam kami membelek-belek rak yang penuh dengan buku-buku, baik novel mahupun akademik. Sungguh memberikan inspirasi. Ada 2 buku tentang Malaysia, dan sebuah buku terjemahan 'The Koran'

Sensei minat kepada model keretapi. Ada beberapa model keretapi dan buku-buku mengenainya. Rupa-rupanya sensei mempunyai hobi yang menarik. Ia memberikan pengertian kepada saya bahawa untuk menjadi seseorang yang 'besar' kita perlu ada sesuatu yang 'unik' dalam diri.

Saya tidak mudah mengalirkan air mata semalam. Malah melihat wajah teman-teman lab yang kemerah-merahan menahan esak menjadikan saya 'blur.' Saya rasa saya bukanlah seorang yang dekat dengan sensei. Saya baru setahun setengah bersama beliau.

Tetapi untuk mengenali seseorang itu, lihatlah pada buku yang dibacanya. The Perception of Risk tulisan Paul Slovic menangkap mata saya dan saya segera tahu bahawa idea kajian saya berpunca dari buku ini. Owen dan Petr sedang sibuk berganbatte mencari kerja. Bulan 9 ni mereka akan tamat Phd. Nama sensei akan memberikan impak yang besar pada mereka. Mungkin juga pada Ari.

Tidak lama lagi akan tinggal saya sendiri. Anggap saja saya tidak bernasib baik kerana tidak dapat berpayung di bawah sensei untuk jangka masa yang lama. Pagi ini, barulah saya terasa betapa banyak peninggalan sensei untuk saya pelajari. Barulah terselit satu rasa untuk memahami cara pemikirannya dan apa kemahuannya.

Sukar untuk meluahkan apa yang tersirat di fikiran. Hidup perlu diteruskan. Berbanding dengan rakan-rakan lain, saya telah mempunyai pekerjaan tetap dan scholarship yang bagus. Tiada masalah untuk saya melebarkan sayap biarpun saya akan bertukar supervisor. Dan supervisor yang baru mungkin tidak sehebat sensei Kitamura.

Tetapi, tuhan telah menyediakan jalan untuk kita susuri. Sekiranya kita percaya kepada sifat ubudiyyah, maka segala ketentuan dan ketetapan yang berada di bawah tangannya akan dapat kita terima dengan redha. Ini adalah satu pengalaman yang mengesankan dalam hidup saya. Tugas penyelidikan saya akan berjalan seperti biasa. InsyaAllah.

Penghormatan terakhir

Esok - Sabtu dan Ahad, kami satu lab akan membantu di majlis pengkebumian. Majlisnya hampir sama dengan majlis untuk orang-orang beragama Buddha mungkin. Saya akan membantu sebagai tanda penghormatan. Di samping itu dapat melihat kepercayaan orang-orang bukan Islam.

Hidup di perantauan memang bukan sesuatu yang mudah. Tetapi kita dapat melihat banyak sudut yang berbeza. Ada waktunya kita perlu terbang jauh melebarkan sayap melihat bahawa dunia milik Allah ini terlalu luas dan penuh dengan pelbagai penciptaan yang tidak pernah terjangkau dek akal. Dan...satu hari nanti, apabila sudah puas terbang, seperti fitrahnya sang burung, kita akan pulang ke sarang...dengan membawa apa yang telah kita lihat untuk dilihat oleh mata orang lain.

Sabda Rasullullah S.A.W - Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak memberi faedah kepada orang lain.Semoga kita menjadi salah seorang dari manusia yang terbaik itu. Amin

Ryuichi Kitamura Sensei, houtouni doumo arigatou gozaimashita...

1 comment:

Anonymous said...

Hi enn.. Takziah buat family sensei.. Actually aku ada satu product untuk sakit kanser especially and for others also can.. Aku dah ada bebrapa testimonial yang sakit kanser macam sensei.. Memang sakit kanser for example breast canser and so on tak ada rawatan sebelum ni.. Operation untuk membuang sel2 kanser hanya untuk temporary solution.. it's not a permanent solution.. it's depends on how strong our body immune system to kill the cancer cell.. nantilah kalau ada kawan2 hang yang sakit mcm sensei atau apa2 jua, bagi tau lah.. Insya Allah aku bantu.. Ok.. Bye.. Nizam n Syidot