Wednesday, March 10, 2010

Cerita sikit dari simposium

Minggu lepas saya diberi peluang untuk menghadiri simposium JICA/GCOE yang dikelolakan oleh Kyoto Universiti. Simposium 2 hari ini diisi dengan penerangan dan perbincangan mengenai Human Security dan dihadiri oleh negara2 yang mendapat budget dari JICA untuk kegiatan research mereka. Di antaranya ialah Indonesia, Vietnam, Thailand, Taiwan dan Singapore. Tiada wakil dari Malaysia kerana base untuk aktiviti research di Malaysia di bawak JICA hanya tertumpu di bidang manufacturing di UM. Tambahan pula, Malaysia bukan termasuk dalam negara low income country yang memerlukan dana dari kerajaan Jepun. Negara2 lain mendiskusikan masalah banjir, bekalan air (Indonesia), runtuhan embankment sungai ( Vietnam) manakala Singapore hanya menceritakan ttg masalah lanun di perairan selat Melaka.
Walaubagaimanapun semua topik yang dibincangkan sgt berkaitan dgn Human Security.

Dari pengamatan saya, Malaysia sudah melepasi paras survive dan telah masuk ke level dimana perlu mencari formula untuk sustain. Dari segi insfrastructure saya percaya Malaysia telah hampir lengkap dengan sistem tersebut, cuma Malaysia mengalami masalah civilization dari segi minda dan sikap masyaraktnya. Dan untuk ke arah mencivilize kan masyrakat Malaysia untuk ke tahap negara maju, civil engineer perlu memainkan peranan tersebut. Oleh sebb itu, pendekatan research untuk GCOE ini lebih kepada integrated pelbagai isu dalam engineering menjadi satu bagi mengatasi atau mencari jalan menangani risk atau disaster.

Saya ingin menulis byk. Tetapi masa tidak mengizinkan. InsyaAllah..saya akan cuba menulis maklumat yg didapati di simposium untuk dikongsi bersama2 teman lain. Saya percaya simposium ini sgt bermanfaat kerana Malaysia telah mencapai level kemajuannya yg tersendiri. Dan saya menyokong suggestion dari Perdana Menteri bahawa masyarakat Malaysia perlu bersedia untuk keluar dari kepompong middle income countries. Kita boleh menjadi proaktif dan inovatif dari segi ekonomi dan ilmu dalam tempoh 10 tahun ini. InsyaAllah.

No comments: