Sunday, November 16, 2008

time to change

Hari Isnin datang kembali. Hari Isnin adalah hari yang penting kerana ia merupakan permulaan bagi satu minggu bekerja yang baru. Hari Isnin perlu ada azam baru dan keinginan untuk memperbaiki hidup.

PhD bukan sahaja berkenaan memperolehi ilmu penyelidikan untuk membawanya pulang ke Malaysia. Bukan saja hanya sekadar untuk mendapatkan gelaran Dr, tetapi tempoh pembelajaran PhD itu adalah satu proses mematangkan diri, memperbaiki kesilapan dan berubah menjadi lebih baik. Bukan sahaja dalam konteks keilmuan tetapi juga insaniah. Ianya lebih banyak berkisar tentang bagaimana mengawal kecelaruan emosi, berdiri atas kaki sendiri, mempelajari proses menyelesaikan masalah,menerima kelemahan, mengatasi ketidak seimbangan hidup, dan memperbaiki kehidupan. Kejayaan di hujung PhD bukan sahaja terletak pada graduasi, berapa banyak paper journal dihasilkan atau berapa banyak conference yang telah di hadiri. Tetapi objektifnya tentu sahaja menghasilkan manusia yang cemerlang duniawi dan ukhrawi - pendidik, penyelidik, pemimpin,'manusia' serta hamba tuhan yang baik.Dalam proses ini, ada banyak kesilapan, rasa lelah, letih dan penat tetapi Tuhan tidak akan menduga manusia di luar kemampuannya. Dan proses tarbiah dari Tuhan ini berbeza-beza pada setiap individu.

Hari ini

Saya memulakan hari dengan agak baik. Alhamdulillah. Mata tidak terasa mengantuk dan badan tidak terasa sangat letih sebagaimana yang saya sangkakan akan berlaku pada setiap hari Isnin kerana sindrom Monday Blues. Saya cuma terfikir, jika saya terus berada dalam lingkungan kemalasan, kemurungan, tidak ceria, tanpa pemikiran positif dan tidak berusaha berubah, saya akan terus menjadi diri saya yang banyak kekurangan walaupun bergelar Dr. Jadi pagi ini, saya bingkas bersiap dengan semangat yang jarang-jarang saya ada.

Rantai Aisyah


Sedang bersiap-siap, saya terpandang rantai pemberian Aisyah, anak perempuan Dr. Mail. Saya kemaskan simpulannya dan saya gantung di dinding. Ajaibnya, tanda ingatan dari seorang kanak-kanak mampu memberi inspirasi. Terharu juga bila Aisyah ingat pada saya dan menghasilkan satu imiginasi yang kreatif. Keikhlasan dan tanda ingatan ini menyebabkan saya rasa saya perlu jadi orang yang lebih bersemangat untuk merealisasikan bermacam impian yang ada. Jika ada kesempatan lain, saya akan ceritakan tentang anak-anak Dr. Mail yang menghiburkan ini.
Ini pula satu lagi suntikan semangat pagi ini. Bunga-bunga mawar ini segar mengembang di tepi meja. Saya cuma mengikut nasihat mama, agar letakkan bunga di dalam rumah agar rasa lebih ceria dan bertenaga.
Perjumpaan dengan Yoshi Sensei

Yoshi Sensei telah memberikan idea-idea menarik untuk kenkyuu saya. Tetapi terasa susah kerana memerlukan banyak maklumat dari Malaysia. Ini belum jumpa dengan Kitamura Sensei lagi. Memang pening dan pening dan pening lagi tetapi....saya harap akan ada jalan penyelesaiannya. Saya juga berharap supaya ada 'luck' yang membantu. Saya akan cuba berusaha sedaya mungkin.

Saya menanti-nantikan Hari Rabu untuk melawat ke headquater Hanshin Expressway Management. Mungkin lebih canggaih dari sistem ITIS DBKL di Malaysia? Saya akan buat wrap up tentang itu...insyaAllah.

Jya. Sama-sama kita berusaha untuk minggu ini!

2 comments:

tUtyRAhiZa said...

kak nor comel...
buat PhD mmg susah tambah lagi wat di Jepun..anggap ape yg telah-sedang dan akan lalui ni sbg perencah utk dpt gelaran Dr..
Faito!!!Akak bukan sorang..Kongsi masalah ngan org2 lain gak..

-tuty-

sapphire said...

thanks tuty
hehehe....
thats good advice...
^ ^!