Thursday, November 13, 2008

Kaeru ka?

Minggu ini minggu yang tough. Walaupun begitu, semalam saya gigihkan juga menyusun senarai variables yang mungkin untuk data statistik saya. Lewat dan sejuknya menggigit ke tulang. Tetapi mungkin juga kesan efektif dari Nescafe membuatkan mata saya gigih hingga ke larut. Pulang ke rumah juga, saya masih sempat masak untuk hari ini.

Cuma, rakan-rakan lab yang lain agak sibuk dengan tugasan masing-masing. Sukar untuk saya meminta tunjuk ajar. Akhirnya saya print out dan berikan kepada Ari. Minta dia membantu walau mungkin selepas Sabtu baru dia akan mempunyai masa. Saya juga menyusul email untuk Yoshii sensei. Mahu tak mahu saya terpaksa libatkan associate profesor itu dalam hal ini. Mana tahu beliau boleh menolong. Sukar bekerja seorang, memang rasa keseorangan. Seperti orang yang tidak tahu berenang dan sedang lemas. Tetapi saya cuba bertahan. Bukan mudah hendak memahamkan satu demi satu perkara tetapi saya tahu orang lain juga rasa demikian.

Cabarannya belum tiba lagi, tahun hadapan mungkin lebih jerih. Manakan hendak mengumpul data sendiri. Menganalisis dan menguji hipotesis. Tidak tahu sama ada saya sekuat itu atau tidak. Cuma saya harapkan, ada sinar cahaya yang sangat-sangat terang selepas PhD ini. Jalan menujunya cukup susah, berjalan di dalamnya juga memerlukan ketabahan yang luar biasa.

Malam ini malam Jumaat. Rasa sungguh letih walaupun saya hanya menghadiri kelas nihon go sahaja hari ni. Mungkin dalam mengejar semua ini, ada sesuatu yang saya lupa. DIA.
Maaa....kaeru ka..?Siapa lagi yang tahan mendengar rintihan hati dan sedia menerima walau bagaimana buruk nya kita..? Maaa....kaeru ka?

p/s* malam usrah.

No comments: