Tuesday, February 8, 2011

Kenapa ops sikap gaga l? Less enforcement?, Less road safety education?, Less awareness?, Less information from mass media?, Less road safety campaign?, Bad Attitude ( who's attitude? - you? me? us?.......)

Informasi dari radio ERA pada pagi yang hening ini menyatakan bahawa 2/3 daripada mangsa kemalangan jalan raya dari OPS SIKAP sempena musim perayaan CNY kali ini ialah penunggang motosikal. Berita menekankan bahawa penunggang motosikal suka menggunakan helmet yang rosak dan tidak menepati piawaian SIRIM.

Masalah mengenai kemalangan motosikal ini sebenarnya bukan sahaja terjadi di Malaysia. Malah di mana-mana pelusuk dunia, penunggang motosikal dikategorikan di dalam vulnerable road users – iaitu pengguna jalan raya yang mempunyai risiko yg tinggi untuk mendapat kecederaan parah atau kematian sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Penunggang motosikal di Malaysia dikenalpasti terdiri daripada mereka yang berada dalam lingkungan usia belasan hingga 40 tahun. Kegunaan motosikal tertumpu sebagai mod pengangkutan ke tempat kerja.

Saya pasti pihak berkuasa seperti JKJR, MIROS, SPAD dan sebagainya berusaha keras mencari penyelesaian kepada masalah kemalangan jalan raya terutama yang melibatkan penunggang motosikal. Ini kerana, kemalangan motosikal seringkali melibatkan penunggang yang berusia muda. Sebenarnya negara mengalami kerugian jika kehilangan satu nyawa akibat kemalangan - kerugian dari segi hilangnya satu tenaga muda, kerugian trauma untuk keluarga mangsa, kerugian kos penyelenggaraan tempat kemalangan, kerugian masa dan tenaga yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk menyelesaikan satu-satu penyiasatan terhadap kes kemalangan tersebut.

Jadi, bagaimana cara yang harus dilakukan untuk mengatasi masalah ini? Saya yakin pelbagai kajian dan analisis telah dibuat. Namun setiap kali ops sikap dijalankan tidak ada berita yang menggembirakan. Persoalannya, kenapa? Seorang sahabat saya dari Tokyo University yang kini telah kembali bertugas di German dalam satu “debat” ringkasnya dengan saya, masalah kemalangan jalan raya atau pelanggaran peraturan keselamatan hanya dapat diatasi dengan enforcement yang ketat. Beliau mengambil contoh, Jepun yang tidak mengenal kompromi dalam mengambil tindakan kesalahan lalu lintas. Apabila di kenakan kompaun contohnya akibat kesalahan meletakkan kereta di tempat yang tidak dibenarkan, tidak ada rayuan atau belas kasihan dengan jumlah kompaun yang perlu dibayar. Harga kompaun di Kyoto dalam 15,000 yen. Saya yakin di Tokyo mungkin lebih mahal. Jika kompaun tidak dibayar dalam masa yang ditetapkan, harga kompaun akan digandakan menjadi 30,000yen. Jika masih tidak berbayar, ia akan naik sekali ganda lagi menjadi 45,000 yen. Hingga akhirnya kemungkinan lesen memandu akan ditarik terus.

Isu kemalangan jalan raya ini juga pernah saya bincangkan dengan sensei yang menjadi examiner thesis saya. Apabila saya ditanya bagaimana rakyat Malaysia mendapatkan lesen memandu, jawapan saya ialah dengan pergi ke Sekolah Latihan Memandu sama seperti di Jepun. Sensei tersebut bertanya lagi, bagaimana jika individu tersebut melakukan kesalahan lalu lintas, apa tindakan yang dikenakan dan bagaimana ia mempengaruhi pemilikan lesen memandu ? Saya menjawab bahawa saya kurang pasti tentang sistem de-merit di Malaysia jika ia telah dilaksanakan atau belum. Saya memberitahu bahawa di Malaysia, kita digalakkan membayar saman dengan adanya sistem diskaun. Sensei kelihatan terkejut. Sebenarnya, untuk mendapat lesen memandu di Jepun tidak sukar, tetapi jika melakukan kesalahan lalu lintas, mengalami kemalangan atau sebagainya, individu tersebut akan disuruh menghadiri kelas pembaharuan lesen dengan masa yang lebih lama dari orang lain. Di Jepun, lesen memandu mempunyai jangka masa. Setiap 2 tahun, lesen perlu diperbaharui, perlu menghadiri kelas dan mendengar ceramah keselamatan jalan raya. Ia adalah umpama peringatan atau mengingat kembali apa yang telah dipelajari ketika awal-awal mengambil lesen. Kita tidak mempunyai sistem ini di Malaysia. Apabila saya memberitahu sensei bahawa saya boleh memperbaharui lesen memandu di pejabat pos, memberi gambar terbaru dan membayar sejumlah wang ( yuran memperbaharui lesen dan road tax), sensei sekali lagi terkejut.

“That’s why..that’s why…we need to be reminded about the safety.” Ujar sensei. Maksudnya, untuk memperbaharui lesen, perlu menghadiri ceramah keselamatan jalan raya, dan jika pernah melakukan kesalahan, individu tersebut perlu didenda dengan perlu menghadiri lebih banyak jam ceramah.

Banyak lagi yang perlu dilakukan dan dikaji. Saya tertanya-tanya jika penunggang motosikal sendiri tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan pengguna jalan raya yang lain dan juga sebaliknya. Seingat saya, ketika menghadiri ujian mendapatkan lesen, saya hanya diajar untuk mengendalikan motosikal, tetapi tidak ditekankan untuk bagaimana bertindak balas atau “berkomunikasi” dengan kenderaan yang lain. Saya tidak diajar untuk memilih kedudukan menunggang ketika adanya lori atau kereta di hadapan. Di mana patut saya berada jika saya ingin menunggang lebih dari 60km/h di jalan raya mempunyai 4 lorong 2 hala? Adakah di lorong paling kiri? Atau adakah di bahu jalan di sebelah lorong paling kiri? Bagaimana jika saya cuma mahu membawa dengan kelajuan 40km/h? Adakah pengguna jalan raya lain, peka dengan kehadiran dan kesukaran saya mengendalikan motosikal terutama ketika saya hendak membelok ?

Saya rasa semua ini tidak diterangkan dalam kelas memandu di Malaysia. Banyak pengguna jalan raya belajar dari pengalaman dan “common sense”. Sebenarnya bukan semua pengguna jalan raya mempunyai pengalaman dan “common sense” yang baik. Jadi pada pendapat peribadi saya, pembelajaran tentang berinteraksi atau “communication skills” di antara pengguna jalan raya perlu diterapkan di sekolah-sekolah memandu dan di samping silibus yang ada iaitu menumpu kepada bagaimana mengendalikan sesuatu jentera pengangkutan tersebut.
Untuk menyelesaikan masalah kemalangan jalan raya, tidak dinafikan ia mengambil masa yang panjang. Jepun mengambil masa 45 tahun untuk menjadi sebuah negara yang rendah kemalangan seperti sekarang. Hakikatnya peraturan jalan raya Jepun lebih “complicated” tetapi rakyatnya seperti terpandu untuk mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Saya berharap, dengan banyaknya pendedahan dan berita tentang kemalangan jalan raya di media massa, akan juga disertai dengan lebih banyak informasi bagaimana rakyat dapat membantu untuk mengatasi masalah ini. Bagi pendapat peribadi saya, setiap rakyat Malaysia adalah duta keselamatan jalan raya. Terpulang kepada individu masing-masing untuk memainkan peranan sebagai duta tersebut.

p/s: Doakan public defend saya 21st Feb ini berjalan lancar. InsyaAllah.

2 comments:

rental mobil bandung said...

Salam dari kami di Bandung.Terimakasih

Abeh hungkul said...

mantap mapir juga dihttp://www.lembangoutbound.com