Saturday, June 26, 2010

Cuti bulan madu di Gold Coast, Australia 3


Hari Ketiga

Kami memulakan hari ketiga kami di Gold Coast dengan menunggu van Scenic Hinterland Tours utk membawa kami ke Brisbane. Selain kami ada beberapa keluarga juga turut serta dalam tour ini. Perjalanan dari Gold Coast ke Brisbane mengambil masa kurang dari satu jam dan pemandu pelancong tak putus-putus memberi penerangan. Kami turut diminta memperkenalkan diri utk menjadikan keadaan lebih mesra.

Gambar kenang-kenangan di Kanggaroo Point


Lokasi pertama kami ialah Kanggaroo Point. Menurut pemandu pelancong, tempat itu dahulunya banyak kangaroo tetapi kini telah menjadi kawasan kediaman. Kami mengambil gambar Bandar Brisbane dari puncak kangaroo point ini. Seterusnya kami di bawa ke Chinatown. Oleh kerana masih awal pagi, tidak byk gerai yang telah dibuka. Kami hanya melihat-lihat kawasan sekeliling dan mengamati rekabentuk bangunan yg ada di situ.


Kami kemudiannya di bawa ke Mount Coot-tha dan Brisbane Botanical Gardens. Juga melewati Story Bridge, King Gorge Square dan AnZAC Square. Kami minta di turunkan di Big Wheel Southbank pada waktu leisure selama 1 setgh jam yg diberi utk bertemu Riduan dan keluarganya. Isteri Riduan, Zamzarina telah menyediakan nasi lemak lauk daging. Sangat menyelerakan utk makanan tgh hari itu. Tambahan pula, ini adalah kali pertama saya bertemu Raihan anak sulung mereka yg sgt cute. Raihan suka tersenyum dan tidak mengeluarkan suaranya sehinggalah malam menjelang. Baru dpt dgr suara si Raihan meng-agah2 kami. Raihan tidak byk kerenah dan tidak takut org. Semoga bila besar kelak, Raihan jadi anak yg solehah dan penyejuk hati keluarga Riduan dan isteri.

Bersama Raihan di Southbank Park (gambar atas)

Bersama Zamzarina (gambar bawah)

Oleh kerana tidak puas bertemu sahabat sekerja yg lama x jumpa, kami mengambil keputusan utk tidak mengikut tours yg seterusnya. Sebaliknya, Riduan mempelawa kami ke rumahnya. Kami berpeluang menaiki City Cat iaitu pengangkutan air di Brisbane. Harganya agak mahal utk satu perjalanan. Tetapi bg yg tinggal di Brisbane, menggunakan kad perjalanan pasti lebih murah dan cepat. Riduan membawa kami melewati kawasan yg popular utk melepak di Brisbane dan juga laluannya ke sekolah. Kami sempat membeli sedikit cenderahati utk dibawa pulang. Menggunakan City Cat kami dibawa oleh Riduan ke tempat letak kereta di sebuah kawasan rekreasi dan membawa kami pulang ke rumah. Berbanding dgn rumah saya di Jepun, rumah Riduan jauh lebih selesa dan luas. Kami berehat, bersolat dan bertukar2 cerita.


Setelah bersiap2 dan lelah mulai hilang, kami menaiki kereta menuju pulang ke Gold Coast. Kami singgah solat maghrib di masjid Gold Coast yg berkali ganda besar dari masjid yg kami ada di Jepun, baik di Kobe mahupun Tokyo. Nampaknya mengamalkan ajaran Islam lebih mudah di Australia berbanding di Jepun.


Kemudian kami merancang utk makan malam di sebuah restoran Malaysia. Walaupun makanan agak mahal tetapi ini adalah sebagai tanda kami menyokong perniagaan rakyat Malaysia di rantau org. Juga kami melihat2 di sebuah kedai cenderahati Royal Gift yg diusahakan oleh seorg peniaga berbangsa Cina yg berasal dr Sarawak. Saya sangat berkenan dengan karpet bulu kambing biri-biri yang berharga 45AUD. DI kedai lain ada yang menjualnya sehingga 200AUD!

Setelah menghabiskan masa bersama, kami mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya utk Riduan dan keluarga. Juga pada si kecil Raihan yg menawan hati. Mereka bertolak balik ke Brisbane dgn kereta. Jika ada kesempatan, balaslah kunjungan dgn jalan2 ke Kyoto pula. =).Malam itu, sang suami saya agak kelihatan dan tidur awal. Saya pula menonton Charlie’s Angel hingga tamat. Sungguh cantik pemandangan malam dr koridor bilik kami. Tidak sabar utk mengikuti tour yg seterusnya esok hari.

No comments: