Tuesday, May 11, 2010

Cuti Bulan Madu di Gold Coast, Australia 1

Seems like I take a long rest from blogging…well, our honeymoon trip is like a closing remark to our tedious preparation for the wedding event. I would like to share our honeymoon’s experience in Gold Coast, …not focusing to the honeymoon things but more to the trips and tips, as not it is not many information we can get about trip to Gold Coast in Bahasa Melayu.So here I am going to write about our journey in Malay Language…thee hee hee

But as reminder, to go to Australia from Malaysia you need to apply for visa called ETA. And it can be apply online. Easy and need not to wait for a long time.

Hari Pertama 5/5/2010

Kami bertolak dari LCCT pada pukul 9.25 malam. Kami tiba di Lapangan Terbang Coolanggata dengan pesawat Air Asia X pada 7.15 pagi awal sedikit dari waktu yang dijangkakan. Penerbangan dengan Air Asia selesa kerana kami telah menempah makanan dan comfort kit. Cuma terasa frust dengan ‘portable movie gadget’yang perlu disewa dgn harga RM30 milik penerbangan ini. Cerita-cerita yg ada di dlm gadget tidak sama dgn yg ada dlm ‘guide magazine’. Jadi tips yang pertama, jika menaiki Air Asia utk penerbangan jauh, jgn lupa bawa portable notebook/netbook sendiri jika anda org yg cepat boring. Sebelum fly dload cerita kegemaran anda byk2.

Sebelum mendarat, declaration card yang berwarna kuning akan diedarkan. Jika membawa sebarang makanan, ubat-ubatan etc. kita perlu declare bg mengelakkan ia dibuang. Anjing pengesan turut digunakan bagi memastikan setiap penumpang yg tiba adalah bersih dari dadah. Kami tidak mengalami masalah makanan dibuang atau sebagainya kerana kami cuma bawa 4 tin tuna dan 5 bungkus mee rusky . Kami cuma perlu tunjukkan makanan2 yang kami bawa di dalam luggage. Malah desas desus mengatakan bahawa kastam Australia kasar dan tidak bertolak ansur juga meleset sama sekali. Kami dapat ucapan yang best2 apabila memberitahu purpose kami ke Australia ialah untuk berbulan madu. Walaubagaimanapun, barangan tenusu dan daging mentah adalah tidak digalakkan sama sekali. Jika bernasib baik mungkin lepas, jika tidak mungkin dirampas.

Selepas pemeriksaan keselamatan yg agak lama dan ketat, kami mula mencari ejen transfer yang telah ditempah dari Air Asia. Ejen kami ialah Holiday Tours yang akan membawa kami ke hotel. Bersama-sama kami ialah pasangan dari Kuala Lumpur – Nun Azim dan Haris yang akan menginap di Suntowers Apartment di Surfers Paradise. Mereka membawa bekalan mentah seperti beras kerana apartment penginapan mereka menyediakan dapur untuk tempat memasak. Ia adalah salah satu cara utk berjimat kerana kos makanan di Aussie adalah 3 kali ganda mahal dari Malaysia. Perjalanan dari lapangan terbang ke Surfers Paradise mengambil masa lebih kurang 45minit. Tips yg kedua, jika anda merancang perjalanan dan menempah hotel dengan Air Asia Go, jgn lupa tempah sekali dgn khidmat transferring dari lapangan terbang ke hotel (vice versa) utk memudahkan perjalanan dan ianya lebih murah.

Alhamdulillah, kami tidak mengalami masalah utk check in awal di Vibe Hotel Gold Coast. Bilik kami di tingkat 21 dengan pemandangan sungai Nerang dan juga pantai. Ia berharga RM270 semalam tanpa sarapan pagi dan kami menempahnya dgn Air Asia Go. Lebih murah berbanding tempah melalui laman web Vibe Hotel sendiri. Bilik kami luas, selesa dan pastilah romantic untuk pasangan berbulan madu. Wax Museum betul-betul berada di simpang yang dapat dilihat dari koridor bilik kami.

Pemandgan dari koridor bilik kami - Sg Nerang

Setelah berehat seketika, kami keluar berjalan-jalan untuk melihat sekeliling Surfers Paradise. Tujuan kami ialah mencari liputan wireless. Di bilik, internet hanya dapat digunakan dengan melanggan satu jam 11AUD atau 24jam 22AUD. Juga disediakan ruang computer berintenet dengan satu jam 6AUD. Jadi, kami cuba mencari wireless free kerana kebiasaan pengalaman kami wireless di tempat2 tertentu adalah free. Tetapi ini tidak berlaku di Australia. Akhirnya kami berhenti di Starbuck dan membayar liputan wireless 1jam 3AUD. Menggunakan intenet kami mencari cara ke Australia Fair untuk ke Ming Mei Asean Supermarket utk membeli makanan. Kami ditegur oleh 2 aunties yang mengatakan kami bernasib baik kerana cuaca cerah setelah beberapa hari Gold Coast ditimpa hujan. Setelah berpuas hati dgn maklumat yang kami kumpul, kami sambung berjalan-jalan melewati kedai-kedai cenderamata, melewati Hard Rock Café, dan bergerak menuju ke arah pantai. Sambil-sambil itu, kami kumpul pamphlets di booth tour agent yang mudah di dapati di kawasan pejalan kaki di Surfers Paradise.

Pantai Surfers Paradise - syurga utk peluncur.

Pulang dari berjalan-jalan, kami rasa agak keletihan. Kami berehat dan keluar semula utk ke Australia Fair selepas maghrib dalam lebih kurang pukul 5.30ptg. Malam bermula awal di Gold Coast pada waktu ini kerana ia sedang memasuki musim dingin. Kami menaiki bas di stesen yang berhampiran dan pamphlets ttg khidmat pengangkutan bas di Gold Coast amat membantu. Seperti di Jepun, waktu ketibaan bas dinyatakan di board dan ia dtg tepat pada masanya. Bas di Gold Coast mempunyai satu pintu utk keluar masuk di mana tiket dibeli dari driver bas berkenaan. Untuk memastikan kami akan turun di stesen yang betul, saya bertanya kepada salah seorang penumpang bas dan nasib kami baik kerana dia juga turun di tempat yg sama. Tips seterusnya, jangan malu bertanya jika tidak mahu sesat. Dan sebenarnya tidak perlu bersusah2 utk mencari asean supermarket ini, kerana di surfers paradise juga mempunyai kedai2 runcit yang menjual byk makanan segera Indonesia, kedai kebab dan kedai roti halal.

Kami pulang dari Australia Fair yg rupa2nya hanya sebuah shopping kompleks biasa setelah membeli roti dan air mineral. Oleh kerana malam masih muda, kami menukar pakaian dan kembali berjalan-jalan di Surfers Paradise. Untuk ke Surfers Paradise dari Vibe Hotel kami cuma perlu berjalan kaki tidak sampai 5 minit. Perut sudah merasa lapar dan kami mengambil keputusan untuk mencuba Ali Baba Kebab yang berharga 7AUD ke 8AUD. Sedang kami makan ada sedikit pertunjukan jalanan di hadapan sebuah pub. Setelah makan kami menuju ke satu booth untuk mencari lagi maklumat ttg tour agent yg ada di Gold Coast dan booking tiket masuk ke Movieworld dgn harga 67AUD seorang. Lebih murah 2AUD booking di booth dari membelinya di pintu masuk entrance. Kami turut masuk ke Ripleys Believe It Or Not. Harga asal lebih mahal tetapi kami menggunakan kad student dan dapat masuk dgn harga 18.90AUD seorang. Ada pelbagai perkara pelik yang dikumpul oleh Ripleys dan saya agak seram juga dgn jumlah patung-patung pelik yang byk. Kami pulang ke bilik dan mencari kata putus ttg tours yg akan kami lakukan untuk hari2 seterusnya.

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Shidah said...

huhu jauh 2 honeymonn..
btw lagu yang sebelah dah tak sesuai sebab dah jumpa dah..hehe