Ada beberapa foto sepanjang perjalanan di Tokyo dan Disneysea. Tidak bermakna tinggal di Jepun jika tidak pernah menjejakkan kaki ke Tokyo. Walaupun sebentar cuma, sekurang-kurangnya dapat merealisasi di mata bagaimana rupanya Harajuku, Roppongi, Akihabara yang selalu disebut-sebut.
Ditemani Abang Fahmi dan Kak Yatt (x-SAMURAreans batch 1996) di Disneysea
Gambar atas ; pemandangan masuk ke Takeshita Street, Harajuku.
Gambar di bawahnya; salah sebuah kedai menjual cost play di Akihabara.
Gambar Tokyo Tower di malam hari dan juga Kani bakar yang fuhhh....memang oishii!
Jumaat ini, sensei kembali dari Vienna. Di samping �ekesibukan�f aktiviti luar yang mengujakan, saya cuba-cuba fokus kepada design questionnaire. Membaca dan membaca memang membuatkan mata mudah mengantuk. Tambahan pula, saya bukan �eorang siang�f.
Ketiadaan internet hampir mencecah sebulan, membuatkan saya rasa jauh dari dunia yang menghubungkan dengan orang lain.
Sebentar sahaja sudah merangkak jejak ke bulan Jun. Sudah tiba masa saya perlu lebih banyak berlatih AMOS dan mula menulis. Bulan ini, saya akan ada 2 happyo. Fokus – kadang-kala saya rasa memang bagus jika tiada internet access di rumah. Dan, alhamdulillah�cpapa sudah keluar dari hospital setelah 3 hari ditahan di wad kerana tiba-tiba diserang sakit dada. Dalam keghairahan hidup, sebenarnya di setiap bahu ini terpikul banyak tanggungjawab.
3 comments:
wooohoooo! suke dress kak nor! i like!
Waduh mung... Gambo costplay pun mung upload kah? Hebat, cemerlang, gemilang sungguh mung nih.
BTW, batch 96 eh? Muda nyer aku... baru ingat nak saman, tp kensel xjadiks.
Sedapnyer sushi tuh... bila ler nak p mkn lg eh Adek Enn?
owh silap aaa...batch 95 kana?
nak makan sushi...jemputla dtg kyoto...yoroshiku
Post a Comment