Kisah turun naik perjuangan dan pengalaman saya mengejar PhD di Kyoto University, Jepun. Kadang-kala ada watak teman-teman lain yang menyeri kehidupan, kerana kehidupan insan fitrahnya tidak pernah bersendirian. Bahasa yang digunakan tidak formal dan lebih kepada bentuk diari. Sesungguhnya dengan cara mengingati apa yang berlaku, melatih minda menjadi fokus terhadap sesuatu. Saya akan cuba berhati-hati untuk tidak menyakiti hati mana-mana pihak, dalam blog ini.
Friday, July 25, 2008
Bila tuhan berbicara dan bila kita berbicara pada tuhan
Saya keliru dengan perasaan sendiri. Risau dan gelisah. Kadang-kala mengundang air mata. Saya tanya pada diri...mengapa? Mengapa saya risau sedangkan saya tahu makna mehnah dan ujian kesabaran. Diri perlu tabah dan sabar. Tapi benar tabah dan sabar itu terlalu pahit. Kepahitannya mampu membunuh senyuman yang terukir. Juga mematikan gelak tawa dengan tiba-tiba.
Risau dan gelisah itulah makna kasih sayang. Kasih sayang yang tak mungkin sama walau dengan segunung intan. Kasih sayang insan-insan yang bernama ibu dan ayah. Wajar bukan, jika saya rasa 1001 macam perasaan saat ayah saya kesakitan terlantar di hospital. ... Dan ibu yang kian keletihan saban hati melaksanakan tanggungjawabnya. Semoga Allah ampuni dosa kedua mereka dan merahmati mereka hingga ke syurga.
10 hari mama ulang alik dari Muar ke Hospital Pakar di Melaka sendirian. Pagi ke sekolah, petang hingga malam menemani papa di hospital. Kemudian menghantar Syahmi ke sekolah dan tuition. ....dan saya tiada di saat-saat tenaga saya diperlukan.
Saya cuma mampu memberi perangsang buat mama. Setelah bertahun-tahun Allah beri kita nikmat kesenangan. Satu hari Allah tarik sedikit. Kita harus redha - kerana tiada satu apa pun yang sebenarnya mutlak milik kita. Kita diuji sedikit sebagai tanda kasihNya pada kita - DIA sedang berbicara pada kita sekeluarga - pada papa khasnya.
Juga pada Syahmi yang akan menghadapi SPM tahun ini. Walaupun dia yang bungsu, tak mustahil dia yang bakal menjadi anak yang paling kuat semangatnya. Atau paling tinggi tawakalnya. Semoga saya juga sentiasa kuat mendoakan mereka dari jauh. Ini adalah makna apa itu darah daging.
InsyaAllah, Selasa minggu hadapan, papa akan menghadapi major operation penggantian injap jantung. Papa perlu membersihkan gigi selama 2 hari sebelum menjalani pembedahan. Mama kata, hari ini papa asyik nangis. Papa takut sakit... Tapi papa harus kuat. Kasihan mama menghadapi hari-hari yang menguji mental, fizikal dan emosi.
Masa yang berlalu jadi begitu perlahan untuk bertemu titik kembali ke Malaysia. Beberapa bulan dulu, papa sihat. Tidak sampai setahun saya di Jepun keadaan berubah terus. Saya ingin papa sihat semula. Semoga Allah tidak menguji di luar kemampuan kami sekeluarga. Kami masih perlukan papa. Tambahan, masa saya di Jepun masih lagi panjang.
Saya serahkan doa dan harapan pada tuhan yang Esa. Kiranya, saya jarang-jarang berbicara denganNya - menyatakan cinta kepadaNya - mengagungkanNya - mencariNya - mendambakan Nya ...maka Dia datang berbicara dengan saya dengan ujian ini.
Friday, July 18, 2008
papa ...
Hari ini memang seharusnya menjadi hari yang indah. Saya berjaya ke lab, meneliti dan membaca istilah yang kadang-kala tidak saya fahami. Saya masih ada 2 minggu untuk sintesiskan LR yang telah saya lakukan sebagaimana yang diarahkan sensei. Perasaan yang agak selesa berada di lab pada hari ini.
Saya pulang ke rumah sebaik sahaja saya mulai terasa lapar. Hajat di hati hendak memasak seperti biasa. Sebelum itu, sempat saya relaks kan diri,makan coklat sambil menonton TV3 secara online siaran Al-Kulliyah dengan tajuk akad nikah. Saya jadi sedikit excited. Dalam usia begini siapa yang tidak terfikir untuk berkahwin. Lantas saya teringatkan mama yang rajin menonton siaran Al-Kuliyyah petang-petang begini. Berangan-angan jika suatu hari ada rezeki saya berkahwin, papa akan jadi walinya. Saya telefon ke rumah dengan girang.
Tetapi apa yang saya jangkakan tidak berlaku. Adik yang mengangkat telefon. Papa dimasukkan ke hospital lagi. Kali ini di Southern Hospital Melaka. Adik tinggal sendirian di rumah. Mama dan Uda menemankan Papa di hospital. Segera saya membuat panggilan terus kepada Papa.
Kali ini injap jantung Papa dikenalpasti mempunyai kuman yang menyebabkan berlakunya pembekuan darah. Ada masanya darah yang beku tertanggal dan masuk ke dalam kitaran darah menyebabkan Papa selalu rasa sakit dan lesu. Saya rasa Papa cuba menahan sebak ketika bercerita. Saya tahu....
Apa yang saya kesalkan, saya selalu ditakdirkan untuk tidak ada bersama keluarga saat-saat begini. Saya selalu menjadi orang yang berada jauh saat mama perlukan orang untuk membantu. Papa akan ditahan di wad selama 2 minggu. Jika kuman yang ada tidak dapat dihilangkan secara ubatan biasa, Papa akan menjalani major operation. Saya kenal Papa saya. Dia mesti takut. Dia takut sakit. Tapi Tuhan biasanya menguji apa yang paling kita takutkan.
Alhamdulillah, hikmah Uda dapat sambung degree di UTeM Melaka. Dekat untuk jengok-jengok Papa pada hari-hari biasa. Kasihan mama, urusan sekolah dan Syahmi yang perlu menghadapi peperiksaan SPM tahun ini.... Saya selalu ditakdirkan untuk tidak ada bersama-sama keluarga saat diperlukan. Walaupun Uda selalu kami anggap degil, tapi, dalam situasi begini, selalunya Uda yang bersama-sama mama dan papa. Semoga saya akan sentiasa ingat pengorbanan yang adik-adik saya lakukan saat saya jauh ini. Semoga saya akan sentiasa ingat ......
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga. Mama dan Papa adalah kekuatan dalam perjuangan saya. Tetapi saya jarang berada di sisi mereka pada saat-saat sukar. Semoga doa saya untuk kesejahteraan, kesihatan, kemudahan, kesenangan hati, keampunan, dan segalanya untuk mereka diperkenankan Allah. Semoga mereka diberikan kesihatan dan kekuatan. Keampunan dan kerahmatan. Mereka adalah kekuatan saya, kegembiraan saya dan tempat saya mengadu segala cerita hidup ini. Kegembiraan mereka adalah ketenangan buat saya. Saya nak jadi anak yang lebih baik .....

Semoga Allah sentiasa bersama kami. Amin.
Monday, July 14, 2008
risk and uncertainty

sekadar gambar hiasan
Sunday, July 13, 2008
what is my level
Nur,
I think the review is well done. You will now have to work on the "synthesis." Especially, think about:
-What has been found out in the past to answer questions you might have had in your subject area?
- What are the questions that you have which have not been addressed/answered?
- Are there any limitations or weaknesses in the previous research that should be improved to address the questions you may have?
You will have to improve your English. Study basic English grammar. Most of the time I understand what you write, but you write in broken English, which of course will not do when you write academic papers or when you give formal presentations.
Looking forward to seeing you tomorrow.
RK
Kan best jika mama dan papa ada di sisi, memberi kata-kata perangsang. Kadang-kala bukan 'tidak boleh buat' yang jadi masalah tetapi dek kerana kurang konfidensi. English saya memang teruk. Saya admit. Hurm...sedih. =(.
Friday, July 11, 2008
perkara paling susah
waktu ini, memang teringat rumah di malaysia yang luas ruangnya. nak tergolek, berlari, main bola sepak (ayat emosi) pun boleh. ada pula macam-macam bunyi, lebih-lebih lagi kalau hari minggu. bunyi burung-burung kecil kepala kuning yang selalu memuntahkan najis atas kereta, bunyi ayam main kejar-kejar, bunyi kucing main tepi parit, bunyi mama betulkan pasu bunga atau sidai baju, paling tidak pun bunyi adik bukak tv kuat-kuat. kadang-kala bunyi kereta mak cik mala ( jiran sebelah) balik. bosan di satu ruang, boleh maju ke ruang lain. selalunya ruang tamu jadi port saya. sebesar-besar alam dengan kipas siling terbuka, saya akan bentangkan dengan laptop segala nota. sampai mama jerit " dah la enn, tolong masak dulu!". satu perkara indah bila dapat dengar suara ibu membuat sound track.
beza dengan suasana di nihon. sunyi. sepi. kadang-kala pelik mengimaginasikan interaksi mereka dengan alam luar. jarang betul lepak-lepak di depan rumah.
sabishin dayo! sampai rasa marah dengan diri kerana tidak boleh fokus dengan kenkyuu. sampai rasa nak berjujuhan air mata tapi ditahan jua. waktu demi waktu bertukar. kadang kala rasa masih berdiri di tempat yang sama. walau bagimana maung pun telan sendiri. jika diluah ( melalui lisan) takut jadi semakin pahit. lagipun usia menginjak dewasa, menangani masalah pun dengan cara dewasa.
itulah harga yang perlu dibayar untuk jadi lebih matang dalam hidup. PhD kah segala-galanya? jawapannya tentu sekali bukan.....

kalau di tatap lama-lama wajah kedua ibu ayah, mengira bilangan kedut usia di wajah mereka, tidak boleh tidak...air mata pasti berjujuhan jua. sigh!
Wednesday, July 9, 2008
jangan takut untuk bersedia

Berikutan semakin ramai yang menunjukkan minat untuk belajar di Jepun, Kyoto Universiti khasnya, saya dedikasikan catatan ini untuk mereka. Ramai yang tidak tahu tentang sistem dan persediaan yang sepatutnya dilakukan. Ia agak berbeza sedikit dengan sistem di UK. Saya merujuk kepada UK kerana ramai teman-teman akademik yang lebih selesa melanjutkan pelajaran di sana. Saya cuma menggesa agar kita berani mencuba teroka satu tempat yang jarang orang lain ‘berani’ pergi. Apabila kita pulang nanti, setidak-tidaknya kita tidak membawa ideologi yang sama. Juga seronok untuk menceritakan pengalaman yang berbeza. Yang paling penting ialah melatih diri menjadi Melayu yang berani menjadi mutiara walau di mana pun berada. Lari lah dari zon selesa, maka anda akan jadi lebih dewasa dengan pengalaman.
Walaubagaimanapun, Jepun satu tempat yang baik untuk menimba - baik ilmu mahupun pengalaman. Saya pilih Jepun sebagai lokasi PhD kerana saya tertarik dengan budaya negara ini. Tetapi belum banyak peluang untuk mempelajarinya secara dalam. Baiklah, saya ceritakan serba sedikit apa yang perlu dan akan dibuat sebaik sahaja tiba di Jepun. Sekadar memberi imiginasi permulaan.
1. Sebelum berangkat,pastikan anda sudah mempunyai tempat tinggal atau asrama. Urusan ini biasanya dilakukan oleh pihak lab yang menerima anda. Penginapan untuk ryugakusei yang baru datang biasanya ditempatkan di asrama. Ini penting kerana alamat asrama ini akan digunakan untuk membuat segala dokumen. Penuntut lain di Jepun tidak dapat menumpangkan dalam tempoh masa yang lama kerana keadaan rumah yang agak kecil. Ini akan menyebabkan anda yang keletihan akibat penerbangan yang panjang menjadi tidak selesa. Jadi untuk lebih selesa, pastikan urusan penginapan anda sudah selesai sebelum tiba. Jika anda tiba di Nihon pada hari cuti umum, pastikan ada individu yang bertanggungjawab untuk menyerahkan kunci bilik anda. Bagi bakal penuntut di Kyoto University, anda boleh semak di website daigaku tentang penginapan.
2. Pastikan segala urusan dengan universiti dan KPT telah pun selesai. Bawa sedikit duit yen dalam bentuk cash dari cek 776,250yen yang anda dapat itu untuk kemudahan.
3. Pastikan juga, lab anda telah menempah pengangkutan dari lapangan terbang ke asrama untuk anda.
4. Kebiasaannya, lab akan membayar seorang tutor untuk membantu anda menyelesaikan urusan-urusan dokumentasi dan sebagainya. Jadi anda tidak perlu bimbang, cuma pastikan anda memintanya dari lab anda. Tutor ini akan dibayar oleh lab, jadi sepatutnya individu tersebut membantu sedaya yang boleh.
5. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membuat alien card yang berupa seperti kad pengenalan di Jepun. Di atas Alien card akan tertulis status anda mengikut yang tertera di visa. Maka seelok-eloknya datang sebagai research student atau PhD terus. Jika selain dari status ini, anda akan mengalami masalah dengan pihak kedutaan dari segi pembiayaan yuran dan biasiswa. Alien card ini diperlukan bagi individu yang hendak menetap di Jepun lebih dari 90 hari. Anda akan diminta menunggu selewat-lewatnya 3 minggu untuk card ini siap, bergantung kepada musim kemasukan. (Oktober ialah permulaan semester baru dan banyak pendaftaran dari pelajar asing). Anda perlu membeli dokumen pengesahan mengikut keperluan anda. Ini penting untuk membuka akaun bank dan membeli keitai.
6. Dengan hanya 0 yen, anda boleh membuka mana-mana bank. Bank ini bertujuan untuk kemasukan biasiswa oleh pihak kedutaan.
7. Keitai (handphone) hampir keseluruhannya hanya boleh dipakai di dalam Nihon sahaja. Untuk membuat keitai anda perlukan dokumen pengesahan atau alien card, buku bank dan visa.
8. Jangan lupa hantarkan alamat kediaman, no tel, nombor akaun kepada kedutaan dan KPT.
http://www.msaj.net
http://www.ipij.info
Atau boleh join yahoogroups seperti malaysiainjapan@yahoogroups.com untuk mendapat maklumat lebih lanjut.
9. Pelajari sedikit bahasa Jepun untuk memudahkan keadaan. =) Ada banyak lagi perkara yang perlu dipelajari sebaik sahaja tiba di Jepun. Tidak perlu beli banyak-banyak baju panas, kerana Jepun selalu update dengan fashion. Yang penting, bawa bekalan makanan rempah-ratus kesukaan anda. Paling tidak pun, jangan lupa menjamah KFC atau McD sebelum berlepas. Kerana anda pasti akan rindukan semua itu kelak. Jangan lupa bawa sejadah, kompas, dan al-quran. Itu adalah keperluan nurani yang paling utama!
Yang penting, perlu cekal. Bukan selalu kita akan bernasib baik. Tetapi jika Allah permudahkan jalan, jangan lupa ucapkan Alhamdulillah.
p/s: seronok setelah hampir setahun di Nihon.
Sekian.
hari pertama di Mukaijima Gakusei Center dapat katil patah! bilik yang pernah dihuni oleh Nashrah Hani dua tahun sebelumnya. Mungkinkah?
gambar diambil dari pintu masuk bilik.
Thursday, July 3, 2008
Zoe ... pilihla Abang Hussein Mentibang!

