Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
What a very long fuhh!! Cerita ini bermula last week apabila saya masuk ke dalam bilik SV dgn penuh harapan dan kesungguhan untuk menjelaskan apa misi saya untuk 2010 ini. Saya sudah siap dengan lists untuk beberapa journals and conferences yang saya target untuk thn ini. Dan juga future study yang bakal saya buat dalam masa beberapa minggu sebelum berakhirnya bulan Mac. Saya juga berharapan agar dapat berdiskusi tentang apa yang saya patut tulis untuk dissertation saya.
Oh ... dan rupa-rupanya lain yang berlaku. Tiba di bahagian future study, sv mendpati selama ini saya tidak menggunakan analysis ordinal logit model sebaliknya menggunakan binary logit. SV jadi marah dan saya dihalau keluar dengan beliau meninggalkan saya dengan alasan tidak mempunyai masa. Sedangkan saya baru bertemu beliau tidak sampai 30 minit. Saya disuruh membetulkan semula semua analisis. Actually, saya baru tahu tentang kewujudan ordered logit 2 hari sebelum berjumpa beliau. Sebelum ini saya menganalisis menggunakan binary logit kerana itu yang tertulis di dalam buku statistik menggunakan SPSS yang saya ada. Seriousa, saya belajar ttg tools apa yang patut saya gunakan dengan sendiri. Saya decide sendiri , buat revision sendiri dan mencari bahan sendiri bagi menyelesaikan masalah research yang saya reka frameworknya sendiri. Paling menyakitkan dalam proses ini ialah, saya tidak mempunyai tempat berbincang selain SV yang sibuk, kerana sayalah satu-satunya student PhD di dalam lab itu. Agak sukar meminta penjelasan dari teman-teman se lab yang berbangsa Jepun. Seperti itik bercakap dgn ayam belanda. Ohhhhhhhhhhh......saya memang byk belajar melalui kesilapan dlm proses ini.
Sejak minggu lepas, saya bekerja siang dan malam membetulkan analisis. Dan paling memenatkan ialah bahagian memperbetulkan jurnal yang telah ditulis. Saya baru sahaja email kepada sv. Ini tidak bermakna kerja telah selesai. Pasti ada saja pembetulan demi pembetulan. Masih byk kerja bertimbun yang perlu dilakukan. Saya mengharapkan masa berjalan dengan laju, dan saya mampu berlari laju bersama-sama masa. Tidak sabar mahu menghabiskan kehidupan di Jp ini....
p/s: Karada = body.