Saturday, June 26, 2010

Cuti bulan madu di Gold Coast, Australia 3


Hari Ketiga

Kami memulakan hari ketiga kami di Gold Coast dengan menunggu van Scenic Hinterland Tours utk membawa kami ke Brisbane. Selain kami ada beberapa keluarga juga turut serta dalam tour ini. Perjalanan dari Gold Coast ke Brisbane mengambil masa kurang dari satu jam dan pemandu pelancong tak putus-putus memberi penerangan. Kami turut diminta memperkenalkan diri utk menjadikan keadaan lebih mesra.

Gambar kenang-kenangan di Kanggaroo Point


Lokasi pertama kami ialah Kanggaroo Point. Menurut pemandu pelancong, tempat itu dahulunya banyak kangaroo tetapi kini telah menjadi kawasan kediaman. Kami mengambil gambar Bandar Brisbane dari puncak kangaroo point ini. Seterusnya kami di bawa ke Chinatown. Oleh kerana masih awal pagi, tidak byk gerai yang telah dibuka. Kami hanya melihat-lihat kawasan sekeliling dan mengamati rekabentuk bangunan yg ada di situ.


Kami kemudiannya di bawa ke Mount Coot-tha dan Brisbane Botanical Gardens. Juga melewati Story Bridge, King Gorge Square dan AnZAC Square. Kami minta di turunkan di Big Wheel Southbank pada waktu leisure selama 1 setgh jam yg diberi utk bertemu Riduan dan keluarganya. Isteri Riduan, Zamzarina telah menyediakan nasi lemak lauk daging. Sangat menyelerakan utk makanan tgh hari itu. Tambahan pula, ini adalah kali pertama saya bertemu Raihan anak sulung mereka yg sgt cute. Raihan suka tersenyum dan tidak mengeluarkan suaranya sehinggalah malam menjelang. Baru dpt dgr suara si Raihan meng-agah2 kami. Raihan tidak byk kerenah dan tidak takut org. Semoga bila besar kelak, Raihan jadi anak yg solehah dan penyejuk hati keluarga Riduan dan isteri.

Bersama Raihan di Southbank Park (gambar atas)

Bersama Zamzarina (gambar bawah)

Oleh kerana tidak puas bertemu sahabat sekerja yg lama x jumpa, kami mengambil keputusan utk tidak mengikut tours yg seterusnya. Sebaliknya, Riduan mempelawa kami ke rumahnya. Kami berpeluang menaiki City Cat iaitu pengangkutan air di Brisbane. Harganya agak mahal utk satu perjalanan. Tetapi bg yg tinggal di Brisbane, menggunakan kad perjalanan pasti lebih murah dan cepat. Riduan membawa kami melewati kawasan yg popular utk melepak di Brisbane dan juga laluannya ke sekolah. Kami sempat membeli sedikit cenderahati utk dibawa pulang. Menggunakan City Cat kami dibawa oleh Riduan ke tempat letak kereta di sebuah kawasan rekreasi dan membawa kami pulang ke rumah. Berbanding dgn rumah saya di Jepun, rumah Riduan jauh lebih selesa dan luas. Kami berehat, bersolat dan bertukar2 cerita.


Setelah bersiap2 dan lelah mulai hilang, kami menaiki kereta menuju pulang ke Gold Coast. Kami singgah solat maghrib di masjid Gold Coast yg berkali ganda besar dari masjid yg kami ada di Jepun, baik di Kobe mahupun Tokyo. Nampaknya mengamalkan ajaran Islam lebih mudah di Australia berbanding di Jepun.


Kemudian kami merancang utk makan malam di sebuah restoran Malaysia. Walaupun makanan agak mahal tetapi ini adalah sebagai tanda kami menyokong perniagaan rakyat Malaysia di rantau org. Juga kami melihat2 di sebuah kedai cenderahati Royal Gift yg diusahakan oleh seorg peniaga berbangsa Cina yg berasal dr Sarawak. Saya sangat berkenan dengan karpet bulu kambing biri-biri yang berharga 45AUD. DI kedai lain ada yang menjualnya sehingga 200AUD!

Setelah menghabiskan masa bersama, kami mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya utk Riduan dan keluarga. Juga pada si kecil Raihan yg menawan hati. Mereka bertolak balik ke Brisbane dgn kereta. Jika ada kesempatan, balaslah kunjungan dgn jalan2 ke Kyoto pula. =).Malam itu, sang suami saya agak kelihatan dan tidur awal. Saya pula menonton Charlie’s Angel hingga tamat. Sungguh cantik pemandangan malam dr koridor bilik kami. Tidak sabar utk mengikuti tour yg seterusnya esok hari.

Cuti bulan madu di Gold Coast, Australia 2

Delayed post.

Continue .... =)


Hari Kedua


Waktu subuh di Gold Coast awal. Jadi kami tidur semula seusai Subuh dan apabila kami bangun semula pada jam 7.30pagi, hari telah pun cerah benderang dgn jalan-raya yg telah sibuk. Kami bersiap untuk ke salah satu tour booth utk mem-booking pakej yg kami rasakan menarik untuk keesokkan hari dan hari2 seterusnya. Plan kami utk hari kedua adalah ke taman tema. Gold Coast mmg terkenal dgn taman temanya. Ttp bg kami, cukuplah sekadar satu taman tema sahaja. Bagi yg menggemari taman tema, tiket pas masuk lebih murah jika dibeli mengikut pakej yg disediakan. (Boleh rujuk di google dgn kata kunci wet n wild@ dreamworld @movieworld gold coast). Sebenarnya pagi itu, tujuan pertama kami ialah ke Paradise Country. Tetapi oleh kerana laluan bas TX2 tidak berhenti di Paradise Country ttp sebaliknya di Movieworld, jadi kami menapak sejauh 0.5km. Harga tiket bas pergi balik dr Vibe Hotel ke Movieworld ialah 10AUD. Wet n Wild, Australia Outback Spectacular dan Movieworld adalah bersebelahan tetapi pintu masuk masing-masing terletak agak jauh. Lokasi ketiga-tiga taman tema ini, dibina di kawasan yg jauh dari tapak komersil atau taman perumahan.

Sepanjang kami menapak ke Paradise Country, kami melewati kandang-kandang kuda, unta dan kambing biri2. Harga tiket masuk ke Paradise Country dlm 19AUD seorang. Kami dibawa menaiki bus train (spt yg ada di zoo Negara) ke dlm Paradise Country. Sewaktu kami tiba, satu acara pertunjukan telah berakhir iaitu bagaimana cowboy menyalakan api untuk memasak. Pertunjukan seterusnya cara-cara mengendalikan kuda dan bergambar dgn anak unta berwarna hitam. Kemudian, pertunjukan mengendalikan cemeti , boomerang dan anjing pengawal kambing biri2. Ada juga demonstrasi memerah susu lembu. Kami bergambar dan turut mencuba memerah susu lembu. Kemudian demonstrasi mencukur bulu kambing biri2 dipersembahkan. Saya

sgt teruja dan berkesempatan memegang pelbagai jenis kambing biri2. Mutu bulu kambing biri2 adalah berdasarkan jenisnya.Seterusnya, kami makan tgh hari yg disediakan. Kami memilih hidangan BBQ ikan dan makan hingga kenyang kerana kami akan menapak balik ke Movieworld. Kami sempat berkenalan dgn 2 org pelancong dr Singapura. Sebelum melangkah keluar dari Paradise Country, kami sempat melihat-lihat kangaroo dan koala. Mereka sgt comel.


Cuaca pada pukul 1 tghhari agak panas. Kami berharap agar ada yg sudi menumpangkan kami ke Movieworld. Syukur Alhamdulillah, sebuah kereta merah berhenti untuk menumpangkan kami. Steven dan pasangan berasal dr KL telah bercuti di Brisbane selama 2 hari. Itu adalah hari pert

ama mereka di Gold Coast. Mereka menyewa kereta dgn kos 49AUD utk 2 hari. Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka dan berpisah apabila smpai di pintu masuk Movieworld.Agenda pertama kami ialah menyaksikan Hollywood Stunt. Memang superb !!!

Sebenarnya Movieworld jauh lebih kecil berbanding Universal Studio Japan. Oleh kerana hari itu ialah hari Jumaat, pengunjung pun tidak terlampau ramai.Namun masih perlu beratur utk bergambar dgn Marilyn Monroe, Cat Woman dan Super Friends. Saya sempat mencuba Scooby Doo Ride, Batman Ride dan tayangan 4D Shrek. Untuk mencuba roller coaster Superman Escape saya dan pasangan langsung tidak berani. Taman tema ini tutup pada pukul 5 petg. Kami solat jamak di musolla yg disediakan dan berangkat pulang dgn bas menuju ke hotel.

musolla di movieworld


Setelah berehat dan solat jamak,pada pukul 6.30ptg kami keluar utk mencari nite market yg dikatakan ada di persisir pantai surfers paradise setiap hari Selasa dan Jumaat. Agak lama mencari akhirnya kami dpt melihat brg2 buatan tgn yg dijual di nite market tersebut. Tidak byk yg boleh dibeli sekadar hanya mencuci2 mata. Kami terserempak dgn Nun Azim dan Haris. Kami minta nombor telefon tour agent dan diajak oleh mereka utk lepak di Starbuck. Mereka turut mnyewa kereta utk 2 hari. Kami saling bertukar pengalaman dan cerita dan pulang ke penginapan masing2 lebih kurang jam 8.30 malam. Saya dan pasangan mengambil keputusan utk menyewa internet utk 24jam. Malam itu kami berehat di bilik dan melayari internet. Saya mengambil kesempatan utk menghubungi Riduan dan mengatur janji temu di Brisbane.