Monday, May 19, 2008

A point of risk

Hari ini saya meneruskan tugasan harian dalam kenkyuu. Sambil-sambil mendesign soalan questionnaire yang gerak kerja baru 10 peratus, saya baca laman-laman forum bikers. Mengenalpasti behavior dan masalah riders dan bikers melalui journal sahaja mungkin tidak mencukupi. Dengan adanya forum dan blog sedikit sebanyak membantu saya mencari idea persoalan yang sesuai untuk diketengahkan.

Ketika belajar di UKM dulu saya merupakan seorang rider. Alhamdulillah, saya tidak pernah kemalangan teruk. Paling menggerunkan pun hanya stand motor yang tertusuk ibu jari kaki hingga kuku saya 'berdiri' 90 darjah dari paksi kulit. Ada beberapa kali seingat saya, saya hampir tergelincir, tetapi saya berjaya kawal motosikal untuk tidak terjatuh. Saya memang menunggang dengan laju dan merbahaya. Saya rasa kawan-kawan sekampus dulu masih ingat bagaimana cara saya menunggang motor. Saya berdarah panas dan kerap melepaskan geram dengan menunggang selaju mungkin. Ada masanya saya cuba-cuba aksi mengimbang motosikal dengan melepaskan kedua belah tangan dari handle. Paling kerap ialah 'pressing' ketika menanti di lampu merah. Mengingati semua itu menyebabkan saya cuba mengesan semula faktor-faktor yang mempengaruhi.

Kenkyuu berkenaan penunggang motosikal dan risiko banyak memberitahu saya perkara yang saya tidak pernah ingin ambil tahu. Mungkin kerana saya tidak pernah mengalami kemalangan jalan raya. Mungkin juga kurang pengetahuan tentang bahaya yang menanti. Mengkaji sekian banyak journal, mengenalpasti perlakuan merbahaya penunggang-penunggang motosikal dan mencari penyebab kepada faktor-faktor dalam kajian membuatkan saya sedar, jika saya mengetahui semua ini dengan lebih awal, saya mungkin akan menjadi seorang motosikal yang lebih berhati-hati.

Hanya dengan terlupa memeriksa kondisi tayar, signal, atau cermin boleh menyebabkan diri terlibat dalam kecelakaan. Satu fakta risiko yang biasanya diketahui tetapi malas untuk difikirkan oleh penunggang motosikal.Kelab-kelab motosikal yang berdaftar, juga majalah-majalah motosikal mampu membantu membawa perspektif keselamatan kepada para penunggang. Terutamanya yang masih muda belia dan berdarah panas seperti saya. Laman forum juga banyak membantu. Tetapi kurangnya saluran ke arah maklumat ini, maka banyak penunggang motosikal seperti saya dihasilkan. Yang bertuahnya, saya masih hidup hingga ke hari ini.

Life without risk is about life without sensation! But, you must know the deservation from that risk...

Rekabentuk helmet untuk lady bikers di Malaysia. Sumber dari malaysianbikers.com.my

Wednesday, May 14, 2008

Mengapa saya perlukan usrah.

Buat masa ini, saya akan melalui hidup yang berlainan tanpa adanya sambungan internet di rumah. Mungkin mengambil masa sebulan atau lebih. Beberapa hari yang berlalu menjadi begitu berbeza tanpa ada satu-satunya medium hiburan paling penting bagi orang-orang seperti saya. Ketiadaan basikal dan internet membenihkan keinginan untuk memiliki scooter. Lebih mudah jika saya mempunyai satu medium lain yang menyenangkan saya ulang alik ke makmal. Tetapi, ….

Wang bukan masalah untuk menjadikan hidup selesa, mungkin, tetapi …..

Keselesaan selalu membuatkan kita lupa pada tujuan asal. Keselesaan tidak mampu membenihkan rasa sabar dan nikmat sebenar sebuah perjuangan. Keselesaan selalunya membunuh fokus. Keselesaan menyebabkan kehidupan saya hilang ‘spices’. Tetapi saya tidak tahu sampai bila saya boleh bertahan dalam kondisi ketiadaan sambungan internet dan perlu lebih dependent pada kedua belah kaki. Tanpa internet hidup memang terasa sedikit sunyi, tetapi kesunyian itu sebenarnya sangat indah.

Mengapa sunyi boleh jadi indah. Dengan kesunyian dan kesepian sebenarnya pandangan tentang hidup akan lebih terfokus. Akan lebih serius.

Pada minggu yang lalu, alhamdulillah, dikuatkan juga kaki saya melangkah mencari sumber internet untuk satu tujuan yang baik. Akhirnya termakbul satu usrah online yang disertai oleh adik Inda dari Nagoya, adik Meen dari Ibaraki, Farah dan saya dari Kyoto. Usrah online lebih santai tetapi ia adalah satu permulaan yang bagus untuk sebuah hati yang kering dan tandus dari ilmu pengisian rohani.

Usrah bukan sesuatu yang berat. Usrah di ambil dari perkataan bahasa Arab yang membawa maksud ‘keluarga’. Menurut Imam Hassan Al Banna, rukun-rukun usrah terdiri dari 3 bahagian iaitu taaruf ( berkenalan), tafahum ( bersefahaman) dan takaful (saling bantu membantu). Inda sebagai naqibah pada usrah yang lalu telah mengenalkan kami kepada 5 M dalam menuju ketaqwaan iaitu muahadah (perjuangan), muraqabah (ihsan), muhasabah, muaqabah (deraan/denda) dan mujahadah. Walaupun usrah dalam keadaan conference YM yang santai tetapi ia cukup bermakna buat saya.

Saya mengenali usrah semenjak di zaman persekolahan. Tetapi aktiviti usrah lebih aktif apabila saya berada di Pusat Matrikulasi Kuala Pilah. Kemudian, apabila menjadi penuntut di UKM, bilik saya di kolej kediaman Ibrahim Yaakob bersebelahan dengan musolla yang memang aktif dengan aktiviti usrah. Tiada aktiviti usrah ketika saya menjadi pelajar master di UTM dan ketika bertugas di UTHM, kadang kala saya mengikuti kelas tajwid untuk staf (walaupun tidak ramai yang mempunyai inisiatif untuk mengikuti). Agak lama juga saya tidak mengikuti usrah. Terus terang saya katakan, saya tidak pernah istiqamah dengan usrah. Saya ikuti apabila saya rasa saya perlu ikut. Saya tinggalkan apabila saya rasa saya tidak memerlukannya.

7 bulan di Jepun, jiwa saya semakin mendambakan pengisian dan peringatan. Saya ada pilihan untuk jadi terus lalai atau kembali ke matlamat asal perjuangan ilmu. Saya akui saya ada banyak kelemahan dan tidak mampu membenteng diri dari sikap menzalimi diri sendiri. Teringat saya pada pesan seorang sahabat – ilmu pengisian rohani tidak akan datang sendiri, ia perlu dicari. Maka carilah sementara kudrat masih terdaya.

Di sini,bagi saya medium peringatan yang terbaik ialah usrah. Biarpun ia dilaksanakan hanya satu kali seminggu namun saya sangat berharap agar ada air dingin yang dicurah pada jiwa saya yang keras. Lebih-lebih lagi sendirian dalam meniti perjuangan yang mencabar tanpa ayah dan ibu untuk mengingatkan. Banyak benar perkara yang telah saya lupa dan saya tinggal. Benteng diri saya benar-benar teruji dan saya hanya ingin belajar kembali.

Suatu hari nanti, Allah mungkin beri kita peluang untuk menjadi seorang ibu atau ayah atau pemimpin. Tanpa persediaan tentang ilmu sebegini, kita tidak mampu menghasilkan ‘produk’ yang terbaik. Pada saat ini, saya akur, usrah sebenarnya tidak pernah menjadi sesuatu perkara yang berat. Tetapi hanya hati saya yang memberatkannya. Apabila manusia benar-benar dahaga, dia akan mencari mata air. Pada ketika itu, hanya kasih sayang Ar Rahman akan membawanya ke mata air itu.

Tuesday, May 13, 2008

ketika sedang membaca journal ...

Pertemuan dengan sensei minggu lalu tidak berapa baik. Itu adalah hasil dari sebulan yang ‘malap’. Pada petang Jumaat ada nomikai untuk para pelajar tahun 4 yang baru. Ucapan sensei pendek dan ringkas tetapi betul-betul terkena ke batang hidung saya.

‘Saya tidak mahu memberi kamu ilmu pengetahuan, sebaliknya saya mahu ajar kamu cara berfikir.’

Lebih kurang begitu bunyinya setelah diterjemahkan dari bahasa Jepun. Saya melarikan diri lebih awal dari jamuan tersebut. Tidak sanggup ditegur oleh sensei. Saya tiada kotoba. Sensei sedang bercuti selama 4 minggu. Tetapi awal 16 Mei nanti merupakan happyo pertama saya untuk zemi makmal. Kinchou? Harus-lah!

Tentang risiko.

Teori homeostasis merupakan satu perdebatan di dalam pengurusan risiko – bidang yang agak baru untuk saya. Perdebatannya mempersoalkan tentang kemampuan topi keledar, tali pinggang keselamatan, ABS, ITS dalam mengatasi masalah keselamatan jalan raya. Pendek kata, semakin banyak peralatan keselamatan yang digunakan, akan lebih tinggi intensiti untuk melakukan kelakuan yang merbahaya terutamanya memandu dengan laju kerana rasa selamat itu menyebabkan ramai orang ter over confident dengan kemahiran yang mereka ada. Itu ialah teori homesostasis ( = hukum biologi yang kita pelajari di Tingkatan 5)

Perdebatan yang membuatkan saya geram geram suam ialah berkenaan penggunaan helmet di kalangan penunggang basikal. Maka bergaduhlah si sekian dengan si sekian ( melalui kertas-kertas kajian) tentang keberkesanan, patut atau tidak menggunakan helmet untuk si penunggang basikal. Tahukah anda, penggunaan helmet untuk penunggang motosikal tidak diwajibkan di seluruh US sebaliknya bergantung kepada kerajaan negeri masing-masing.

Yang ingin saya kongsikan di sini ialah – didikan terhadap masyarakat lebih utama daripada membekalkan pelbagai alat keselamatan. Dari pemerhatian saya sebagai seorang pejalan kaki dan juga penunggang basikal di Jepun ini, jika adanya sikap respect dan tidak mementingkan diri, masalah kemalangan ‘yang disengajakan’ mempunyai peratus yang amat rendah untuk berlaku. Anda boleh memilih tidak memakai helmet jika anda sedar bahawa kelajuan anda yang septutnya hanyalah 20km/h saja. Tetapi, fitrah manusia cepat lalai dan lupa. Maka, lebih elok disediakan payung sebelum hujan.

Namun,jika secanggih manapun insfrastuktur tetapi andainya masyarakat masih tidak tahu mengukur nilai keselamatan, kemalangan yang tidak dijangka akan tetap berlaku. Kesimpulannya, saya perlu lebih banyak membaca kertas-kertas kerja lagi!

=-)

Monday, May 5, 2008

Trip di musim Golden Week.

Ini percutian Golden Week saya yang pertama di Jepun. Bermula dari malam Jumaat 2hb hingga 5hb Mei dengan menaiki Toyota Estima bernombor plat kan 11-76 dan dianggotai oleh geng Macha Latte dengan penampilan khas Mek dan Mon suami isteri juga Ari, teman satu lab saya. Oleh kerana lesen international saya lewat sampai satu hari, maka, saya tidak berpeluang memandu Toyota Estima di expressway Jepun kali ini!

Kami bertolak dari Kyoto sekitar pukul 11 malam. Tujuan pertama kami ialah Hiroshima-shi. Setelah berhenti rehat dan tidur sebentar di R & R, kami mulai menuju ke kawasan Atomic Bomb Dome untuk melihat kesan tinggalan sejarah Perang Dunia Kedua yang sangat memberi kesan kepada Jepun, lebih-lebih lagi penduduk Hiroshima sendiri. Cuaca di Hiroshima lebih hangat dan panas berbanding Kyoto.

Selain dari beberapa monumen yang didirikan sebagai tanda mengingati mangsa bom atom, sebuah muzium yang menyimpan pelbagai memori dan kesan dari bom atom merupakan antara tempat yang menarik untuk dilawati. Di antara perkara yang menarik minat saya ialah lukisan yang di lukis oleh mangsa-mangsa bom atom yang masih survive bagi menggambarkan keadaan pada masa itu. Juga bagaimana seorang mangsa bom atom iaitu Sadako Sasaki membesar sehingga mengidap leukemia yang disebabkan oleh radiasi bom atom dan akhirnya meninggal dunia.

Banyak pengetahuan yang dapat diperolehi dengan lawatan kami ke tempat tersebut. Tetapi oleh kerana dek kepenatan, pelbagai aksi telah ditunjukkan oleh peserta-peserta trip tanpa sengaja.Kami kemudiannya mencari kedai makan Okonomiyaki yang dikhabarkan terbaik di Jepun. Tengah hari itu, kami menikmati Okonomiyaki dan melihat sendiri bagaimana Okonimiyaki dibuat. (biasanya pesan dan makan saja!)
Melewati bazaar shopping, kami sempat menghulurkan ‘derma’ pada kedai-kedai yang berderetan. Bagi peminat-peminat Starbucks, peluang ke Starbucks tidak boleh dielakkan. Sigh! Saya pula membeli sepasang lagi kasut baru dek kerana kasut dipakai mulai meninggalkan kesan yang tidak selesa. Wah! Koleksi kasut lagi! Sigh sekali lagi!

Hari pertama kami ditambah dengan adventure mencari ryokan dengan pertolongan navigator di dalam Toyota Estima yang kadang-kala ‘slow’ dalam tindakan. Kami tidak membuat apa-apa reservation penginapan sebelum pergi jadi kami berputar-putar dengan Estima mencari tempat untuk mandi dan bermalam. Alhamdulillah, dengan ‘kemanisan’ yang ada pada Kojek akhirnya kami berjaya mendapatkan ryokan yang agak selesa untuk bermalam. Pada malam hari, kami mengambil sedikit masa untuk melihat tinggalan kapal selam yang digunakan pada masa perang dunia kedua. Setelah itu kami singgah di Saizeriya untuk makan malam dan mendengar cerita Asyraf tentang ‘Pua Chu Kang’. Ha ha ha. Kami tidur kekenyangan ketawa pada malam itu.

Hari Kedua


Hari kedua kami dimulakan dengan sarapan pagi dari stok mee segera yang dibawa oleh Mek dan Mon. Juga serunding dengan roti. Para obaasan ryokan yang baik hati telah memberikan onigiri percuma. Bagi membalas kebaikan mereka menerima kami bermalam di ryokan, kami berfoto beramai-ramai dengan mereka sebelum meneruskan perjalanan ke Miyajima. Kami mengambil kesempatan untuk bergambar di kawasan kapal selam berlabuh di satu pangkalan jeti di dalam perjalanan itu. Jeti ini tidak termasuk di dalam yotei tetapi peluang bergambar dengan kapal selam mana mungkin dilepaskan. Terima kasih kepada kamera Canon Ari yang mampu menangkap pose pose yang cantik! ( gambar dari kamera Ari tidak di upload di sini.)
Untuk ke destinasi seterusnya kami perlu menaiki feri dari Miyaguchi Terminal Feri. Miyajima ini merupakan di antara tiga tempat yang tercantik di Jepun. Sebelum melangkah lebih jauh, mula-mula sekali kami mencari tempat mengisi perut untuk makan tengah hari. Saya menikmati hidangan oyster yang besar. Sangat sedap dengan harga yang boleh tahan juga!
Setelah makan, kami menuju ke O-torii gate yang terkenal kerana dikatakan di dirikan di atas air. Tetapi rupa-rupanya, apabila kami tiba, air sedang surut. Setelah mengambil gambar, kami berjalan lagi melewati Takakoji Alley menuju ke Momijidani untuk menaiki kereta kabel. Tujuan kami ialah Mt. Misen yang tertinggi di pulau itu untuk menikmati pemandangan di sekitar Hiroshima yang cantik dari puncak Mt Misen. Kelompokan kecil pulau yang bertabur di sekitar Hiroshima memang cantik. Kami mengambil gambar dengan pelbagai aksi lucu di atas puncak Misen. Juga kami sempat membaca lembaran sejarah yang berkaitan dengan kawasan lawatan kami ini. Apabila kami turun dari Mt Misen, hari sudah pun mulai gelap. Air laut sudah pasang, maka sekali lagi kami bergambar di hadapan O-torii gate. Pada ketika ini, kamera saya sudah kehabisan bateri. Jadi, kamera teman-teman lain menjadi mangsa posing. Kami berjalan menuju ke jeti untuk pulang ke tanah besar Hiroshima. Untuk ke kawasan letak kereta pula, kami terpaksa menapak menaiki jalan yang berbukit. Mujur ada ramai pelawak ‘lawak dewasa’ yang mengurangkan kepenatan dengan membuatkan kami tidak putus-putus ketawa.

Kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan menuju ke Awaji Island dengan merentasi Seto O Hashi, jambatan panjang yang menghubungkan di antara Kepulauan Honshu dengan kepulauan Shikoku. Keistimewaan jambatan ini ialah ia dibina merentasi 5 buah pulau dengan kepanjangan 13.1 km serta merupakan jambatan terpanjang menggunakan two-tiered bridge system.

Kebanyakan di antara kami menikmati tidur di sepanjang perjalanan dan terjaga apabila berhenti di R & R untuk seketika. Pada ketika ini, Kojek, Asyraf, dan Ari melunaskan harapan mereka bermain mercun. Hujan mulai merintik dan kami meneruskan perjalanan lagi melalui Tokushima Expressway ke Naruto.

Hari ketiga

Kami berhenti solat Subuh dan membenarkan para drivers dan co-drivers mengambil tenaga sebelum ekspidisi mencari tempat mandi. Pagi itu sementara menunggu masa yang sesuai untuk memulakan aktiviti seterusnya, kami berpeluang menikmati ofuro di sebuah hotel menghadap laut dengan bayaran 1050 yen. Kami berofuro dengan cara kami tersendiri, mengikut adat dan syariat yang sepatutnya! Bagi saya dan Mek mujur tidak ramai orang pada pagi itu. Pengalaman di ofuro ini tidak akan dapat dirasai di luar Jepun. Gaya mandi dan ‘memanjakan diri’ ini sudah menjadi kebiasaan bagi orang Jepun meskipun, memang terlalu asing untuk masyarakat Asia yang lain. Bagi yang mungkin akan 'tercuba', jangan terperanjat sudah!

Kami meneruskan ekspedisi untuk melihat pusaran air di bawah jambatan Onaruto. Kami mencuba kedua-dua cara untuk melihat pusaran air ini iaitu dengan bot dan juga dengan merentasi jambatan Naruto. Kami agak kecewa kerana sebenarnya kami mengharapkan untuk melihat pusaran air yang besar. Sila rujuk maklumat lain di website jika berminat tentang O-naruto-kyo Bridge and whirlpools ini.

Seterusnya kami merentasi kepulauan Awaji dan singgah di Hokudan-Cho Earthquake Memorial Park bagi melihat kesan gempa bumi yang berlaku pada tahun 1995 yang dinamakan Great Hanshin-Awaji Earthquake. Muzium ini masih mengekalkan kesan fault gempa dalam satu lapisan turapan jalan yang berlaku pada ketika itu dan juga sebuah rumah yang telah beranjak dari kedudukan asal akibat gemba bumi yang berlaku. Bagi saya, kerajaan Jepun memang bijak menggunakan peluang yang ada dari setiap peristiwa dan perkara yang berlaku untuk dijadikan bahan tarikan dan tempat menyampaikan maklumat kepada masyarakat!

Dari Awaji Island kami merentasi Akashi Kaikyo Bridge menuju ke Kobe untuk mengisi perut di Fisherman Shop. Kami menikmati hidangan di Fisherman Shop hingga perut penuh dan ingin meneruskan yotei seterusnya tetapi oleh kerana navigator system tidak memberikan panduan yang sepenuhnya, maka kami putuskan untuk terus kembali ke Kyoto.

Walaupun keletihan, perjalanan tidak berakhir dengan mudah tanpa sesi post-mortem. Sebelum berpisah kami melepak di Starbuck Nishigyoku sambil merehatkan badan yang keletihan. Saya kira semua berpuas hati dengan perjalanan kali ini walaupun agak besar jumlah yen yang dibelanjakan! Saya, Asyraf dan Kojek sempat mengutip autograph dari teman-teman yang lain dengan buku autograph yang kami beli di Miyajima.

Kemudian,Toyota Estima 11-76 mula bergerak menghantar kami ke rumah masing-masing mengakhiri satu kisah perjalanan yang menyeronokkan.

This morning

Pagi ini kami menerima mesej dari Kojek menyatakan Toyota Estima telah selamat dihantar. Nihon masih lagi dalam Golden Week. Esok adalah hari bekerja seperti biasa. Yen di dalam akaun menyusut dengan angka yang memeranjatkan. Next scholar adalah pada bulan Julai. Tetapi jika dibandingkan nilai yen dengan harga sebuah pengalaman dalam perjalanan, ia jadi langsung tidak dapat dinilaikan. Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang menyertai dan bertungkus lumus dari awal idea hingga akhir perjalanan pada kali ini.



Kojek; you do a sweet creature yang membuatkan trip ini jadi mudah. Tanpa Kojek dengan ke-sweet-an nya itu, mana mungkin kami mampu bermalam di ryokan dan membaca navigator itu dengan mudah! I wish you all the best with your mission in life and your love story. He he.

Asyraf; journey mungkin tidak akan terasa masam manis haru biru kelabu asap tunggang terbalik dan berada di atas landasan tanpa Asyraf! Rasanya kali ini semua sudah kenal gimana ini orangnya yang bernama Asyraf yang penuh dengan informasi dan radiasi. Ha ha ha. You are the best, bro! You do make the journey more happening, meaningful and unforgetable.

Firdaus; adikku yang selalu menjadi mangsa keadaan dek ‘kelembutan hati’nya yang sentiasa merelakan. You are the best partner of those two guys above! Hope the journey cheered you dan jangan lupa! Malam sebelum tu dirimu kalah bowling yang teruk!! I wish you ‘still’ to be strong in every inch of the obstacles.

Ari; my labmate, sporting Indonesian guy. I know you will never forget this trip. InsyaAllah kalau ada rezeki kita akan sama-sama lagi meneroka pengalaman di trip yang lain. Waiting for the photos from Canon!


Mon; mesti lain kali En Mon nak join yotei kami kan? :D


Mek; the best crime in scene partner ever. Tanpamu apalah erti journey ku! Thanks for your kindness. Jange menggelaboh sokmo. Harus….kita pasti bertemu lagi di yotei yang lain sebelum tika dan waktu memisahkan kita semula. Mari berjuang ke arah kehidupan yang lebih bahagia. He he he.


Manusia semua datang dari satu daerah berbeza tanpa pernah terfikir siapakah yang akan dikenali dan ditemui saat berada di dalam satu daearah asing. Salah satu tanda Allah mengasihi kita ialah apabila kita ditemukan dengan sahabat-sahabat yang mampu memberikan kenangan yang baik walau di mana kita berada.

Thursday, May 1, 2008

Satu malam tanpa bintang

Tuhan
Harus bagaimana lagi
Aku bertahan
Dalam lelah yang kian panjang
Saat bintang di langit kelam
Tidak mahu bersinar
Mendamaikan malam
Jua tiada bayu segar
Membawa khabaran

Tuhan
Harus ikhtiar apa lagi
Untuk ku pujuk diri
Jadi bertambah tabah
Dan gagah
Saat kudrat ku tak mampu
Mengangkat kelopak harapan
Yang semakin hari
Berbungakan kelayuan

Untuk bersimpuh di hadapan Mu jua
Aku tidak gagah
Lantaran kerdilnya diri
Lagi hina
Lagi dina
Lestari kolam air mata
Tidak mampu menyejukkan
Jiwa-jiwa yang keresahan

Tuhan
Maka berseoranglah aku
Dalam perjuangan
Andai tiada Kau titiskan makna
Kasih dan sayang
Pada malam setiap hamba
Yang mencari jalan keredhaan

Tuhan
Pahit sungguh erti kehidupan
Bagi jiwa yang kekeliruan
Sungguh tunjukilah aku jalan
Agar malam tanpa bintang pun
Mampu kurasakan nyaman

Tuhan
Jangan Kau biarkan
Kami menzalimi
Diri kami sendiri

Amin Ya Rabbal A’lamin.