Tuesday, January 29, 2008

Mata o aitaidesu!!



Saya tidur lewat. Baru lepas wrapped up AJL2008 yang tertunda. Sentuhan muzik pada lagu Itu Kamu ada 'sesuatu' yang sedap dan ingin didengar berulang walau liriknya kurang kuat - pada saya yang sukakan lirik puitis. Tetapi, perkataan ITU KAMU mempunyai sentimen yang membangkitkan satu perasaan istimewa. Yup! Setiap orang adalah istimewa! Sebagai peminat muzik underground (selain rock) tiba-tiba saja saya rasa tidak rugi untuk menyukai lagu ini yang mempunyai kekuatan yang sama dengan lagu-lagu SO7 dan Peter Pan. Saya tidak tahulah jika masih ada yang mendewa-dewakan band Indonesia lebih dari band BUATAN MALAYSIA selepas ini. Sayangnya Faisal Tahir tidak dapat turut sama, jika tidak tentu Stadium Bukit Jalil lebih bergegar. Satu yang dapat saya kenal pasti ialah, artis-artis baru yang muncul dari rancangan realiti TV sebenarnya mempunyai kualiti dan kreativiti yang tinggi. Jika saya berada di Malaysia sekarang, sudah tentu saya akan cari CD original Estranged untuk dengar lagu-lagu underground karya mereka yang lain.


(Zaman sekolah2 dulu, band underground yang saya minati ialah OAG dan Butterfinger di mana kebanyakan lagu-lagu mereka hanya peminat muzik underground saja yang tahu!)


Agaknya, saya sudah memasuki fasa merindui tanah air kerana sejak akhir-akhir ini saya banyak terkenangkan 'zon selesa' yang ditinggalkan. Kadang-kala meronta-ronta hati saya untuk memakai baju kurung ke 'sekolah'. Tetapi dengan suasana sejuk begini mana mungkin mampu saya laksanakan.


Hari ini, majlis meraikan retirement Nishihara Sensei berlangsung di Champora. Walaupun tidak semua yang hadir tetapi, saya yakin bagi sensei ia sesuatu yang menyentuh hatinya. Satu kata-kata sensei yang membuatkan saya jadi yakin sedikit dengan diri ialah...



"When you were absent, my fire to teach the class become down. Because you like to cheer up the class... with ur whoaaa...whoaaa....whoaaaa....."


Terima kasihlah sensei. Satu-satunya untung jadi orang yang ceria ialah gembira bila dapat menceriakan orang lain. Tetapi maaflah jika angin lintang pukang datang menjemput, saya akan jadi tidak bercakap langsung! BTW,saya pun terasa sayu juga kelas yang se'best' ini akan berakhir. Tetapi saya berjanji, juga bersama Pramila dan Kak Mar, akan datang jengok sensei di Osaka haru yasumi nanti! Mata o aitaidesu!!


Hari ini hari yang baik. Kadang-kala saya masih tidak percaya saya berada di Jepun. Juga masih terasa seperti mimpi indah melalui hari-hari yang penuh dengan peluang dan cabaran. Betul, kadang kala saya goyah tetapi apabila kadang - kala melihat senyuman, dan harapan yang ada pada setiap insan yang saya temui, saya jadi kembali bersemangat. Berada jauh dari keluarga dan kawan-kawan yang disayangi mengajar saya erti menghargai setiap masa yang ada.


Sesuatu yang manis itu jarang berulang berkali-kali. Kerana itu ia dinamakan memori. Semoga hari-hari mendatang masih ada kemanisan yang lain. Amin.


p/s:


Yang 'tercantik' ITU KAMU!

Sunday, January 27, 2008

Alhamdulillah...i love you,mama.

Tiada puji-pujian yang mampu menandingi kekuasaanNya. Kasih dan sayangNya tidak pernah surut dan susut. Nikmatnya Maha Luas dan KeagunganNya tiada tandingan. Hati kecil yang mana tidak terusik dengan membenarkan segala kalimat yang tertera di QalamNya. Kekuatan tawakal dan hikmah bergabung meredakan gelojak perasaan hamba yang lemah lagi hina.
Alhamdulillah Tuhan, syukurku ini tidak mampu mengangkat segala nikmat yang diberi.

Email dari sensei positif!
Saya mengambil masa yang lama untuk membukanya. Saya takut dimarahi atau menerima komentar yang mengguris hati. Ia tidak berlaku tengah hari ini. Malah sensei menerima fokus saya dengan baik.

Saya tidak dapat menjawab kenapa saya terlalu takut untuk berbuat silap, atau gagal mempersembahkan sesuatu yang terbaik. Tetapi saya fahami sesuatu perkara tentang semakin kuat kita bergantung kepada Allah, insyaAllah jalan dipermudahkan. Selalu sangat saya lupa. kembara ilmu atas namaNya itu suatu jihad.

Doa dari seorang ibu, mungkin, malah hanya kata-kata pujuknya mampu mengubah emosi dan memberi kekuatan. Semalam, saat-saat diri terasa hampa, saya bercakap sekejap dengan mama. Nasihat mama kepada saya masih sama seperti dulu. Seingat saya waktu yang paling payah untuk saya dalam bidang akademik ialah ketika di matrikulasi. Setiap minggu saya minta keluarga datang melawat saya untuk saya mengadu. Ingatan itu sangat segar di waktu-waktu sekarang.

Kata mama, saya pernah menghadapinya dulu dan saya telah melakukannya dengan baik. Kata mama lagi, saya perlu solat hajat selalu sebagaimana saya lakukan sewaktu saya masih di dalam proses pembelajaran dulu. Kata mama, setiap malam dia akan mendoakan saya sama seperti selalu. Dan hari ini, apabila saya kata saya akan berpuasa sunat, mama kata, dia akan turut sama berpuasa supaya jalan saya dipermudahkan.

Saya tidak dapat pulang untuk selalu mengadu tentang susah payah hidup seperti waktu saya bekerja dulu. Tetapi, alhamdulillah tuhan.....saya masih mempunyai mama, papa dan adik-adik.Saya tahu saya kuat. Saya akan teruskan perjuangan ini dengan semangat yang sama ketika mula-mula ke mari. Cuma, alangkah baiknya jika saya jadikan hati saya ini lebih rapat lagi dengan Tuhan Rabbul Izzati supaya saya tidak terlampau sunyi.

p/s
salam perjuangan.

Frustration when you're a perfectionist.

Saya tidak suka komentar. Tetapi dulu saya suka memberi komentar. Apabila menjadi panel penilai kerja-kerja tesis pelajar jika boleh mahu menguji kefahaman pelajar tersebut sedalam mungkin. Sebagai seorang 'pelajar PhD' saya merasakan keperitan itu sekarang.

Adakalanya kita meletak batu galas yang terlalu tinggi untuk diri. Tetapi pada masa yang sama kita tidak berkebolehan untuk memikulnya. Saya tak boleh.....tak boleh untuk tidak menjadi risau kerana saya tahu saya belum mencapai tahap memuaskan hati. Biarpun benar, ada banyak lagi perkara yang perlu dipelajari tetapi mencari jalan untuk mempelajarinya secara bijak juga perlu.

Sukar untuk menjadi seorang perfectionist yang tidak mampu melakukan kerja dengan perfect. Mudah jatuh bungkam dan cepat tertekan. Saya kena belajar bersedia menerima kritikan dengan hati terbuka. Tadi saya rasa slide pembentangan saya baik ( walaupun belum mencapai tahap bagus), tetapi apabila saya minta pandangan teman-teman lain, motivasi dan penilaian saya menurun. Terperuk dan kecewa sekali dengan potensi diri yang belum tergilap!

Ayat di email sensei
Please give a good thought on your survey and data analysis bagi saya sangat menggerunkan. 3 hari saya bekerja demi memahamkan questionnaire sahaja dan tiba-tiba saya dapati saya tidak banyak menyentuh tentang analisis data. Bagaimana mungkin saya boleh menyempurnakannya dengan sempurna dalam tempoh 3 hari!!! Antara mengemail slides yang telah saya siapkan atau saya tahan lagi sehingga entah bila,kedua-duanya menguji keberanian dan kebersiapan saya untuk menerima kemungkinan yang terjadi. Saya tidak mahu mendengar sensei menyatakan bahawa saya belum cukup bersedia untuk membuat research dan saya tidak berkebolehan. Ia sebenarnya satu pernyataan yang sangat menyakitkan hati.......

Sejak akhir-akhir ini, saya banyak emo...! Saya hantarkan juga slides asal kerana tidak mampu untuk mengorek minda dan emosi menjadi tabah. Air mata - jadi kawan baik!!

p/s:
Kisah benar seorang manusia yang kununnya
"berani mati" untuk PhD.

Saturday, January 26, 2008

Nichiyoubi yang gigih.

Keputusan untuk mengurungkan diri di hari minggu ini sangat tepat. Rupa-rupanya sensei sudah keluar dari hospital sehari selepas saya datang melawatnya. Mungkin berkat coklat pemberian saya sensei jadi terlampau terharu hingga bersemangat untuk menjadi sihat semula! Apa-apa pun sebaik sahaja keluar dari hospital, sensei dengan penuh tanggungjawab sebagai seorang sv telah mengemail saya untuk meyemak slides pembentangan. Konklusi, jangan berjanji apa-apa dengan sensei kerana beliau sangat mengambil berat tentang sebarang luahan perasaan yang dilakukan!!!

Mujur, gerak gempur telah saya lakukan sedari pulang bertemu sensei. Ini adalah minggu gigih saya. Perlahan-lahan fokus itu mula datang. Juga demi pelbagai janji untuk aktiviti hujung minggu selepas minggu peperiksaan adik-adik undergrad tamat. Dan aktiviti petik ichigo itu Mr Pres, sangat mengujakan dan memberi semangat untuk saya jadi terus gigih mengulum kesabishian hujung minggu ini! Indahnya suasana memetik ichigo!!!!!!Pasti kimochi lagi!

Hot F.M pula sekarang sibuk mempromosi Dunia Baru the Movie, saat saya benar rindukan waktu-waktu wrestling bersama adik-adik saya. Nichiyoubi seperti ini, pasti enak menonton TV beramai-ramai, lebih-lebih lagi terkesima menonton Juara Lagu. Apa yang saya buat di Jepun pada hari Ahad begini?? Alangkah baiknya jika ada pintu merentas masa yang bole membawa ke mana saja kita suka.

Slides pembentangan, ada sedikit lagi sebelum menyaksikan Juara Lagu Live dari internet. Menyaksikan Juara Lagu sendiriankah??? Sesi pecah tradisi yang tidak pernah terfikir sebelum ini.



Friday, January 25, 2008

Sesi menghibur hati




Akhirnya dapat juga dicari MindMapping ini. Barulah terpujuk sikit jiwa.... Tak berapa clear untuk tatapan umum, tapi inilah salah satu methodology yang digunakan di dalam kajian. Seronok 'melukis' di zaman teknologi canggih ini.

Recap on Make Me A Muslim

http://quicksilverscreen.com/watch?video=20451
http://quicksilverscreen.com/watch?video=20452

Credit to Mr pres. for the suggestion to watch a movie from quicksilverscreen.com
BUT, i explored something different that i think a very good stuff to share with others - the Make Me A Muslim programme. In this blur, far away, need a light and inspiration situation, this 'screen' inspired me and bring back the tought that I strongly believe.

Kalau ada masa tengoklah, ye.
Part Luke, leaved the party for pray, for me is the most touching part...

Thursday, January 24, 2008

when i need my family the most . . .

Saya tidak berapa sihat hari ini. Sakit perut atas kesilapan sendiri. Saya banyak sangat minum Coke semalam. Gasnya membuih di perut saya hingga ke ulu hati. Saya tidak dapat ke kelas Nihon go dan bangkit agak lewat. Rasa bersalah menguasai apabila saya sebenarnya ada tugas untuk teman-teman kelas. Apabila diri tidak berapa 'betul' pasti keluarga dan suasana 'di sana' banyak menerjah dalam kotak pemikiran. Dalam kesejukan dan keindahan salji yang turun, saya inginkan kehangatan matahari dan suasana yang penuh dengan pokok-pokok hijau biarpun hanya pokok kelapa sawit! Sejak beberapa ketika ini, saya rindukan suasana tempat kerja di UTHM - zon selesa yang telah saya tinggalkan.

Mungkin saya terlalu memikirkan bagaimana untuk melepasi paras impresi sensei saya. Atau saya perlukan waktu-waktu privacy yang berkualiti. Biasanya, waktu - waktu bingung begini, saya perlukan keluarga, wajah papa dan mama yang selalu memberikan semanagat juga wajah adik-adik yang kuat mengusik.

Saya perlukan waktu berborak yang panjang dengan mama, yang biasa saya lakukan ketika masak bersama-sama, juga masa berduaan dengan adik perempuan Humairaa saya yang biasanya diakhiri dengan aksi gurau yang macam-macam. :) Juga adik bungsu saya Syahmi yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tahun ini. Saya sepatutnya berada di sisi adik memantau perjalanan jadual belajarnya. Menanti saat tibanya bulan Oktober, masa terasa begitu perlahan....

Namun ada satu benteng dalam diri yang sangat kuat untuk memujuk saya supaya bertahan. Pengorbanan yang saya harap membawa kebaikan untuk diri dan keluarga. Adik-adik saya juga berpotensi menjadi sekuat saya. Mereka pasti ada cita-cita dan impian sendiri untuk dibuktikan. Betul lah, walau sejauh mana kita pergi, keluarga dan rumah sendiri adalah tempat yang paling selesa.

Saya percaya sesiapa pun akan berpendapat begitu....
Hujung minggu ini, saya harap dapat menghabiskan masa dengan diri.
Perintah berkurung bermula.

p/s:

Kak ieta,
this is my first entry about homesick,
I'm only ordinary human thou...

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain
Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time
As my soul heals the shame
I will grow old through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man
Go easy on my conscience
'Cause it's not my fault
I know I've been taught
To take the blame
Rest assured my angels
Will catch my tears
Walk me out of here
I'm in pain
As my soul heals the shame
I will grow old through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man
Once you've found that lover
You're homeward bound
Love is all around
Love is all around
I know some have fallen
On stony ground
But Love is all around
Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain
Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time
As my soul heals the shame
I will grow old through this pain
Lord I'm doin' all I can
To be a better man
Robbie Williams

Wednesday, January 23, 2008

Do you dare?


Saya membaca versi terjemahan kedua-dua buku di atas dan kedua-duanya memegang rekod bestseller. BERANI GAGAL vs BERANI MENANG. Kedua-dua teori yang dihurai telahpun saya cuba. Saya membaca BERANI GAGAL ketika saya berada di tahun pertama sarjana muda dan saya benar-benar menggagalkan diri saya untuk subjek struktur demi menaikkan pointer dengan cara mengulang kelas. (Walaupun sebenarnya di UKM jika peroleh C- sudah layak untuk mengulang subjek). Teori itu 'menjadi' kerana di tahun akhirlah saya melakukan pecutan terhadap pointer dengan memperbaiki beberapa kredit subjek yang teruk.
Saya membeli BERANI MENANG saat saya sangat-sangat memerlukan motivasi, juga ketika berada di dalam alam sarjana muda. Ternyata olahan BERANI MENANG lebih mengujakan dan teorinya lebih relevan dengan situasi saya ketika itu. Sudah kerap kali juga saya belek dan telek isi kandungan buku ini. Tiba-tiba, hari ini saya merasakan saya amat memerlukannya kembali.
Bab pertama BERANI MENANG mempersoalkan ketakutan untuk menjadi pemenang. 'Takut' itulah yang mendiam di dalam hati saya sekarang. Takut ini membenihkan rasa kurang yakin kepada diri. Kemudian, pelbagai kotoba dan istilah negatif singgah di mind - set saya. Sebabnya - pertemuan dengan sensei hari ini membuatkan saya didatangi penyakit 'ketakutan' ini lagi. Saya benci ...sangat benci rasa kurang yakin dan takut ini. Takut untuk melakukan kesilapan di dalam kajian saya, takut tidak mampu mencapai expectation sensei dan paling takut untuk tidak mencapai expectation diri sendiri.
(Apa yang dibincangkan dengan sensei tidak perlulah dihurai)
Sepanjang perjalanan pulang, saya berperang dengan diri. Saya tahu saya sangat high expectation pada diri sendiri sedangkan kebolehan saya tidak sampai ke tahap itu. Saya tahu saya telah merisikokan diri saya demi melangkah satu lagi anak tangga dalam hidup. Saya sedar, saya memilih jalan ini kerana berkobarnya semangat itu. Dulu. Maka, saya tidak wajar untuk merasa takut setelah sekian banyak pengalaman dan anak tangga yang licin telah saya daki.
Dari seekor helang hendak menjadi pheonix, bukankah terlalu banyak jalan dan liku?
Hari ini, saya dan Okada ke hospital bertemu sensei. Walaupun tidak berapa sihat tetapi dia tetap serius dengan kajian yang kami lakukan. Sungguhpun begitu, saya tidak selesa dengan 'gap' yang sensei bina. Tetapi kebanyakan sensei di department kami berperangai begitu. Pada saya, cara ini kurang membina perkembangan psikologi, malah mampu menjatuhkan. Betul, didikan dalam tegas menjadikan seseorang lebih kuat tetapi....... agak meletihkan, dan saya tidak mahu PhD ini meratah mentah-mentah kebebasan dan ketenangan hidup saya. Walaubagaimana pun, seorang mahaguru tentu ada alasan dan cara tersendiri untuk mendidik. Menjadi Okada tentu lebih sukar. Dia baru berusia 22 tahun dan hari ini adalah hari jadinya. Tinggal satu minggu untuk menyelesaikan tugasan tesis. Perbincangan di antara sensei dan Okada membawa saya ke satu perspektif berbeza.
(Saya mahu simpan perspektif ini untuk diri sendiri)
Jika ini adalah task perjuangan dalam PhD, saya kira semua orang yang telah melepasinya melalui kesukaran yang sama. Jika saya mampu menyampaikan kepada teman-teman sekerja yang sedang berusaha untuk menyusuri alam PhD ini, ingin saya anjurkan, belajar-belajarlah mengendalikan research dulu. Pengalaman dalam pengurusan dan pengajaran sahaja tidak mencukupi untuk mematangkan diri di dalam alam research.
Saya juga tidak patut banyak mengeluh. Angka 28 itu terlalu besar untuk dibandingkan dengan kematangan fikiran dan emosi saya. Ia seakan-akan mencabar keupayaan saya. Saya ada masa 3 tahun untuk menjadi insan yang sangat-sangat berbeza dari segi perkembangan ilmiah. Juga dalam tempoh itu juga, yang paling penting ialah saya memperbaiki diri saya sendiri. Saya perlu nyata bahawa sesudah selesainya 3 tahun ini, hidup akan benar-benar berubah. Saya mahu serius di dalam penulisan. Itu cita-cita saya.
Saya katakan pada diri untuk memujuk hati bahawa saya seorang yang BERANI menanggung kegagalan juga saya BERANI untuk menang. Saya pernah melakukannya, dan kali ini saya akan melakukannya sekali lagi. Saya pernah jatuh dan saya akan bangun kembali jika saya jatuh lagi.
Saya konklusi pada ketakutan ini dengan sentiasa mempersiapkan diri. ( Bisik pada diri, persiapan mantap itu paling penting!)
Inilah PhD - ketakutan, kepayahan, kesunyian, kecelaruan bersatu menjadi musuh paling kuat terhadap diri sendiri. Dan senjatanya ... ada pada diri masing-masing untuk difikirkan.
p/s:
kemungkinan saya untuk kena darah tinggi, besarkah? ha ha ha...
The Simplest Path to Success

You don’t need a life plan. You don’t need motivation, self-confidence, peer support or even luck. All you need is the willingness to take the next most obvious step—then repeat the process again and again, regardless of how you feel. Try it. Happiness comes from seeing the results of your efforts. You don’t need it before you start.

Tuesday, January 22, 2008

Boku no koibito wa kuroi neko...!

10 Muharram yang lalu saya berjaya membuat bubur asyura buat pertama kali dalam hidup. Biarpun bubur asyura Johor berbeza dengan kefahaman bubur asyura orang-orang utara, namun hati terasa puas apabila seperiuk besar habis dimakan oleh adik-adik di Kyoto ini. Sedap atau tidak itu soal kedua, yang pasti setiap kali ada makan-makan free, ramai sahaja yang menghulurkan perut.

Niat saya tercapai juga untuk merasa solat berjemaah dan majlis bacaan Yaasin walaupun tidak semua adik-adik turut serta. Asalnya saya ingatkan tidak menjadi kerana bubur tidak sempat siap seusai azan maghrib. Kami yang berpuasa berbuka dengan bubur yang masih di atas dapur. Saya dengan gaya bubur asyura Johor dan Hannin dengan bubur asyura manis utaranya.

Entah bagaimana tidak dijangka, majlis yang mulanya saya ingatkan untuk adik-adik onna, turut disertai oleh adik-adik otoko. Alhamdullillah, dengan kesilapan teknikal inilah, dapat juga sekali lagi berimamkan Firdaus kun untuk solat isya' dengan Kojek, Syuwari, Nesh, Farah, Kimi, Yani dan saya sendiri. Sempat kami membuat air yasinan. Maklumlah semua bakal hendak berdepan dengan bulan peperiksaan Februari ini.

Selain saya dan Hannin, Firdaus kun juga tidak lepas tangan menyediakan bubur lambuknya. Sayang, gambar bubur -bubur yang ada tidak dapat diupload ke dalam blog. Sedang bacaan yasin berjalan, adik-adik yang lain pun sampai. Walaupun separuh jalan, tetapi harapan saya di lain kali mereka berkesempatan bersama-sama menyertai majlis seperti ini.

Sebenarnya, kehidupan para pelajar di sini sangat kurang disertakan dengan majlis-majlis ilmu dan muzakarah. Kerana itu, saya dan Kak Mar agak terpanggil. Maklumlah jika di Malaysia, Kak Mar seorang felo di asrama lelaki. Sudah tentu majlis ilmu kerap diadakan. Saya juga rindu suasana masjid UTHM yang amat hampir dengan bilik pejabat saya. Dahaga akan ilmu, nasihat, peringatan itu memang tidak boleh lari. (Apatah lagi sejak akhir-akhir ini IKIM.FM tidak dapat berfungsi dengan baik.)

Minggu ini sudah masuk 2 minggu sensei saya sakit. Esok saya akan ke Kyoto Hospital untuk menemuinya. Bukan ziarah tetapi urusan proposal saya. Tetapi, saya niatkan sekali untuk berziarah. Mungkin lebih baik. Jika dibicarakan soal motivasi dalaman diri. Aduhai....amat teruk sekali. Saya rasa pengurusan masa sangat tidak baik. Suasana sejuk begini menyebabkan pergerakan terhad dan otak menjadi lembab. Kadang-kala menggigil di depan pasokon ini.

Oh ye.... akhirnya dapat juga saya lirik lagu kuroneko. Lagu kanak-kanak tentang seekor kucing hitam. Sedikit sebanyak membuatkan saya tersenyum dalam bulan peperiksaan yang sedikit bosan ini.

p/s:
onna - perempuan
otoko - lelaki
pasokon - personal komputer

Friday, January 18, 2008

Kosong

Hari ini, saya berjaya ke lab. Tetapi , hasilnya hampa. Jiwa kosong. Tiada makna.
Keputusan bowling juga menunjukkan saya tidak fokus dan ada sesuatu mengganggu di jiwa.

Cuma, bila balik ke Katsura, saya terserempak dengan Machan. Melompat-lompat si Machan melihat saya. Inilah Machan. Dia sebenarnya lebih comel dari gambar ini.


p/s:
benci saat jiwa kosong ...

Wednesday, January 16, 2008

Atarashii keitai, sensei no emeru to kawaii Ma-chan

Baiklah, sebelum saya memulakan satu lagi hari dengan membuat kenkyuu di rumah, saya laporkan sedikit bahawa semalam saya telah membeli keitai yang baru. Di bawah adalah model keitai softbank yang terpaksa saya pilih kerana fungsi nya yang menepati keperluan. Kalau di ikutkan design dan warna, ia bukanlah pilihan pertama. Tetapi apa ada pada rupa paras.

Sekali pandang 816SH hitam ini seakan-akan model Nokia slider yang saya minati zaman 2003 dahulu. Walaupun ia tidak seghairah warna maroon pilihan pertama saya, tetapi si hitam ini lebih kelihatan elegant dan matured. =)





Email dari sensei

Kitamura Sensei tidak berapa sihat minggu ini. Saya diberitahu jadual meeting yang agak padat pun terpaksa beliau batalkan. Walaubagaimanapun, email saya yang tertera 8.09 pagi memberitahu saya bahawa sensei memang seorang yang serius dalam penyelidikan dan seorang penyelia yang baik.
Pembetulan proposal saya bukan sekadar diconteng-conteng biasa, sebaliknya siap dengan highlight dan pembetulan grammar. Saya dapat bayangkanwajah sensei mengeluh membaca proposal saya. English bukanlah susah sangat, tetapi perlu di polish dengan banyak membaca. Seandainya saya boleh menulis di dalam English dengan baik sebagaimana saya menulis di dalam BM, tentu saya akan pilih untuk menjadi seorang writer daripada menjadi seorang pensyarah.
Teguran sensei tentang penguasaan BI saya, membuktikan, walaupun study di Jepun, tidak semestinya tiada ruang untuk memperbaiki bahasa penjajah no 1 ini. Yang penting sama ada kita sendiri mahu , rajin atau sanggup menyahut cabaran ini.
Semalam petang, sebelum pulang, saya di sapa oleh labmate saya, Ma-chan. English Ma-chan tidaklah teruk sangat malah dia begitu confident dengan apa yang dituturkan. Dia nampak tertarik dengan pack Softbank yang saya bawa. Menerima sedikit teguran dari labmate berbangsa nihon yang comel-comel, merupakan satu kegembiraan buat saya. Bila saya free nanti, saya akan kisahkan tentang Ma-chan, Yonezawa, Kitaguchi dan Mori, 4 sahabat master yang akrab di lab saya. Juga tentang Okada dan Yamamoto yang sedang berusaha menghabiskan tahun akhir degree mereka. Tentang teman doctorate seangkatan Shiomi dan Nakai. Semua mereka mempunyai karakter yang menarik sebagai nihon jin. Kadang-kala mereka membuatkan saya rasa seperti melihat komik yang live dan bergerak.
Bukankah saya ke Jepun semata-mata kerana terpengaruh dengan manga? Ahah!
Things to ponder ...

*
kenkyuu - research
keitai - hp
manga - komik jepun

Friday, January 11, 2008

ame ... ganbatte peter!


Pagi ini Peter akan bertolak ke Washington DC untuk TRB Conference selama seminggu. Bermakna selama seminggu seat di sebelah saya di makmal akan kosong. Semalam Peter pulang awal selepas berlatih gaya presentation di hadapan kami, pelajar-pelajar PhD dan sensei.

Fukurou di atas saya beli ketika bas singgah di satu perhentian apabila kami pulang dari Nagano. Perasaan ketika saya membeli fukurou itu amat susah hendak ditafsirkan sekarang. Saya membelinya kerana terdengar perkataan shiawase dan luck keluar dari mulut pekedai itu. Kebetulan waktu itu, rasa 'menghargai' sangat tinggi sehingga kalau boleh saya mahu memberikannya kepada semua orang di dalam bas. Saya terlalu gembira agaknya dapat peluang melihat, berbaring, merasai, menyentuh dan berfantasi di dalam yuki. Apakan daya, saya bukan jutawan yen.

Salah satu fukurou saya berikan kepada Peter pada hari pertama saya ke lab selepas cuti. Peter seperti surprise. Mungkin tidak biasa menerima hadiah dengan tidak semena-mena. Saat ini, saya teringat pada Kak Zai, Kak Aini dan Kak Min yang selalu menghulur omiyage tanpa mengira hari atau suasana.


"It's an owl. It's shows genius." Peter.
"Erk....why?" Saya.
"It's a trademark of wise professor, that wear a big glass, reading books and full of knowledge."


Saya ketawa. Serta merta teringatkan cerita Harry Porter dan cerita-cerita fiksyen klasik Eropah. Kerana itu saya suka Peter, dia selalu ada satu perspektif lain yang tidak terfikir oleh saya. Saya sukakan idea Peter tentang burung hantu lebih dari idea pekedai itu.


Dan proposal itu .... Peter jugalah sebenarnya penyelamat.


Saya harap fukurou yang bijak ini jadi peneman dalam perjalanan saya sepanjang 2008, kerana "helang yang gagah ingin berehat dari menjerit." Saya benarkan dia "bercuti."


*
fukurou - burung hantu (owl)
omiyage - cenderahati (gift)
yuki - salji (snow)
shiawase - gembira / kegembiraan (happiness)

Wednesday, January 9, 2008

Marhaban Ya Muharam 1429 Hijrah.

Selamat Jalan 1428H

Ia melambai pergi. Datangnya bersama peristiwa banjir besar di Johor dan perginya bersama puing-puing kenangan di Nagano. Setahun jaraknya, tetapi pelbagai peristiwa di dalamnya. Pahit di pembukaan, tidak sangka manis di penutupnya. Alhamdulillah, Ya Allah. Mana lagi pengucapan yang setanding dengan rahmatMu. Walau setelah jauh kaki melangkah, masih juga tetap di dalam jagaan dan peliharaanMu.

Nilai Tawakal

Hari terakhir bulan Zulhijjah, perasaan saya dibungkus bimbang. Manakan tidak, seawal sampai di kampus, Kitamura Sensei lah orang yang pertama saya jumpa. Pagi-pagi lagi istilah 'crazy' telah menjadi milik mutlak saya. Apalagi kalau bukan penangan proposal. Tetapi sensei tidak mahu mengulas lanjut. Perbincangan hanya akan dilakukan pada waktu appoinment.

Menanti detik 3.30 petang sangat menyeksakan. Entah berapa gelen air mata saya terlerai. Sempat saya solat Hajat selepas Zuhur, juga memohon sesungguh doa agar semuanya berjalan lancar. Saya sangat takut hingga saya mencapai telefon untuk bercakap dengan papa. Tidak pernah sepanjang hidup saya meminta papa menenangkan perasaan yang saya rasa. Antara sedar dengan tidak, pujukan papa adalah yang terbaik dan mampu memberikan ketenangan dan mengembalikan keyakinan.

Saya bimbangkan fokus saya tidak mengena. Saya sangat bimbang. Saya takut untuk mempertahankan objektif kajian saya. Tiada keyakinan yang menjadi tunggak selain rasa cuak, risau, ganjau yang entah datang dari mana. Teringat pada sepotong ayat Al-Quran yang menyatakan perasaan takut itu adalah perasaan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati manusia. Juga terlintas ayat 'La Hau La Wa La Quwata Ila Billah ....' Hanya satu yang dapat melawan ketakutan itu, tawakal. Dengan sepenuh tawakal itulah saya meminta Allah permudahkan jalan. Paling tidak pun, Sensei Kitamura tidak naik angin dengan saya. Pesan mama ' Allahumma Yassir wala tu 'Assir' bermain-main di hati saya. Malah sempat saya membaca ayat Qursi sebelum menjengok masuk ke bilik sensei.

Alhamdulillah. Alhamdulillah Ya Allah. Engkau didik aku nilai tawakal. Mungkin bagi sesetengah orang tidak menjadi masalah apabila bertemu supervisor. Ia tidak bagi saya. Dengan kondisi penyelidikan Jepun yang sedikit berbeza, juga sensei yang mempunyai nama dan kepakaran tinggi di dalam bidang kajian, tidak mustahil saya kecut perut setiap kali ingin mengutarakan pendapat. Paling utama, saya jelas, ia adalah satu perasaan yang Allah lempar ke dalam hati saya. Ya, Allah mahu saya lebih bertawakal dan mengingatiNya hari ini.

Pertolongan dari sensei hari ini adalah datang dari pertolongan Allah yang berkuasa membolak balikkan hati. Syukur, Ya Allah. NikmatMu yang mana pun tidak mampu hambaMu ini mendustakan .......


Kesempatan bersantai dan meluahkan situasi kajian masing-masing bersama Kak Farihah dan Asyraf membuatkan saya faham bahawa semua PhD candidates mengalami masalah. Lebih-lebih lagi Ary di UK juga menyatakan perkara yang sama. Itulah yang dinamakan PhD. Ia mengajar kita erti humble and stupid sebelum kita menjadi 'seseorang' apabila pulang kelak. PhD mengajar kita bahawa doa adalah senjata bagi kekuatan.

Selamat datang 1429H

Tiada azam untuk diperbaharui kerana Alhamdulillah semuanya terhasil dengan lebih dari yang dijangka. Tiada juga azam baru dibuat melainkan harapan yang mendalam untuk beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Juga harapan agar diri terus gagah dan kuat, bukan sahaja untuk 3 tahun perjuangan ini, tetapi juga untuk tahun-tahun Hijrah yang seterusnya. Bisikan-bisikan naluri ini sudah pasti diketahui Allah lebih dari diri saya sendiri. Saya pasrahkan jalan perjuangan kepadaNya. Semoga rezeki yang tertulis adalah yang terbaik dan membawa kegembiraan hakiki dan maknawi. Amin.

p/s:

Terima kasih Tuhan,
mursyid - Mawaddah
http://www.youtube.com/watch?v=TzBFcsveRmY

Sunday, January 6, 2008

Memori di Iwatake Hakuba , Nagano pembuka 2008.


Saya mula meyakini setiap kali hati digerakkan untuk membuat sesuatu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Pada mulanya perasaan takut-takut dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri kerap menyelinap dalam hati saya. Maklumlah saya sangat baru dengan aktiviti-aktiviti warga Kansai ini. Mujur ada teman-teman kyo-dai dan adinda-adinda yang cukup menggembirakan hati. Bila tiba di Nagano, melihat salji buat pertama kali, lupa saya pada segala masalah.


Bertemankan 2 orang cek mek kelantan Yana dan Mc, saya rasa perjalanan 4 hari cukup selesa. Sebelum ini, saya tidak pernah menyangka dua mek ini mempunyai bakat buat kelakar. Benarlah jika ingin mengetahui bagaimana peribadi seseorang itu, kita boleh melihatnya dalam masa 3 atau lebih hari berkelana bersama. Yana dan Mc membuka tirai 2008 saya dengan keceriaan. Saya semakin kagum dengan Firdaus-kun dan Kojek , kerana dari segi pelajaran dua orang adik ini, saya memang tahu mereka bijak. Tetapi, apabila melihat mereka dapat menguasai skill snowboard dalam masa 3 hari, walaupun masih di dalam kategori amatur, saya pasti mereka nanti akan menjadi orang yang penting dalam dunia akademia pengajian tinggi. Yang pasti, kedua-dua jejaka muda ini, sangat sporting dan memeriahkan lagi geng-geng amatur. Adik Khai yang lemah lembut, Omak yang sangat kelakar, Janteng yang selamba dan Antu yang cool menjadikan pengalaman pertama kali snowboarding ini sebagai pembuka 2008 yang baik.
gambar atas: geng amatur yang kurang popular tetapi shiawase bersama.
gambar bawah: mnor, kojek, yana, firdaus, omak dan saya.

Di tambah dengan rempah ratus pelbagai ragam kenalan baru yang saya jumpa. Masing-masing ada keistimewaan tersendiri pada pandangan mata saya. Tidak hairan lah takdir membawa mereka merantau sejauh ini. Masing-masing mempunyai potensi besar untuk menjadi ‘seseorang’ dalam dunia mereka sendiri. Walaupun masih ada yang kelihatan sangat lalai dek meratah kehidupan bebas awal 20-an, saya yakin pengalaman merantau sedikit sebanyak akan membantu di kemudian hari. Menyertai aktiviti MSAJ mengenalkan saya dengan mereka-mereka yang telah otai dan separuh masak dengan kehidupan di Jepun walaupun mungkin semua mereka lebih muda dari saya. Bertuah nasib badan. Saya doakan moga-moga mereka bakal membawa sesuatu kebaikan untuk agama, bangsa dan masyarakat keseluruhannya. Tidak terlalu lalai dan leka, juga bijak dalam menentukan arus hidup kelak.

Saya?

yang penting KEMPER!
Buat kali pertama belajar snowboard, saya tidak mementingkan untuk berskill bagai dulu. InsyaAllah, tahun hadapan ada peluang lagi. Saya sangat enjoy menikmati pemandangan salji dari atas buat pertama kali. Juga berpeluang merasai gugurnya yuki yang lebat. Saat-saat meluncur saya cuba nikmati sebaik mungkin. Itu adalah antara masa-masa saya berdamai dengan diri saya sendiri. Kimochi sungguh!!!

Alhamdulillah.Terima kasih tuhan. NikmatMu yang mana pun, tidak mampu hambaMu ini mendustakan. Kesusahan di dalam satu ruang, akan dibayar dengan kegembiraan pada satu ruang yang lain. Tinggalan denai kehidupan yang payah semakin terubat dengan pengalaman baru yang mengujakan. Apa pun harapan saya untuk tahun baru 2008 ini, biarlah saya pasrahkan pada ketentuanNya. Semoga rezeki yang datang lebih mendekatkan diri saya kepadaNya. InsyaAllah.

p/s: Dimelo


Tuesday, January 1, 2008

Resolusi sebelum ke Nagano.

Segenggam Tabah
Album : Tiada Lagi KasihMunsyid : In-Teamhttp://liriknasyid.com

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

http://www.youtube.com/watch?v=ijmgHgh5hWc&feature=related

Kami akan bertolak ke Nagano untuk aktiviti snowboard anjuran MSAJ Kansai malam ini. Sebenarnya, ada rasa sedih terbuku di hati saya. Tetapi, saya arif hanya Allah sahaja yang mampu membantu. Saya pasrahkan jiwa dan raga saya. Entah kali keberapa saya merasakan diri terlalu bodoh dan kotak pemikiran saya kosong. Atau, ini teguran dari Allah untuk saya yang lalai.

Saya buntu mencari mana-mana jalan untuk fokus kajian saya. Perbualan dengan teman-teman masih belum mampu memecahkan tembok yang ada. Atau sebenarnya saya sendiri yang tidak yakin dengan apa yang ingin saya propose kan kerana ini sudah masuk kali ke 3. Perasaan di tolak ini lebih realistik dan saya hampir memikirkan bahawa saya tidak mempunyai bakat menjadi penyelidik. Akhirnya, saya memandang rendah diri saya sendiri.

Saya hanya mampu menghela nafas yang berat. Pun begitu hidup masih perlu diteruskan. Inilah yang dinamakan PhD. Ia tidak pernah mudah. Tetapi saya tahu, di akhir jalannya penuh dengan pengajaran dan pengetahuan. Allah telah membawa saya ke suatu daearah yang sangat asing. Dengan zon selesa yang telah saya tinggalkan.

Bantulah saya Ya Allah. Saya tidak ada tempat sehebat dan seAgungMu untuk mengadu. Engkau berikan saya cahaya dalam perjalanan ini agar saya sentiasa hampir denganMu. Permudahkanlah jalan saya dalam menyelesaikan tugas dan amanah ini. Agar saya cepat kembali menemui keluarga dan sanak saudara yang saya cintai.

Amin. Ya Rabbal A'lamin