Thursday, December 27, 2007

Vision Zero

Sejak saya cuba mengenalpasti kecenderungan saya sama ada untuk terus mengkaji tentang Road Safety, Prof Radin sentiasa bermain di ingatan saya. Saya cuba menjejaki semua laman web dan maklumat yang berkaitan tentang program dan kempen yang telah dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR). Terasa semua program dan kempen amat dekat dan saya dapat rasakan nilai-nilai `passionate` itu muncul kembali. Mungkin kerana saya pernah terlibat walaupun hanya sempat beberapa bulan sebagai RA Prof Radin, tetapi suasana research yang saya pelajari sangat memberi kesan.
Prof Radin merupakan antara salah seorang yang menjadi idola saya di dalam bidang akademia. Saya cuma mungkin salah seorang dari beberapa orang anak didik beliau yang dilahirkan secara tidak sengaja di dalam bidang ini. Saya bangga dengan beliau, juga ingin menjadi seperti beliau di dalam bidang akademik. Hidup ini, kita perlukan mereka-mereka yang mampu memberikan aspirasi dan inspirasi perjuangan yang betul ...

wajah-wajah ex boss RSRC (Road Safety Research Center)

Kyoto hari ini disirami hujan. Saya masih mencari-cari sesuatu yang mempunyai impak demi masa depan saya di dalam penyelidikan. Lantaran shokudo yang telah tutup pada pukul 4.00 petang, saya berjalan agak jauh dalam hujan untuk mendapat sepotong sandwich. Tiada teman dan sedikit sunyi. Tetapi, jika tidak berada di Jepun pun, perasaan itu bisa dirasa.

Saya benar-benar ingin membawa pulang sesuatu mempunyai nilai komersil dalam dunia penyelidikan,paling tidak pun mampu memperbaiki persekitaran di Hussein Onn. Harapan itu membuatkan siang benar-benar terasa pendek. (Walaupun itu memang realitinya)

The principle of 'Vision Zero' is that no one shall be killed or seriously injured as the result of an accident within the road transport system.

http://www.panducermat.org.my/en/sweden_seminar_press.php

*shokudo - kantin/kafetaria

Wednesday, December 26, 2007

atarashii no IPOD ... totemo tanoshii desuyo!

Hari ini saya bangkit dengan satu semangat yang saya gagal lakukan semalam. demi merealisasikan angan-angan memakai NeO tune dengan Ipod Nano 2nd generation sambil menunggang basikal, saya bingkas bangun walau tidur agak lewat. Memang satu perasaan yang gagah dan berbeza apabila memakai `seketul` headphone tanpa wayar sambil mendengar lagu-lagu Jpop. Saya sengaja mengembalikan semangat bahawa saya datang ke Jepun kerana ia adalah satu impian yang telah lama ingin saya realisasikan.



Walaupun fokus kajian masih samar tetapi saya tidak boleh biarkan diri saya murung terkurung kerana tidak akan ada yang datang menyelamatkan saya. Apa yang boleh saya lakukan ialah berharap agar datangnya ilham (bukan Zul ilham a.k.a kojek) yang terang lagi bersuluh sebagaimana datangnya siri-siri cereka dalam kepala saya.


Hari ini, saya gagahkan hati mengutus email kepada Prof Radin. Saya cuba dapatkan bantuan beliau. Kemudian, Peter seperti biasa menjadi superman dengan memberikan saya buku Target Risk 2 tulisan Gerald J.S Wilde. Tulisan Wilde ini memberi perspektif berbeza tentang accident dan risk-taking behaviour. Pendek kata, buku ini membincangkan tahap keberanian individu mengambil risiko dan untuk apa risiko itu diambil. Seperti langkah yang saya pilih untuk berada di Jepun demi Phd. ( atau risiko merentas Phd demi berada di Jepun?)

Memang sukar untuk mendapatkan framework idea dari perbincangan dengan mereka yang lain bidang tetapi, hasil dari debat, saya beroleh pengertian bahawa ramai lagi yang tidak faham tentang apa itu Road Safety dan kesannya. Malah tidak ramai yg dapat menjangka jauh apa akan terjadi kepada pada masa depan jika kesan pembangunan sistem pengangkutan tidak dirancang dengan baik. Maksud saya dari sudut kajian Travel Behaviour. Bidang ini, akan membawa kita kepada asal-usul mengapa kita bergerak, hingga lewat dekad ini, tercetus idea untuk mengurangkan pergerakan akibat dari kesan congestion dan accident. Kesedaran itu cuma ada di negara membangun, belum sampai kepada kita, kerana kita sedang menikmati ekonomi yang memekar kononnya.


Kredit untuk Asmadi, Masria dan Halim kerana sudi berbincang santai dengan saya. Juga untuk Afandi yang mengajak saya memikirkan satu perspektif lain.


Mungkin sebenarnya Kitamura Sensei sudah ada agenda untuk saya. Accident Prevention dan Travel Behaviour mempunyai kait hubung. Mungkin saya akan faham sesuatu jika saya berusaha untuk meneliti dan memikirkannya lebih dalam lagi. Ada terlalu banyak perkara yang saya tidak tahu.


Soal ketahanan diri, saya menulis ini pun kerana saya mengantuk. Saya mengalami masalah untuk fokus. Saya tahu, penguasaan bahasa English saya agak lemah. Itu adalah salah satu punca. Pun begitu, hanya saya yang dapat menyelamatkan diri saya sendiri.


"turtles; they don`t get anywhere if they don`t stick their necks out."
Gerald J.S Wilde

Tuesday, December 25, 2007

tsumaranai no hi

sudah dua hari saya berkurung. apabila saya berkurung bermakna saya sedang mengalami sesuatu masalah. semakin lama terkurung maknanya semakin lama semakin teruk. saya pun tidak tahu kenapa saya jadi begini. printer dan scanner sudah saya beli. Malah ditambah dengan iPod nano 2nd generation siap dengan headphone.

semua orang sedang sibuk bergerak. tetapi saya berbungkus di dalam futon kesejukan sambil memikirkan fokus kajian yang tidak terfokus. ia sepatutnya tidak sesusah itu. memang tidak susah pun cuma, saya rasa saya kehilangan semangat. dan diri. saya rasa masalah pokoknya bukan proposal. saya tahu saya boleh buat. masalah nya mungkin diri saya. mungkin belum betul-betul nareta dengan kehidupan yang segala-galanya perlu diuruskan sendiri. merancang dan memutuskan kehidupan sendiri.

di sini, saya cuma ada diri saya sendiri. bukan dengan semua orang masalah boleh terluah. lagi-lagi persoalan research. saya pelik bila saya berpendapat demikian. sedangkan iniialah tempat perkumpulan pelbagai ilmuan. saya memang tidak sabar untuk membuat presentation pertama. tetapi dengan tajuk dan topik yang umph! yang saya yakin dan saya sukai.

semenjak pertemuan dengan sensei yang lalu, saya mencari-cari semula apa sebenarnya yang hendak saya buat. saya telah suka dengan 'short trips' tetapi betul kata sensei, saya belum ketemu matlamat saya. saya dapati, saya bukan seorang yang gifted untuk berfikir dengan kritis. juga bukan seorang yang rajin. malah buat masa ini passionate yang selalu menjadi tunggak saya kian malap. semuanya entah mengapa.

tiba-tiba saya tahu saya bukan secapable yang saya sangka kan. tiba-tiba semangat yang berapi boleh padam dan hilang seakan ditimpa salji yang turun. iri hati melihat teman-teman lain beriya-iya melakukan reserach penuh gigih dan masa mereka tidak terbiar. sedikit frust, mengutuk diri. dan kembali ke futon. saya malas hendak ke lab selagi proposal saya belum nampak bentuknya. sampai bila fikiran kelabu ini akan menguasai saya, saya pun tidak tahu. semua orang lain sedang bergerak ... dan saya?

di luar, cuacanya masih sejuk dan lembab.

saya cuma hendak bangkit ... tingkap tahun baru bakal menjelang dan saya tidak mahu ketinggalan.

*nareta (naremashita) = biasa/selesa dengan kehidupan (adapt)

Saturday, December 22, 2007

IPIJ no koto

Baru balik dari makan-makan di Fisherman Shop,Kobe. Kebetulan, adik-adik undergrad ada perjumpaan AGM. Hari ini harga buffet agak mahal sedikit, 3200yen. Tetapi bagi saya memang saya berpuas hati. Bukan selalu berpeluang makan kani yang gemuk!!

Sempat berbual dengan Farah sedikit mengenai IPIJ. Hajat hati memang tersangat ingin hendak menyertai. Maklumlah, bila di tempat orang hati sangat gerhana dengan teguran dan nasihat. Sesi mempelajari Islam ini tidak pernah berhenti. Malah ilmu tauhid, akidah, tasauf, tafsir dan banyak lagi tidak pernah penuh sehingga ke akhir nafas. Sesekali hati kecil ada juga menegur, ilmu dunia sungguh-sungguh di cari, ilmu akhirat diletak ke tepi. Ilmu tentang tafsir al-quran, hadith nabi tidak mahu pula menjadi ahli. Saya jadi berbelah bagi. Tarikh 25 hingga 28 sangat tidak sesuai kerana proposal saya berada di dalam situasi kritikal. Ya, Allah. Permudahkanlah jalan saya. Yang mana satu agaknya yang terbaik. Pergi menyahut program IPIJ atau proposal. Dua pendapat dalam diri saya saling berdebat dan bertelingkah.

Kemudian saya beritahu Farah tentang idea Kak Mar untuk mengadakan usrah/tazkirah sebulan sekali. Farah sangat-sangat setuju. Bila ada kesempatan nanti saya akan beritahu Firdaus pula tentang ini. Lelaki syurgalah katakan. Kut-kut dia boleh menjadi kekuatan dalam idea ini. Maklumlah, selalu juga sesi makan-makan diadakan di antara pelajar-pelajar Melayu di sini. Dari berborak kosong melagha, lebih baik adakan sedikit pengisian.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, dengan hujan yang tidak mahu berhenti, kasut basah dan koyak saya bagai berdialog. Entah bila zaman saya akan mampu menjadi perempuan yang berpakaian sopan dan berwatakan ayu. Dari dulu hingga sekarang watak sempoi tidak pernah berubah. Pernah juga terfikir, saya akan berubah watak tatkala berpeluang merasai pengalaman 'hati bagai kaca terhempas ke batu.' Ada juga cita-cita hendak menjadi 'girlish' dan 'manja-manja'. Tetapi yang ada dalam diri totemo brutal dan masculine. Rimas dengan watak 'kegadisan.' Leceh untuk seorang yang renyah.

Walaubagaimanapun, kata-kata Mus semalam bila diingatkan menyejukkan hati saya. Mujur saya ada kawan seperti Mus yang tidak memandang luaran. Dan, saya percaya dengan Mus apabila saya lihat kegigihan dan pengorbanan yang ada pada Kak Laili. Terpujuk akhirnya diri saya. Tidak mengapalah jika saya tidak mempunyai wajah yang cantik, bersifat kewanitaan sejati atau berwajah keibuan, tidak nampak penyayang dan sebagainya, asalkan kekuatan dan misi perjuangan saya memahami kehidupan tidak pernah padam. Saya tahu 'masculinity' yang saya ada inilah aura kekuatan yang telah berjaya membawa saya pergi sejauh ini.

Sebagai perempuan, sekuat mana pun menahan segala kepayahan, tidak mungkin air mata tidak tumpah.Tetapi semakin lebat ia tertumpah, semakin tabah jiwa, insyaAllah. Saya percaya,air mata itu adalah senjata dan pencuci jiwa.

;) Sekadar, motivasi sebelum tidur.

*kani - ketam

Friday, December 21, 2007

Ippai ... peter no uchi ni Party ga aru!!

baru sahaja balik dari makan-makan di rumah Peter. Ippai! Ippai! Riko, Peter no kanojo sediakan temaki sushi. Hmmm oishikatta!! Saya buat jemput-jemput dan bawa sebagai buah tangan. Saya bagitahu mereka itu adalah snack orang Melayu dan kalau diterjemahkan ke bahasa Jepun, ia akan jadi Douzo-Douzo. Hentam sajalah cik kiah! Bukan diorang tahu pun ...

Peter dan Riko juga jemput sepasang kawan mereka dari Taiwan. Perbualan yang paling menarik ialah tentang Andy Lau. Ketika ini, kami sangat rancak berbual kerana semua orang kenal Andy Lau kecuali Peter. Isu seterusnya tentang cerita-cerita hantu. KOwaii!! Meremang bulu roma!

Walaupun tidak fasih berbahasa Jepun, berbual tidaklah susah sangat kepada orang yang suka bercakap macam saya. Saya seronok malam ini. Terasa saya sudah terbang melayang-layang jauh rupanya. Melayang jauh dari suasana biasa. Hajimete ... kehidupan fasa seterusnya bermula. Sayangnya tak bawak kamera.

Hari ini agak sibuk dan cepat. Esok ada lagi sesi makan-makan. Esok saya akan masak nasi lemak . ...dan ada plan makan lagi ke Kobe. ... makan lagi.

Thursday, December 20, 2007

Seikatsu oh seikatsu

saja saya bina blog baru untuk luahan hati yg lebih tidak formal. kalau dicampur adukkan nanti hilang pula fokus blog SATU DUNIA LAIN. blog ini lebih kepada turun naik hidup mengejar satu title bergelar Dr.

Fokus. itulah yg sensei byk kali ingatkan saya. semalam hari saya bertemu sensei. semalam juga , mood sensei baik. kami berbincang sambil santai. sambil-sambil makan coklat dan sambil-sambil gelak ketawa. tiada soalan membunuh atau perlian melibas dari sensei semalam.

sensei seperti menyerahkan kebebasan penuh pada saya. atau sebenarnya sensei cuba menilai keupayaan saya sebagai penyelidik. sejauh mana kemampuan saya mengendalikan perancangan sendiri. tetapi semalam saya beritahu sensei apa yang saya hendak belajar di sini. saya hendak belajar membina Questionnaire dan Travel Diary. reaksi sensei adalah positif. betul-betul dia memainkan peranan sebagai supervisor dan sensei kesan kegemaran saya ialah Road Safety. ini kerana saya mempunyai latar belakang di dalam bidang itu walaupun sekejap, impaknya agak besar juga.

selepas perjumpaan dengan sensei, saya dapat rasakan penyelidikan saya kurang 'kick'. saya sebanarnya cuba menjurus kepada travel behaviour tetapi saya tidak menemui gap yang dapat saya isi. kerana itu, proposal saya lebih dipengaruhi pengalaman silam dalam Road Safety.

saya masih pening dan risau tentang ini. Hari ini Aidil Adha. suasana di kampung seperti meriah. terasa-rasa hendak pulang menghebohkan lagi suasanan heboh yang ada. akhirnya saya ke Random Walk, membiarkan diri dalam deretan buku-buku hampir satu jam setengah. saja, mencari inspirasi untuk tidak berhenti menulis dan terus bertabah.

hari ini saya rehat-rehatkan minda. mujur ada IKIM.fm menemani saya. lunaknya suara takbir. saya tahu saya tidak sendirian dalam perjuangan.